Monday, September 29, 2014

september

berkurun lama kurasakan.... sila sambung sendiri lagu exist ni...

serius lama sungguh tak post something kat sini.
semua post separuh jalan, mula berkobar-kobar idea nak tulis tapi lepas tu hampa.
berhenti di pertengahan jalan.

menulis ni bagi saya (yang sememangnya tak pandai nak express feeling on writing) ni memang sangat payah.
bila takde idea lagi la super saiya payah.
hari ni terdetik nak tulis gak, tak kira la ada idea ke tidak.
gara-gara kepenatan menanda
bila dah sampai musim exam ni memang pen merah dihati ditanganku selalu. untung takde kesan calitan kat jari je, jenuh nak bersihkan nanti.
untung kat tempat lama memang supply pen merah ni,
ada lebih nasib baik simpan, sebab kat tempat baru takde peruntukan pen merah =(
so memang perintah berkurung dalam bilik je sekarang ni
kena concentrate tapi agak payah nak concentrate sebab ramai tetamu yang tak diundang buat appointment muncul.
dah dipesan banyak kali, meeting upon appoinment ya adik adik.
tapi degil nak gak serbu bilik akak ni.
memang maaf la, jangan salahkan akak, akak kurang nak layan. sebab kang tak keluar 'bawamarkah' korang gak yang zikir mintak, "bila nak keluar bila nak keluar"
padahal besar mana la impak 'bawamarkah' tu dik, ko nak estimate berapa ko nak score untuk final eh? nasihat akak baik tak payah, buat la past year sungguh sungguh, jawab sungguh sungguh, in sya allah pass la korang.
ok dah tutup cerita tang tu...

bulan september ni bulan yg manis buat saya.
haha apakah, manis?
sebab bulan ni birthday saya.
berapa hb? haha macam orang nak tau kan..
takyah tau la
dan saya dapat hadiah super manis tahun ni.
birthday wish dari anak bujang no 1... hehe no 2 sebab tak tau cakap lagi so sengih sengih je la tengok video dari abang


kesian abang, tengah demam.
mungkin dah lama xdemam/cuaca/rindu kami =( (sebab baru minggu lepasnya bgtau rindu adik lepas tu tiba-tiba demam).
tengok mata tu pon tau sembap. sian anak ibu, get well soon ya. minggu ni kita jumpa lama sikit.
sian ayah, bukan dia tak nak bawak jumpa ibu tapi ayah banyak komitmen kat kl.
kita sabar sikit je lagi eh. Allah sayang kita, suruh kita jadi orang yang lebih sabar.
nanti kita reunion lagi.
bulan 12 ni cuti sekolah duduk kat umah nenek.
main puas puas dengan adik.
tahun depan abang kena more concentrate on study (ewah, macam nak amik upsr plak gayanya).
bukan la, maksud ibu, dah tak boleh ponteng suka suki macam sekarang ni.
masa main kita main, masa belajar/kerja kena buat betul betul.
love u son... eh eh love his father also la =)

`````