Dan bila ayat ni disebut oleh anak sulung saya, hati saya retak seribu.
Sambil mata berkaca-kaca " Aci (Naqee) sayang ibu, aci nak ikut ibu". Waktu tu hanya Allah saja yang tau perasaan saya, hati macam nak meletup, tapi terpaksa tahan tangis moga anak tak perasan apa yang saya rasa.
Malam tu, saya cuba pujuk anak saya untuk tinggal dengan ayahnya disini, sementara menunggu penggal kedua habis Disember nanti. Sayang saya rasa, dia dah tunjuk banyak progress kebelakangan ni. Tahun lepas saya tak berapa ambil pusing sangat hal pelajaran si abang sebab bagi saya masih dalam induction period, tak perlu serius sangat belajar. Tujuan saya hantar pun adalah untuk dia belajar berkawan, main dan meneroka. Tahun ni silibus sudah agak serius memandangkan tahun depan dia sudah masuk 6 tahun. Persiapan untuk ke darjah satu. Maklumla keperluan pelajar darjah satu disini memerlukan sekurang kurangnya pelajar sudah pandai membaca sekiranya sekolah tertentu jadi pilihan ibu bapa.
Tak, saya tak berhasrat nak masukkan sekolah high impact, kluster dan sebagainya, cukuplah sekolah yang persekitarannya positif dan membina keperibadian yang elok untuk anak saya. Tapi sekolah yang kami target memerlukan anak anak tahu membaca bahasa inggeris and bahasa melayu, iqra buku 2, tahu basic sains, dan math. Proses pemilihan adalah berdasarkan keputusan ujian yang akan dijalankan, sebab bilangan permohonan melebihi kapasiti sekolah tersebut. Tapi sekali lagi, ini adalah harapan kami. semuanya terletak pada Allah, sekiranya berrezeki, in sya allah naqee akan bersekolah disini, tapi jika tidak, tak mengapa. kita usaha sekolah lain.
Dah habis hal persekolahan anak. Untuk wanie, entry ni menjawab soalan anda.
Saya akan bertukar tempat bertugas di Johor berkuatkuasa 1 Mei ni nanti (sob sob sob). Anak anak akan ikut saya, manakala suami saya akan kekal bertugas disini. Jadi akan bermula la perjalanan hidup kami bertiga nanti disana nanti. Banyak liku, mungkin? tapi kita akan hadapi bersama. Doakan dipermudahkan segalanya untuk kami.
Perpisahan sementara ini mungkin berat bagi kami. Anak anak sudah terbiasa dengan kehadiran kedua ibu dan ayahnya. Tapi bila mana hanya ibu sahaja disisi...sukar sebenarnya saya nak gambarkan. Mungkin akan ada ruang kosong, tapi saya akan cuba isikan ruang itu sebaik mungkin. Sebab itu saya amat perlukan doa kalian.Doa moga dikurniakan kesihatan yang elok buat kami, hati dan fikiran yang tenang dan kekuatan hati untuk menempuh 365 hari yang penuh tanda tanya.
Kami sudah agak lama di zon selesa. Mungkin perpisahan ini akan mengajar kami lebih banyak pengajaran. Moga kami terus kuat dan berjaya mengharungi masa ini dengan jayanya. Apalah sangat 365 hari berbanding selamanya kan. Allah masih sayang saya. Ini pengajaran dan ingatan baru buat saya, agar saya lebih istiqamah untuk menjadi hamba-Nya.
Oh by the way, plan nak pisah adik beradik ni tidak mungkin sesekali saya fikirkan. Their bond are strongest than anything. In sya Allah.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment