Thursday, November 22, 2012

4 tahun





Moga Allah terus melimpahkan rahmat-Nya kepada keluarga kami.

scene pagi tadi,

suami: nak makan mana malam ni?

isteri: kenapa nak makan luar plak malam ni (pelik sebab suami saya jenis yang jarang makan luar kalau takde special event kalau lepas office hour ni. kalau saya tak larat masak pun, akan tapau makanan atau dia akan masak)

suami: eleh buat-buat lupa pulak

isteri: *diam sambil masukkan kuah kari dalam bekas makanan anak, (ok mak rajin hari ni bawakkan bekal roti cicah kari daging uolls =), maklumla anak tengah selera nak makan, semalam balik kindy, terus minta nasi, sambil tunggu sempat juga la dia berzikir'nak nasi, nak nasi', mak pulak berzikir dalam hati sambil terkejar-kejar masukkan kain dalam mesin basuh, mandi and solat. sementara nak buat nasi goreng, goreng la telur dulu, buh kicap, nah makan dulu ya nak, mak akan cuba masak nasi sepantas kilat. Dah habis nasi kat pinggan dia, dia minta lagi dan lagi dan lagi, habis juga la lebih setengah pot untuk dia sorang (biasa 1 pot untuk kami bertiga), ayah sila tapau makanan sendiri ya. mak tak kuasa nak masak nasi baru.

suami: tak ingat ke?

isteri: *mmmm...hari ni berapa haribulan yek. sempat lagi memikir* ohhh anniversary hahaha (sila jangan contohi kealphaan saya ya (manusia mudah lupa *alasanlagi*

ok dah tu je nak cerita.

Ps: entry ini sepatutnya auto publish, pada 22 nov tapi nampaknya baru disedari oleh penulisnya tak auto publish rupanya. Maaf la entry basi ye =)