Tuesday, October 23, 2012

tarik nafas fuhhhhhhhhhh

Dear diary,
hari ni hari yang agak hectic
haha mau tak hectic
menghadap buku dari pagi sampai petang
and now
baru dapat tarik nafas
so tak kira nak blog juga
eh bos awak bayar gaji ke untuk blog?
sudah tentu tidak
ni saya anggap masa rehat saya yang tadi
haha bulih pulak main qada' kan
belasah je
ok sensitif

malam tadi lepas solat maghrib dan bersihkan diri
lepak dengan naqi dalam bilik
teman dia tengok ultraman kononnya
saya nak bermalas-malasan
sekali tiba-tiba
gedebuk!!!!
bukan saya atau dia yang jatuh
tapi dia gi baling buku sebelah saya (ok buku tu sangat tebal, nak tau buku apa?)
ni hah bukunya
tau apa dia cakap
'nah, ibu baca buku, naqi nak tengok ultraman'
muahaha
tak tau nak gelak ke nak cakap terima kasih
macam perli pun ada juga
tau la dah berbulan ibu baca
tapi tak abis-abis lagi
tapi mungkin dia ingat saya akan boring waktu teman dia tengok tv kot
mau tak boring kalau episod yang sama je ulang berhari-hari
wahahaha yes son u can sense my feeling nampaknya
bagus-bagus
atau pemerhatian dia dah semakin bagus
sebab tu je aktiviti yang saya mampu bila teman dia tengok ultraman

ok orang kata macam mana nak atasi rasa takut adalah dengan berhadapan dengan rasa takut tu sendiri
apa dia la yang awak merepek ni
hehe ni yang nak cerita
lepas bersalinkan naqee
saya adalah gayat
hehe tak tipu
dulu setakat naik cable car memang takde masalah sangat
tapi la ni saya sangat gayat walaupun cuma berdiri atas bangunan 3 tingkat gayat dia mengalahkan duduk bangunan 300 tingkat
ok start semalam saya try atasi rasa takut saya dengan lalu kat open staircase untuk ke DK
which i will definitely avoid as much as i could
hasilnya setelah 2 hari melalui tangga tersebut, perasaan gayat saya boleh la diatasi serba sedikit
boleh la
tapi not really proven selagi tak naik cable car langkawi
haha
alasan nak holiday kat langkawi nampak

image Google
ok kat point ni saya paling gayat
lagi-lagi waktu last time saya naik angin sepoi-sepoi bahasa
gondola dihembus kekiri dan kekanan
bibir ku pucat lesi sepucat hati ku yang berukuran nano particle cuma
waktu tu terfikir takde ke jalan darat waktu nak balik nanti?
saya sanggup walau 8 jam
tapi alhamdullilah selamat sampai
walau otw turun memang tutup mata je
tak kuasa nak tengok luar walau permandangan sangat cantik
huh
berani ke repeat lagi
wallahualam =)

Monday, October 22, 2012

the king, the racer, the pirate

macam theme halloween party pulak dah...
pagi tadi, teacher anaqi asked me whether i can prepare a costume for anaqi.
they will have an event in 4th nov at intekma
the teacher thought anaqi was ready to participate on one of their performance on that day
she suggested anaqi to wear a king costume =)  haha am imagine how would my son look like.

it is like a karma you know
before, my MIL once told me that his father used to be a prince in his performance during kindergarten final day event. prince why prince? there must be no role suit him much or there is the least role that have a dialogue i guess. as expected, my hubby's smile and said, ' of course because i am charming, that is why the role is mine'. Add 'muka belagak' when he talk =)
and when the teacher told me about their intention, my mind was like, ok i'm gonna tell the same story to my menantu one fine day =)

and when i reached office this morning, i googled the king costume.


nampak cantik, tapi senang ke nak buat mantel dia tu. the crown i guess we could just buy somewhere. haha tak kan nak buat jugak kot.
Tapi takat nak buat pakai gold paper macam crown atas ni possible juga. yang ni nampak simple, tapi mampukah daku =)
yang ni ada leopard print. cool gak kan.
ataupun tak yah jadi king, jadi mat rempit aka racer pun lagi sonang
hehe beli je baju ala-ala coverall pastu suh pegang atau pakai helmet hehehe ok apa. tak payah mak dia bukak mesin jahit bagai.

ok dah, tak tau lagi jadi ke tidak, anaqi nak ke tidak participate dalam event tu. kang balik mak tanya persetujuan yang empunya badan dulu. the teacher was confident but after all it depends on the boy himself. if you asked me of course i will encourage him to participate, just for fun and good exposure to him though.
Bye assalamualaikum semua

Friday, October 19, 2012

belon

dah dua minggu saya demam.
alhamdullilah
badan flat, tapi masih bekerja.
kuatkan semangat walau fizikal rasa tak begitu kuat.
minggu lepas busy nak hantar permohonan untuk grant
alhamdullilah, dengan bantuan kawan-kawan akhirnya berjaya juga saya hantar.
dapat tak dapat, soal kedua, yang penting saya dah cuba
at least 5% probability untuk dapat tu ada
daripada probability tak hantar =0%
usaha dulu, selebihnya tawakal.

dalam tak larat tak larat
weekend lepas sempat pegi pasar
konon tak larat
tapi memandangkan anak beria nak gi
mak ikutkan je
seminggu dia dok berkurung dalam rumah je
tak kan weeken nak berkurung jugak kan
so mak gagahkan diri.
alhamdullilah berjaya gak bawak anak sorang dan beberapa beg plastik ditangan dan handbag dibahu.
sebelum dapat membeli tu ada satu kejadian
nak tau apa kejadiannya
siapa biasa pegi pasar zaman sekarang ni mesti perasan akan peniaga-peniaga jual belon ben10, boboyboi la angry bird dan lain-lain watak cartoon kan?
especially siapa yang dah ada anak mesti cam punya kan (sebab mesti kena pau =)
nak dijadikan cerita, tatkala si kecik ni terperasan adanya belon tersebut ( ya terperasan ya, sebelum dia perasan akan kewujudan belon tu dia behave je, takde la se agresif bila dah nampak)
mula la adegan tarik-tarik tangan terjadi.
ok
saya try pujuk cakap bagi saya beli sayur kejap then kita beli
anak dah tak boleh tahan. (belon tu ada sihir kot, panggil panggil budak kecik suruh beli, padahal main tak sampai 5 min)
saya try lagi, kali ni saya try cangkung bagi dia dengar apa saya nak cakap
tapi dek kerana 'sihir' yang terlalu kuat, dia tak nak dengar apa yang saya cuba sampaikan.
dia punya tenaga tarik sampai buat saya terduduk dek kerana tak stabil
hadoiiii...
try lagi cakap elok-elok,
alhamdullilah kali ni dia dengar.
dah siap beli semua keperluan saya pun belikan dia belon ben10 dia tu.

sebenarnya saya naik allergy pergi pasar disebabkan belon-belon ni
nak kata menyampah tu takde la sampai tahap macam tu sekali kat penjual-penjual belon ni
diaorang nak berniaga, cari rezeki yang halal. ok itu saya faham
yang saya tak faham macam mana nak pujuk anak saya
dari beli belon-belon yang tak sampai 5 minit dia main.
harga belon tu dah la RM6 ok sekarang ni
kalau beli makanan dah kenyang kot dia
belon tu sampai rumah takdenya dia pandang
membazir je
dah cuba shift ke benda lain, tapi tak jalan
kalau dah setiap lorong ada je orang jual belon-belon tu
hadoi la nak
kalau la kau mengerti perasaan bersalahnya ibu kau tiap kali dah beli
mesti kamu tak mintak lagi kan
haha saya mungkin kedekut setakat RM6 pun nak berkira
tapi bila mana melihat orang lain yang susah membanting tulang nak dapatkan RM6 tu untuk sesuap makanan buat hati saya hiba

A quote for today
' see the problems with knowledge'

Daaa
Assalamualaikum..





Tuesday, October 9, 2012

pensil

Note : entry kali ini adalah entry mari bercerita.


Ok pertama sekali, sila abaikan tangan gebu anak saya ya ('like mother like son', wanie aku masih ingat korang buat joke pasal tangan aku nih, korang kata, tangan aku ni kalau korang baling kat laut, CSI nak buat pengecaman pun susah, tangan besau, badan kecik, macam tak padan. Haha kejam kan korang.)
Hehe panjang betul mukadimah, sebenarnya cuma nak cakap, cuba korang fokus macam mana naqee pegang pensil. Weirdo kan??? dan yang paling penting tulisan memang buruk kalau pegang pensil macam tu. Penat dah mak betulkan, tapi budak is budak, memang tak kan dengar cakap mak dia, so dia pegang gak pensil macam tu. Ok mak give up!!! dah tulis 'a' macam lukis bunga.


Berkat ke'give up'an mak dia, dia pun start mengubah posisi pegangan pensilnya dengan sendirinya. Bravo anak ku. Eh baru perasan anaqi-anakku, so close isn't instead of 'q and i' ganti ngan 'k and u' tapi sebutan lebih kurang je kan. Ok-ok dah melalut. Baru lah hasil tulisan improved, dari corak bunga-bunga dah jadi huruf yang sepatutnya.


Improved kan???? ok mak suka. Ada cerita disebalik a, i and u ni. Sistem pembelajaran sekolah sekarang ni yang saya peratikan (walaupun tak banyak sekolah yang saya survey la, kira probability tu quit bias, sebab variable tak cukup), mereka suka memperkenalkan kaedah phonic yang saya boleh tengok kesannya on the spot. Apa itu phonic???

Phonics is a method for teaching reading and writing the English language by developing learners’ phonemic awareness—the ability to hear, identify, and manipulate phonemes—in order to teach the correspondence between these sounds and the spelling patterns (graphemes) that represent them.
The goal of phonics is to enable beginning readers to decode new written words by sounding them out, or in phonics terms, blending the sound-spelling patterns. Since it focuses on the spoken and written units within words, phonics is a sublexical approach and, as a result, is often contrasted with Whole language, a word-level-up philosophy for teaching reading.

Sumber di copy-paste dari wiki wiki.
Ada cerita gak disebalik sebutan a,i, u ni. untuk huruf a, instead of sebut a, diaorang diajar sebut aaaaaa (macam ngaga mulut), so ada lah beberapa gambar untuk a iaitu ayah, ayam dan ani. So suruh la naqee sebut aaaa untuk ayah, pastu tunjuk gambar ayah. tau dia jawab apa? 'bukan la, bu, bukan ayah'. Habis tu apa? saya tanya. "Ibu la' katanya. hahaha. pening-pening, suka-suka dia je nak tukar.


Kemudian, si anak boring kerana terlalu 'teknikal'. Ya seperti yang anda lihat, cuma 3 huruf pon dah bosan. Sibuk nak mewarna pulak (sebenarnya mari mewarna bersama-sama, naqee ni jenis yang kita kena duk buat aktiviti sekali dengan dia, tak boleh buat sorang-sorang. memang dia tak akan buat la jawapannya.

Dia suruh saya lukis kapal. Ok mak punya seni memang zero (jangan gelak, kapal dah rupa pokok dalam pasu) huhu malu-malu. Kena improved ni. Otak kanan saya memang slow sikit. Seni-seni ni memang bukan bidang kepakaran, tapi kena perbaiki nampaknya sebab anak lagi suka mewarna lukisan mak dia berbanding lukisan dalam buku. Huhu Apakah???

Hehe tengok tu, layar dia dah macam pokok kan? belasah jela nak. ok dah tu je nak cerita.

Saturday, October 6, 2012

Anak buah baru

Semalam jam 1.45pm, we are blessed with the presence of new member in our big family. Welcome dude =)
Normal delivery, he is 2.2kg at 35weeks old (yes he is 1 month earlier than the EDD that explain his light weight)
Alhamdullilah both mom and son are in excellent condition (from what i've been informed). My SIL had been admitted to the hospital for the past 3 weeks. She suffered with fever and high blood pressure, on and off. Again on top of her not-so-well condition, she had short delivery time which is less than 1 hr, it is all her 'rezeki'. Allah never burden us more that our capacity. Alhamdullilah alhamdullilah Allahuakbar!
I don't have his photo, yet soon to be revealed (hehe provided if my bro has
improved his skill to capture photo
Less than 2s otherwise we should further wait and see).
Ok dah tu je nak share. Buat masa ni tgk jela gambar baby anaqi hehe.
Hehe yang ni, baby anaqi saya ya, haha dah tak baby lg sekarang ni

*update; the baby (cute!!!!!)


mak dengan cucu barunya =)
'baby' comel tak tau nama lagi
rambut cacak2 =)
curi gambar kat facebook mama dia =)
tak tau ikut muka siapa ni. suci murni je baby2 ni kan
lagi gambar buka mata =)

Friday, October 5, 2012

yeay 'aci tak nangis dah'

Hah tu la buruk sangka lagi kat anak sendiri
Ingat lepas duduk seminggu kat umah opah n atok budak kecik ni akan meragam nak pergi sekolah.
Alhamdullilah sangkaan mak meleset sama sekali.
The whole week (1-5 oct), dia tak menangis waktu dihantar ke sekolah
Ok, mak salute kat kamu la anaqi =)
Senang hati mak, weeee

Sekarang ni, kami dalam proses nak melatih dia tak pakai diaper.
So far memang mop menjadi tongkat kami.
Haha, dalam masa 8 jam, ntah berapa kali tukar seluar and baju.
Dah pesan nak pee pee habaq mai, atau pun terus lari masuk toilet
Tapi tiap kali tu la tercicir.
Ada sekali tu lari masuk toilet terus pee pee.
Basah gak seluar tu.
Haha kami tepuk dahi, habis basah gak seluar tu.
Hadoi, silap bagi arahan la, yang kami pesan 'bagi tau then gi toilet', kami lupa nak pesan, buka seluar dan lari ke toilet. Haha our fault.

Takpe usaha tangga kejayaan.
Weekend ni kita training lagi ok.

Ok apa lagi nak cerita.
Takde idea pon.
Cuma nak report mak happy, anak dah ok.
Ok dah, nak sambung buat kerja.

Nak bagi gambar budak kecik ni la sekeping.
Say cheeseeeeee!!!!!