Eh
Mencari pengasuh.
Saya tengah mencari pengasuh affan. Kriteria yang saya harapkan cuma biarlah pengasuh dia nanti sayang dia macam anak sendiri. Tu je. Sayangkan anak tangan tangankan... Eh eh
So tadi gi la jumpa sorang calon ni. Kami baru sampai dari kampung saya nun jauh 4 jam jaraknya. Singgah la sana sebab jam menunjukkan jam 5 petang. Tujuan saya singgah adalah untuk berkenal kenalan (ya hubby dah berkias kias dengan dia sebelum affan lahir lagi). Lepas hubby bagi salam maka keluar la calon ni dari rumahnya lalu kami berborak la ala main badminton, sorang kat dalam pagar sorang kat luar pagar. Pot pet pot pet maka kami beredar la dari situ.
Kat rumah saya buat 3 kesimpulan yang saya agak skeptikal pada calon berkenaan:
1- kita orang melayu katanya penuh adab dan sopan kan tapi kenapa tak jemput tetamu masuk umah walaupun dah di hint hint oleh suami saya "eh takpe ke kak kita bincang kat luar ni je kak" " nak masuk pun boleh gak" balas akak tu tanpa sebarang tanda tanda nak buka gate. Sambil anak kami dalam kereta, si adik dah menangis nangis.
2- bila diminta no handphone tak de katanya.
Saya: "kalau ada emergency macam mana nak call.
Calon: "Ooh biasanya mak mak diaorang ni call anak akak, office dia tak jauh, kat belakang ni je".
Saya: Oo kalau macam tu boleh saya minta no phone anak akak" "
Calon: akak lupa la no phone dia. Biasala akak ni bukan ingat no phone orang.
Saya: (dalam blur blur dan agak skeptikal dengan jawapan yang agak tak masuk akal tu) :/ straight face.
3- ..,, akak tak suka kalau orang datang umah tengahri konon nak spotcheck macam la kita ni tak tau jaga budak. Akak dah 15 tahun jaga budak.
Akak amik $.., sebab akak tak kira kalau korang amik anak lambat ke, nursery amik paling murah pun harga tu. siap charge lagi kalau lambat tapi akak tak charge kalau lambat.
Semua jawapan ini tiada soalannya ya ( maksudnya saya tak tanya pun lagi ok tapi dia dah berdesup cakap apa yang dia tak suka)
Sila relate point 2 dan 3
Tak bagi no phone + tak suka orang datang waktu tengahari = mak ada emergency case main terjah je umah calon terus calon rasa kita nak spotcheck dia jaga anak kita betul ke tidak
Mak jem ok
Dia boleh set rule, tapi kenapa tak nak amik tau langsung apa yg kita harap untuk anak kita. Ibu mana tak risau bila melibatkan soal anak. So jangan la kejam sangat at least cakap biarla berlapik again kata orang melayu. As long as si ibu tak cross the boundries faham faham la kegusaran si ibu.
First impression Is important, But obviously she fail to impress me.
Sudahnya gigih menelefon calon lain. Ada satu yg berkenan tapi appointmentnya sabtu ni.
Wish me luck!!!
No comments:
Post a Comment