Ni gambar kami bercamwhore sementara tunggu ayah ambil parcel dia |
Kat Mydin borong seluar pendek naqee dan juga baju tdo dan juga seluar ultraman mebius dan sebagainya lagi banyak dari barang dapur saya.
Saya hanya beli apa yang patut sebab dah makin malas nak masak dan juga tak larat nak masak dan juga tak larat nak makan (eh macam orang lain pon tak larat nak makan gak kan kena la consider sikit jang). So saya beli sekor ayam tak yah potong konon nak bakar sekor-sekor so that we can have tender and juicy chiken (kononnya la).
Balik-balik dah kepenatan, tidur dulu dah nak senja baru start bakar ayam.
ketika didalam oven |
Penambahbaikkan, kentang dan carrot lebih baik dipotong macam fries tu. suami saya punya nasihat. baru best sikit makan.
saya hanya masak half bird, sebab tak caya boleh habiskan. walau boleh simpan nanti ntah zaman bila nak makan. (frankly speaking saya tak berapa semangat sikit makan makanan yang saya dah masak then reheat semula, kecuali asam pedas, sebab tu biasa suami yang kena habiskan leftover. Nasib baik dia tak cerewet. kalau iku saya memang haru la)
hasilnya. lupa nak beli rempah mat saleh (rosemary) so pakai oregano je (apa yang ada dalam almari) |
Mmmm sedapnya, kacang ni saya pau masa mak ayah saya kat mydin. Tapi ayah saya yang penat kena kopekkan, maklum la saya makan kacang dengan kulit-kulitnya sekali, tadi kat mydin saya kena marah dengan ayah saya sebab tak tau macam mana nak makan kacang dengan betul (apa la ayah saya ni, gabra sangat, sedangkan kacang pistachio pon saya kunyah kulitnya, inikan kacang tanah (haha mak saya terkejut tengok saya kunya kulit kacang pistachio kawan-kawan, apa ler yang diaorang sibuk). Untung jadi macam saya kan. Macam bos, nak apa-apa mesti minta tolong ayah saya, mesti dia tolong punya. kerja saya cuma makan kacang and then senyum je bila ibu saya kata 'smile' and hala handphone dia untuk ambil gambar saya, tu takde lain dia nak masuk dalam blog sepi dia ler tu. Oppps saya agak seksi dan mak saya tak tau macam mana nak edit bagi blur.
Bila ayam dah siap masak, kami sekeluarga pon makan la ayam (sahaja, takde pulak la maknya nak stim vege ke, roll bun ke, goreng fries ke) kat luar rumah. Sambil ditemani cengkerik je sebab uncle leong dah balik kampung or vacation somewhere. Melepas la kita nak dapat yee sang ke limau mandarin ke paling kurang pon ang pow. Takde...itu semua tiada. Haha mak yang hover. ok dah tu je melaporkan dari tanah besar =) (ewah-ewah nak jugek).
No comments:
Post a Comment