Lama tak kata apa-apa kat blog ni...
Sama lamanya tak menjahit.
Memandangkan hari ni cuti, amik masa sikit menjahit projek yang agak lama tergendala.
hasij jahitan hari isnin |
jahit lurus je, kain pun guna lebihan kain yang beli kat IKEA |
Dapat jahit 2 helai sarung bantal kecik naqee yang dah lusuh. Satu animal printed satu lagi brighter color hehe shocking pink plus shining red, ada sikit hijau.
Muahaha seperti yang diduga, kanak-kanak akan lebih tertarik dengan warna2 terang, dan dia kata yang animal printed tak cantik. That is it. Mak redha je daripada sarung yang lusuh tak berganti tu lagi la tak semengah mata mak tengok.
Ni lah sarung bantal busuk anaqi yang baru, dia lebih suka yang pink hehe |
Naqee dah masuk 3 minggu ke sekolah. Macam yang diduga every single day, without fail dia akan menangis sebab kena tinggal dengan ibu. untuk rekod hanya semalam (khamis, 20/9) je hari yang dia tak menangis.
Saya syak dia cranky sebab something. He is so attached to me lately, even esok (22/9) nak tinggal pun saya agak risau. Kene pergi kursus 5 hari kat Awana. Tak dapat nak bawak dia sebab, we have to work like cats and dogs (kata bos saya), 8.30 am till 10.30 pm. So dia akan stay dengan opah and atok (mesti atok ngan opah suka sebab minggu lepas sanggup atok tak gi kerja kat johor sebab nak tunggu naqee datang main dengan dia) which I think his cranky will getting even worst. Ntah macam mana nak hantar dia pergi sekolah a week after. Ok takpe, takde masalah yang takde penyelesaiannya kan, lagipun benda kecik je pun kan kan.
Yang kelakarnya budak kecik 'tak nangis' ni , tiap hari bila balik sekolah dia akan ulang-ulang cakap, 'ibu kerja, ayah kerja, naqee sekolah, naqee tak nangis' hahaha janji hanya tinggal janji je la nak. Setiap pagi tu lah janji dia kalau nak tau, tak nak nangis, tapi ..... hehe takpelah baru lagi kan naqee, ibu faham, nanti bila naqee dah besar sikit mungkin dah faham, dah tak nangis lagi kan.
Bila saya tanya teacher dia lama ke dia nangis, diaorang kata kejap je. Tak lama tu ok je main-main. Petang pun waktu saya ambil dia dari sekolah, happy je dia main dengan kawan-kawan. Saya try tanya nak gi umah pengasuh ke nak gi sekolah, dia mesti akan jawab nak gi sekolah. Yelah, mana tau dia tak ready lagi ke sekolah kan. Bila ditanya berulang kali, jawapan tetap sama nak ke sekolah. So memang dia enjoy dengan aktiviti kat sekolah cuma dia tak biasa dengan keadaan sekolah yang ramai kawan-kawan. Dulu kat rumah pengasuh pun paling ramai cuma 5 orang takdelah seramai kawan kat sekolah. Tapi yang bagusnya kat budak 'tak nangis' ni, bila balik rumah je dia akan tunjuk apa yang dia belajar kat sekolah tanpa kita minta. Dia ulang apa yang dia belajar, dah boleh siapkan homework, becok cerita itu dan ini. So kesimpulan yang boleh saya buat adalah dia di dalam fasa menyesuaikan diri dengan persekitaran, minat dah ada cuma kena pupuk lagi dan bagi maintain je. Chaiyokk anaqi =)
No comments:
Post a Comment