Tuesday, October 9, 2012

pensil

Note : entry kali ini adalah entry mari bercerita.


Ok pertama sekali, sila abaikan tangan gebu anak saya ya ('like mother like son', wanie aku masih ingat korang buat joke pasal tangan aku nih, korang kata, tangan aku ni kalau korang baling kat laut, CSI nak buat pengecaman pun susah, tangan besau, badan kecik, macam tak padan. Haha kejam kan korang.)
Hehe panjang betul mukadimah, sebenarnya cuma nak cakap, cuba korang fokus macam mana naqee pegang pensil. Weirdo kan??? dan yang paling penting tulisan memang buruk kalau pegang pensil macam tu. Penat dah mak betulkan, tapi budak is budak, memang tak kan dengar cakap mak dia, so dia pegang gak pensil macam tu. Ok mak give up!!! dah tulis 'a' macam lukis bunga.


Berkat ke'give up'an mak dia, dia pun start mengubah posisi pegangan pensilnya dengan sendirinya. Bravo anak ku. Eh baru perasan anaqi-anakku, so close isn't instead of 'q and i' ganti ngan 'k and u' tapi sebutan lebih kurang je kan. Ok-ok dah melalut. Baru lah hasil tulisan improved, dari corak bunga-bunga dah jadi huruf yang sepatutnya.


Improved kan???? ok mak suka. Ada cerita disebalik a, i and u ni. Sistem pembelajaran sekolah sekarang ni yang saya peratikan (walaupun tak banyak sekolah yang saya survey la, kira probability tu quit bias, sebab variable tak cukup), mereka suka memperkenalkan kaedah phonic yang saya boleh tengok kesannya on the spot. Apa itu phonic???

Phonics is a method for teaching reading and writing the English language by developing learners’ phonemic awareness—the ability to hear, identify, and manipulate phonemes—in order to teach the correspondence between these sounds and the spelling patterns (graphemes) that represent them.
The goal of phonics is to enable beginning readers to decode new written words by sounding them out, or in phonics terms, blending the sound-spelling patterns. Since it focuses on the spoken and written units within words, phonics is a sublexical approach and, as a result, is often contrasted with Whole language, a word-level-up philosophy for teaching reading.

Sumber di copy-paste dari wiki wiki.
Ada cerita gak disebalik sebutan a,i, u ni. untuk huruf a, instead of sebut a, diaorang diajar sebut aaaaaa (macam ngaga mulut), so ada lah beberapa gambar untuk a iaitu ayah, ayam dan ani. So suruh la naqee sebut aaaa untuk ayah, pastu tunjuk gambar ayah. tau dia jawab apa? 'bukan la, bu, bukan ayah'. Habis tu apa? saya tanya. "Ibu la' katanya. hahaha. pening-pening, suka-suka dia je nak tukar.


Kemudian, si anak boring kerana terlalu 'teknikal'. Ya seperti yang anda lihat, cuma 3 huruf pon dah bosan. Sibuk nak mewarna pulak (sebenarnya mari mewarna bersama-sama, naqee ni jenis yang kita kena duk buat aktiviti sekali dengan dia, tak boleh buat sorang-sorang. memang dia tak akan buat la jawapannya.

Dia suruh saya lukis kapal. Ok mak punya seni memang zero (jangan gelak, kapal dah rupa pokok dalam pasu) huhu malu-malu. Kena improved ni. Otak kanan saya memang slow sikit. Seni-seni ni memang bukan bidang kepakaran, tapi kena perbaiki nampaknya sebab anak lagi suka mewarna lukisan mak dia berbanding lukisan dalam buku. Huhu Apakah???

Hehe tengok tu, layar dia dah macam pokok kan? belasah jela nak. ok dah tu je nak cerita.

No comments: