Monday, February 4, 2013

Ibu yang menyesal

(Ni entry 27/1/2013)
Fuhhhh

Hari ni dah buat something yang buat saya menyesal.
Apakah ia?
Marah a 41months toddler for his wrongdoing.
Apa yang toddler tu dah buat
Terjatuhkan gadjet yang baru berumur 2 minggu sehingga lens camera retak gara-gara tersadung ketika berlari.
And it was not the first time for today. That was the second time after being reminded + scolded for not running while holding the gadget.
Lagi
Saya marah sangat sebab takut muka dia tersebam kat simen slab yang tak bertutup langsung, just can't imagine kot terkena gigi, hidung atau mata dia. owhhh can't imagine =(((((((( walau dah terbayang.
The bright side is
Akibat terlalu takut, each and every time he passed by the area, he will telling me he is not running, hold the 'broken' gadget carefully and even show me how he hold it. Alhamdullilah. Takdelah mak awak menyesal sangat. Tapi masih menyesal weh.
 
Ini lah budak kuat lari tu
 
Sebab dah menyesal, so esoknya plan nak bagi dia mandi manda tepi laut (oh ya kejadian tersebut berlaku di kampung). Adik saya kata, laut dah tak berapa elok nak mandi sebab air dia kotor. So bawaklah diaorang mandi manda dekat pool tapi nearby the beach jugaklah. Tu yang muka dia golap semacam. Mau tak gelap, mandi dari kul 11-2 petang. Memang waktu matahari tegak kat kepala. He was really enjoyed playing there accompanied by my youngest sister and brother. Kami mak bapak duk bawak pondok sebab tak tahan panas hehe. Pengelat kan. 

Gambar kat bawah ni pulak, hari isnin lepas balik dari kampung. Masa ni dia duk sibuk pilih mainan. gambar kat bawah ni diambil lepas ibu siap shopping kat barang baby, dan tukar shift ngan ayah nak gi washroom. Punya la lama pilih mainan sampai ayah dah balik washroom pun masih tak decide lagi nak beli mainan apa. Kelakar tengok budak kecik shopping mainan. He was too occupied with so many toys and unable to decide which toys to choose... hahaha sebijik like me while shopping for garments and shoes. Mesti nak kena ada panel penasihat kalau tak memang end up salah beli atau memang tak akan beli. Muaahaha...


Ni masa ibu tanya nak beli apa? "Best bu ada jam" excited kan muka dia
Ibu tanya nak beli ke, amik la. Tapi dia duk terfikir-fikir lagi
Ok dia letak balik mainan tu dan tengok mainan lain pulak
Masih lagi tak bleh buat keputusan. Masa ni ayah dah sampai, and ibu pulak was so tak larat, nak gi cari kerusi nak duduk sat. Bagi ayah layan anak nak mainan apa.

Finally, the undecided budak kecik end up dengan beli set mainan bowling setelah ayah cakap nak tinggal dia kat situ sebab kami dah nak balik. Dia dengan sepantas kilat, sambar je apa yang ada depan mata (ayah dia kata) sebab takut kena tinggal. Owh finally, my boy!!!! dah besar dah awak, dah pandai nak shopping barang sendiri. Dulu masa bawak jalan mana-mana cuma tau nak main je, sekarang dah pandai nak take part to choose your own belonging. Ibu love you so much. I scold you for a reason, hope you realize it someday.
Yang Benar,
Ibu yang menyesal

2 comments:

wanie_kashfi said...

Aku pun sama gee...lepas marah rasa menyesal sgt...skrg ni kalau aku tinggi suara sikit, izzat mesti cakap 'mummy, jangan marah izzat...'. Sedih la pulak.

Semenjak 2 menjak ni, weekend je nak tdo umah wan dia, dah tu, suruh aku tggl dia je, tak bagi aku tdo sana...

kita ni marah sebab nak disiplinkan dia...tapi, mungkin kita terlalu ikt emosi sangat sampai takut diaorg ni...sian la pulak...

Takpe gee...dah lumrah hidup, janji kita explain balik kenapa kita marah...

good luck to us!

jie said...

Tu la wanie.

lepas marah tu menyesal sangat.
dia gi kat ayah dia ngadu
pastu nangis dalam sedu tak macam selalu(means takde la meraung )
Tu yang aku syak memang makan dalam

lepas dia abis ngadu ngan ayah dia, dia datang jumpa aku (ni peel dia yang bagus, akan jumpa balik siapa yang marah dia, hehe expect suh pujuk kot). aku peluk dia, cakap kat dia kenapa aku marah.

Tapi aku punya perasaan bersalah tu memang tak hilang sampai sekarang. huhu berazam untuk jadi lebih bersabar tahun ni =)