Friday, October 19, 2012

belon

dah dua minggu saya demam.
alhamdullilah
badan flat, tapi masih bekerja.
kuatkan semangat walau fizikal rasa tak begitu kuat.
minggu lepas busy nak hantar permohonan untuk grant
alhamdullilah, dengan bantuan kawan-kawan akhirnya berjaya juga saya hantar.
dapat tak dapat, soal kedua, yang penting saya dah cuba
at least 5% probability untuk dapat tu ada
daripada probability tak hantar =0%
usaha dulu, selebihnya tawakal.

dalam tak larat tak larat
weekend lepas sempat pegi pasar
konon tak larat
tapi memandangkan anak beria nak gi
mak ikutkan je
seminggu dia dok berkurung dalam rumah je
tak kan weeken nak berkurung jugak kan
so mak gagahkan diri.
alhamdullilah berjaya gak bawak anak sorang dan beberapa beg plastik ditangan dan handbag dibahu.
sebelum dapat membeli tu ada satu kejadian
nak tau apa kejadiannya
siapa biasa pegi pasar zaman sekarang ni mesti perasan akan peniaga-peniaga jual belon ben10, boboyboi la angry bird dan lain-lain watak cartoon kan?
especially siapa yang dah ada anak mesti cam punya kan (sebab mesti kena pau =)
nak dijadikan cerita, tatkala si kecik ni terperasan adanya belon tersebut ( ya terperasan ya, sebelum dia perasan akan kewujudan belon tu dia behave je, takde la se agresif bila dah nampak)
mula la adegan tarik-tarik tangan terjadi.
ok
saya try pujuk cakap bagi saya beli sayur kejap then kita beli
anak dah tak boleh tahan. (belon tu ada sihir kot, panggil panggil budak kecik suruh beli, padahal main tak sampai 5 min)
saya try lagi, kali ni saya try cangkung bagi dia dengar apa saya nak cakap
tapi dek kerana 'sihir' yang terlalu kuat, dia tak nak dengar apa yang saya cuba sampaikan.
dia punya tenaga tarik sampai buat saya terduduk dek kerana tak stabil
hadoiiii...
try lagi cakap elok-elok,
alhamdullilah kali ni dia dengar.
dah siap beli semua keperluan saya pun belikan dia belon ben10 dia tu.

sebenarnya saya naik allergy pergi pasar disebabkan belon-belon ni
nak kata menyampah tu takde la sampai tahap macam tu sekali kat penjual-penjual belon ni
diaorang nak berniaga, cari rezeki yang halal. ok itu saya faham
yang saya tak faham macam mana nak pujuk anak saya
dari beli belon-belon yang tak sampai 5 minit dia main.
harga belon tu dah la RM6 ok sekarang ni
kalau beli makanan dah kenyang kot dia
belon tu sampai rumah takdenya dia pandang
membazir je
dah cuba shift ke benda lain, tapi tak jalan
kalau dah setiap lorong ada je orang jual belon-belon tu
hadoi la nak
kalau la kau mengerti perasaan bersalahnya ibu kau tiap kali dah beli
mesti kamu tak mintak lagi kan
haha saya mungkin kedekut setakat RM6 pun nak berkira
tapi bila mana melihat orang lain yang susah membanting tulang nak dapatkan RM6 tu untuk sesuap makanan buat hati saya hiba

A quote for today
' see the problems with knowledge'

Daaa
Assalamualaikum..





No comments: