Banyak input yang boleh dipraktikkan untuk membentuk anak menjadi khalifah sebenar dibumi Allah. Sesungguhnya sangat kerdil diri ini dibandingkan beliau yang sungguh sungguh memperjuangkan dan sifat ingin membangunkan semula cendiakawan islam yang tidak dimanipulasi oleh yahudi. Sungguh tidak pernah saya terfikir visi dan wawasan yang suci dan ikhlas ini lagi lagi dizaman ini. Sungguh video ini is an eye opening pada mata hati saya. Jika semua umat islam seperti ayah ammar ini saya rasa tidak mustahil umat islam akan bangkit sebagai umat yang unggul.
Ini adalah blueprint ayah ahmad ammar untuk menjadikannya seperti abdul fateh yang menawan kota constantinopel diusia 21 tahun. Blueprint ini adalah yang diilhamkan oleh ayah abdul fateh kepadanya.
1-menamakan anak dengan nama yang mempunyai matlamat dan wawasan.
Menurutnya, nama sebenar abdul fateh adalah muhammad. Nama pemimpin unggul umat islam dan nabi yang sangat kita kasihi. Beliau menamakan anaknya dengan nama ahmad ammar, yang memakmurkan. Dan memang benar ammar menyuburkan dan mengejutkan hati hati umat islam yang dah lama 'tidur' dibuai kealphaan.
2-meletakkan wawasan ummatik
Wawasan ummatik vs wawasan sendiri. Katanya, rezeki kita sudah ditetapkan Allah sejak kita lahir hingga kita mati. Salurkan dan suburkan setiap perbuatan kita ikhlas kerana Allah Taala, in sya allah akan dipermudahkan segala pekerjaan yang ingin direncanakan. Ahmad ammar merupakan pelajar kedua terbaik (aliran sains) di maktab tentera sewaktu peperiksaan SPMnya, bila ditanya zahid hamidi (menteri pertahanan ketika itu) ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang apa selepas SPM dengan tenang dia menjawab, jurusan sejarah. Terkesima sebentar si penanya. Kemudian ditanya nak sambung mana? Turki, jawabnya. Terkesima buat kali keduanya. Mungkin agak janggal pelajar aliran sains ingin melanjutkan pelajaran sejarah dan diturki, kenapa diturki bukan di mesir, arab dan sebagainya? Pendapat umum sebegitu. Malah saya sendiri sewaktu selepas keputusan pmr diumumkan, cikgu cikgu mengesyorkan saya untuk ambil aliran sains, tidak dibenarkan saya ambil aliran selain itu. Inikan ahmad ammar. Tapi perancangan Allah lah yang terbaik. Ayahnya sudah menanamkan visinya sejak awal lagi untuk ammar melanjutkan pelajaran dibidang sejarah untuk mendalami sejarah uthmaniah yang mana dirasakan perlu dizaman ini (rujuk point ke-6). Memang agak gusar dizaman ini untuk memilih kursus dan tempat yang terbaik untuk masa depan yang elok. Tapi ayah ammar memilih untuk mendahulukan ummah daripada dirinya sendiri. Baginya ammar hanya pinjaman Allah padanya. Anak anak dan segala dimuka bumi ini memang sesungguhnya pinjaman Allah. Mendidik dan menggunakan segala pinjaman Allah dengan sewajarnya akan dijanjikan manfaat yang besar diakhirat nanti. Nekad dengan keperluan ummat lebih penting dari diri sendiri, ayah ammar mencadangkan dirinya untuk melanjutkan pelajaran di sekolah yang terbaik dalam bidang kursusnya, walaupun tidak diiktiraf. Baginya kita usaha sungguh sungguh, the rest let Allah decide for us. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan mengasihi hambanya.
3-menekankan persoalab adab
Persoalan adab amat ditekankan oleh imam hambali kepada kita. Adab kepada Allah, rasul, ibu bapa, guru, rakan dan persekitaran. Tanpa adab, ilmu yang dituntut tidak akan ada rahmatnya, tanpa adab ilmu yang dituntut tidak akan ada barakohnya. Jaga adab kepada semua makhluk Allah dimuka bumi ini in sya allah segalanya akan jadi lebih mudah. In fact ammar amat menjaga adabnya pada semua orang, menurut ayahnya jika dia tidak setuju dengan sesuatu perkara dia hanya akan diam dan senyum, tidak pernah dia mengatakan 'tidak' pada ayanhya. Malah peribadinya tidak pernah ketawa besar hanya dengan senyuman sudah menunjukkan kegembiraan hatinya. Menurut ibunya, cikgu sekolah rendah ammar pernah menelefon ibunya semata mata ingin memberitahu ammar ketawa disekolah. Hingga saat ini ibunya cuba untuk mengingati bila saat dia pernah untuk tinggikan suara pada ammar tapi gagal sebab ammar anak yang tidak pernah menyusahkan kedua ibu bapanya.
4- menghayati al quran
Jangan hanya baca alquran pada dasar membaca alquran. Cuba dalami dan fahami maksud dan intipati kitab unggul ini. Segalanya sudah disediakan oleh Rasullulah untuk kita diakhir zaman ini, hanya terpulang kepada kita untuk mengkaji nya. Sesungguhnya ilmu Allah ini luas. Pelajarilah segalanya selagi belum terlambat. Ammar sendiri sudah khatam kitab annur dengan hanya tempoh 8 bulan. Ketika beliau dijemput Allah, dia dalam perjalanan ingin mengajar bab pertama dalam kitab annur kepada pelajar malaysia, indonesia dan kemboja yang baru sampai disana.
5-memelihara solat dan menunaikan solat tahajud.
Solat adalah tiang dan asas agama islam. Persiapkan dan lengkapkan diri anak anak kita dengan asas yang kukuh. In sya allah, asas yang kukuh akan menyokong setiap tindak tanduk mereka. Lillahitaala. Amalkan solat tahajjud yang akan menjadikan kita hamba Allah yang senantiasa merasa serba kekurangan. Perasaan kurang itu akan menjadi asas untuk memperbaiki lagi diri kita. Kita tak akan pernah selesa berada lama di zon selesa, kita akan cuba meningkatkan diri kita seterusnya ummah.
6-menguasai ilmu yang diperlukan pada zamannya
Kenalpasti ilmu yang mejadi tunjang dan keperluan yang meruncing ketika ini. Pokok asas jati diri memang dilihat semakin berkurangan pada anak anak zaman ini. Walhal saya sendiri melihat keperluan sejarah dan jati diri sebagai refleksi mereka dimasa akan datang. Kita disogok dengan sejarah yang sudah dimanipulasi oleh orang yang mahu kita melupai asal usul diri kita. Mereka semahunya mendidik kita sedari kita dibangku sekolah rendah lagi. Manipulasi ini dijadikan asas jati diri dan pembentukan generasi muda zaman sekarang. Outspoken itu bagus tapi bila kena pada caranya, adabnya dan masanya. Tapi saya lihat tidak ada pada anak anak generasi kini. Mereka lebih berani disebalik keyboard (keyboard warrior) tapi mendepani isu isu yang tidak relevan dan dengan ilmu yang cetek dan bias. Saya sedih bila mana dengan ilmu yang sekakang kera itu sudah mereka anggap hebat, mereka tau mereka la yang benar tiada yang benar melainkan mereka jualah yang benar. Sedih, itu perasaan saya. Moga saya lebih istiqamah dan sentiasa memperbetulkan niat saya mendidik anak anak. Moga saya senantiasa dikurniakan sifat sabar nak mendidik generasi muda ini. Ameen.
7-mempelajari bahasa asing
Ammar sudah menguasai bahasa inggeris dan arab (juga turki kalau tak silap saya). Dengan mempelajari bahasa asing, kita akan lebih mudah mendalami ilmu lain. In sya allah. Tak akan rugi.
Ada banyak lagi point yang bermanfaat dan berguna dalam video tersebut. Cuba google dan ambillah sebanyak mana manfaat yang boleh dipraktikkan.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment