Tiktoktiktok
Tak sampai 2 minggu lagi untill our good bye wave... bye bye ayah.
Barang apa pun tak kemas lagi. Yang saya buat checklist kot kot terlupa nak bawak nanti.
Checklist pun jangan tidak je, bagai melepas tangguk di tangga. Time ingat catit la, time tak ingat lantak la. Haha check list pon kat dalam handphone je. Nampak sangat jangan tidak saya kan.
Sama macam apa yang saya rasa sekarang ni, heartless (jangan heart attack sudah).
Macam macam benda berlaku. Malas nak ingat. Nak ingat yang best je. Membantu untuk bentuk diri yang cekal mungkin.
Tu yang jadi minda cakap tak stress tapi body say yess I do #awkstresstahapmindaawakpontaksincronizedenganbadanawaksopadanmukaawak (hehe hashtag paling panjang)
Habis ulser mencanak canak naik kat mulut. Jerawat yang dahh lamaaaaaa tak de, tetiba muncul. Owh double sakit disitu. Bukan jerawt yang halus mulus ya, jerawat yang besar tahap gunung berapi.ouchhhhhh.
Kita mulakan dengan Affan jom. Affan dah setahun. Masih belum berjalan lagi. Progress dis sekarang suka
Anaqi pulak, biasa la abang dah besar, progress tu tak berapa nak nampak physically. Makin meninggi dan kurus ada la. Hanya makan berselera bila ibu masak. Kalau makan kat luar memang naharom dia nak makan banyak. Favorite food masih lagi nasi biru campur nasi putih (nasi kerabu campur nasi kukus, ntah apa pesen makan macam ni), dan juga sushi (boleh abis 5-6 pinggan dia sorang je makan). Macam hari tu, ibu nak makan steak kononnya, sekali terlalu sushi king (kebetulan kedai sebelah sebelah plak tu). Dia punya insist nak makan sushi sanggup dia tak nak jalan walaupun ibu kata ibu nak makan steak dulu, pastu nanti kita tapau sushi. Haha mungkin dia dah tau trick ibu ayah dia, dia tak nak tertipu kali ni, so memang dia stand still kat situ tak mo gerak. End up dengan lunch hari tu kitaorg masuk makan kat 2 kedai sebelah menyebelah. Motip kan, nak kena ikut selera ibu dengan anak. Ayah dia sabar jela. Adik plak? haha aku tidur lagi bagus. Lagi progress abang, dah pandai nak minta gi makan kat hotel pastu mandi kat pool. Haha masak nak masak. Swimming class seminggu sekali tak cukup nampaknya. Nanti kat sana macam mana la nak. #makmasihtaknakfikir.
Office plak. Ni malas nak cerita. Hiruk pikuk rasa. Banyak stress dari rest (hehe memang ler, dah nama kerja, awak dibayar untuk buat kerja bukan rehat ya cik puan). Nak jadi mem sila, daftar diri ke kelab SAHM. Soon insyaallah. Jika diberi kemampuan dan kekuatan.
In a bright side, some of the students do appreciate me (bila mana yang tau kondisi saya). Alhamdullilah. Compliment dari anak anak didik inhibit positive aura, indeed. Sedih sebab i am no longer along with them. Saya rasa tu la perasaan yang cannot be traded with money. Puas buat sesuatu yang benefited others, dan yang menerima tu nampak usaha kita tak lain untuk mereka. Saya bukan yang terbaik, tapi saya sentiasa berusaha ke arah itu. Setiap hari, tanpa jemu.
Colleague.
They are fun, motivate me to be more positive, very hardworking (since our KPI will be evaluated by 2 bosses this year, gilerkentang kan hehe, 2 bos rasa badan pun nak belah dua rasanya sekarang ni) at the same time juggle to be perfect wife and mother in sya allah. You guys are the BEST.
Hehe random abis kan cerita saya. Ok last sekali saya nak cerita tentang macam mana nak mengeluarkan kata kata kepada seseorang yang sedang dalam kesedihan.
Ok the scenario is your friend is in the middle of crisis (contoh nya sedang berduka sebab kehilangan sesuatu yang sangat sangat dia sayangi).
Ni pendapat saya : Cukuplah hanya sekadar berkata innalillahinnaillahirajiun/takziah/kamu kuat/jaga diri. Cukup. Jangan berkata kata lebih dari itu sebab?
- Hati, minda dan perasaan mereka pastinya sedang bercampur baur. Kedatangan anda mungkin sudah memadai untuk menunjukkan rasa simpati pada kawan anda. Some people rather choose to be alone.
- Jangan memandai mandai keluarkan pendapat/nasihat/statement/cadangan macam mana nak menghadapi hari hari mendatang/dugaan anda ni kecik je berbanding orang lain. sipolan tu lagi la, dia lagi teruk kena blablablabla. Bukan tak boleh, boleh. Cuma masa tu tak kena, Sangat sangat tak kena. Awak dah la kenal takde la rapat mana. Tapi dah rasa diri layak nak bagi pendapat itu dan ini. Simpan dulu nasihat awak tu, untuk diri sendiri mungkin 'waktu' anda dah tiba nanti.
- Kita dah la tak rapat, even awak rapat pon takde la awak tau luar dalam hal hal kawan awak tu. Still you are not in her/his shoes. Terkadang nasihat yang awak rasa sudah cukup lemah lembut tu menghiris lagi kesedihan hati kawan kita. Umpama mencurah cuka pada tangan yang sedang luka. Nasihat tu mungkin kita rasa rasional tapi still bak kata saya sebelum ni, kita tak tau luar dalam kawan kita tu. Mungkin penerimaan dia berbeza. Bagi saya it is not WORD that heals the pain but TIME would definitely do.
Itu saja. Saya akhiri dengan video ni
Bye Assalamualaikum semua =)
No comments:
Post a Comment