Tuesday, March 26, 2013

Pantang

Kisah pantang saya yang baru menginjak 9hari.

Harrez so far so good. Oh ye kami dah selamat sampai kekampung saya. Perjalanan kami alhamdullilah lancar cuma diiringin hujan lebat sebelum dan semasa didalam perjalaanan. Yang mana buat moyang harrez menjadi polis trafik menghalang kami memulakan perjalanan yang mengambil masa 5 jam itu. Tapi semua halangan berjaya ditempuhi berkat peertolongan opah.

Masa perjalanan yang lama adalah biasa buat kami bertiga. Tapi bagi harrez, ni pengalaaman pertama dia. Walau saya cuba mengalih alih kedudukan car seat-baring atas seat belakang-car seat tapi ia tidak mampu untuk mengurangkan kepenatan badan sikecik berumur 7hari. Dan akibatmya malam tu dia tak dapat tidur walau dah di beri susu secukupnya, lampin yang bersih, tilam yang empuk, dodoian dan nyanyian merdu sang ayah, tidak itu tidak dapat meredakan kepenatan sianak. Akibatnya jam 3 pagi baru harrez dapat melelapkan mata dan si ibu dan ayah pun dapat menarik nafas fuh fuh fuh lega (yeay dapat tidur den)
So far tidur malam harrez ok asal cukup susu dan lampin bersih, dia tak akan merengek (syabas bethe moga berterusan especially when ayah is not around).

Oh ye, harrez tanggal pusat hari ke 7. Malam tu he behave so well, pagi pagi ibu tukar diapers terus tertanggal tali pusat. Yeay :) baru lega hati kalau tak risau lagi lagi time nak tukar diapers n mandi.

Saya masih belum berurut, esok baru urut (hari ke 9). Lambat sikit sebab tungu balik kampung baru urut.
So urut sendiri bahu, pakai barut dan bertungku bagi rahim kecut cepat sikit. Bertungku saya guna batu sungai yang dipanaskan dan dilapik dengan daun mengkudu. Kali ni set bersalin saya cuba nona roguy tapi saya belum makan pil phytonatal dia lagi. Dah abis urut baru nak start makan.

Menu makan macam biasa, semuanya berunsurkan ayam dan ikan yang tak gatal dan juga sawi. Saya cuba makan habbatusauda dan kurma untuk banyakkan susu. Minum susu dan horlicks (untuk pekatkan susu) dan juga pati ikan haruan (selang sehari).

Nak hilangkan bosan (baru 8 hari) saya dah abiskan buku "biografi syed mokhtar albukhary" dan main candy crush (baru sampai level 58, benci kat cekelat).

Ok da tu je update dijam 3.47 am. Nak tdo jap ta ta. Entry ni takde gambar haha.

No comments: