Wednesday, March 5, 2014

Bento

Bismillahirrahmannirahim

Ni nama dia terpengaruh. Kita tengokkan jela se istiqamah mana saya buatkan bekal naqee ni. Haha hari ni dah cuti sebab dia gi swimming. Cuma bekalkan biskut n air masak. Sebab biasa teacher dia bawakan sekali makanan dah siap pack untuk bebudak yang gi swimming.

Nasi goreng dengan aksesori biasa tomato, timun dan sosej (kalau balik rumah tanya ajak kawan makan tak? ajak tapi diaorang makan sosej je bu, nasi diaorang makan sikit je. Ok la tu)

Bento 'supermario'. haha perasan muka super mario (game tu). Yang ni bekal nasi lemak dan aksesori tetap sosej, telur dadar, ikan bilis, timun dan sambal (sambal buat tak pedas sangat, sebab nak bagi budak makan).

Bento seterusnya, Bihun goreng dan aksesori yang lainnya scramble egg tambah sosej dan ulaman timun.

Kemudian. Bawakkan Mee goreng. cess dia kata tak sedap sebab dia nak nasi bukan mee la ibu. Nasib ko la nak. Cakap dah pagi siapa suruh lain kali cakap la sehari awal.

Nasi goreng. Aksesori peneman, tomato dan brokoli. pastu kudap kudapan biskut dan *apantahnamadiamakislupa haha.

Nasi goreng idaman anak. Kali ni buat nasi goreng cina dan sosej dan salad. Seperti diduga salad tidak mendapat sambutan. Baik bawak timun kot lagi bagus, at least dia makan gak. Tapi nasib baik letak sayur kacang buncis dalam nasi. OK la kan. Haha teacher dia impress sebab dia makan tomato. Saya kata, saja tu dia nak show off kat teacher, setakat tomato cherry yang manis ni boleh la dia berlagak, cuba bagi tomato biasa tu, kadang kadaaaaang je dia makan.


Ni yang latest. Malas nak masak nasi, ada roti 4 keping buat la anak sandwich. (hehe anak 2 keping je, yang lebihnya mak punya). sosej tu saya goreng, dah nak masak tuang kicap sikit, goreng sikit sampai agak agak kicap dah melekat kat sosej pastu angkat. Sosej ni layer dengan salad, tomato. cheese dan letak sikit sos. Peh licin. Dengan biskut biskut licin tak bawak balik. Tak cukup gaknya. Sebab biasa kalau bekal nasi/mee mesti ada lebihan. Sebab biasa memang bawak lebih takut kawan dia nak join sekali ok la kan. Sekurang kurangnya tambah selera dia makan. Sekarang ni dia dah skinny dah. Makan ikut suka dia je. Sekali je kot sehari dia makan heavy, lepas tu jangan harap dia nak, setakat susu dengan biskut je yang dia nak.

Ok dah tu je bebelan mak naqee hari ni.
Bye
Assalamualaikum.



No comments: