Monday, April 8, 2013

22 hari

Umur affan hari ni.
Dan saya berpantang (huh terasa macam dah 22 bulan berpantang)

Cerita pasal pantang.
Alhamdullilah proses penyembuhan agak pantas berbanding waktu bersalinkan anaqi dulu.

Apa yang saya makan?
Menu masih sama, ikan atau ayam bakar, kudap kudapan roti, biskut dan sebagainya. Air pulak pagi untuk sarapan saya amik susu lacta (anmum) campur dengan horlicks, pastu dlm kul 10pg minum lagi, biasa air masak je atau kalau nak air manis minum kopi O, tengahari kadang air suam kadang air sirap, petang plak susu kambing (hi-goat). Basically tu je jenis jenis air yang saya minum, lain-lain tak minum lagi. Plus sangat banyak minum air masak maklumla musim panas memang tak tahan kalau tak minum air banyak.

Suplemen apa yang saya makan?
Kali ni saya ambil set nona roguy. Saya suka minyak herbanika dia. Memang sangat berkesan buang angin terutamanya pada wanita wanita yang susah nak keluarkan angin. Maklumla badan orang lepas bersalin ni mudah masuk angin, pakai minyak ni memang senang nak buang angin. Then pil phtonatal dia pun bagus. Pembuangan najis so far lancar, tiada kes kes sembelit berlaku alhamdullilah. Lulut mandi dia pun best, lepas pakai badan rasa hangat. So kesimpulannya saya memang suka dengan set ni. Tak renyah nak consume.
Lagi, saya ambil pati ikan haruan selang sehari. Luka memang cepat sembuh, hari ke lapan dah elok luka luaran (dalaman of course take quite some time la kan) dan juga sapu minyak gamat.
Habbatusauda: saya beli 2 jenis, minyak dan seed type. Habbatusauda elok untuk meningkatkan kuantiti penghasilan susu dan juga makan kurma. Cara saya makan biasanya saya akan letak minyak
Habbatusauda dalam nasi saya waktu lunch, maklumla nak barely telan memang tak berapa nak sanggup. Pati ikan haruan tu pun sambil minum senapas sambil tutup hidung hehe. Bertabahla kalau nak cepat sembuh ya.

Berurut.
Since kat kampung saya punya banyak pilihan mak bidan. Hehe kalau kat bandar bukan senang nak cari mak bidan bersalin kan. Saya try bidan yang lain dari waktu anaqi dulu. Kali ni saya cheat berurut 3 hari je tapi malangnya tadi saya terpaksa berurut lagi. Tula siapa suruh kan. Bak kata mak saya, orang lepas bersalin ni, lagi banyak dia berurut lagi bagus. Tu la mengelat lagi, siapa suruh.

Karenah abang
Memang banyak menguji, tapi setiap cabaran tu kan harus ditempuhi dengan sabar. In sya allah, take times but will subside in the end. Berdoa dan bertawakkal lah. Haha yang kelakar dia tak sabar nak adik besar so that leh temankan dia main bola ngan badminton. Sebab sekarang ni semua benda pon dia kena buat sorang sorang. Sian anak bujang ibu.

Ok dah tu je citer berpantang saya lagi hehe nah amik sekeping gambar abang yang selalu nak peluk adik tapi panik bila adik nangis dan takmo pujuk.


No comments: