Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Surah Al Baqarah (lembu betina) 2: Ayat 195
Dan dermakanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan dirimu kedalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang beramal soleh.
Surah Al Baqarah (lembu betina)2: Ayat 254
Wahai orang orang yang beriman! Sedekahkanlah sebahagian daripada rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datangnya hari ketika tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan, dan tiada lagi syafaat. Orang orang kafir itulah orang orang yang zalim.
Surah Al Baqarah (lembu betina)2: Ayat 261
Perumpamaan bagi orang yang mendermakan hartanya kejalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.
Surah Al Baqarah (lembu betina)2: Ayat 267
Wahai orang orang yang beriman! sedekahkanlah sebahagian daripada hasil usahamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang telah Kami keluarkan daripada bumi untukkmu. Jangan lah kamu memilih yang buruk untuk kamu keluarkan padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejam mata (enggan) terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Surah Al Nisa (Wanita) 4: Ayat 39
Dan apakah (keberatan) bagi mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepadanya? Dan Allah Maha Mengetahui keadaan mereka.
Surah Al Anfal (Harta Rampasan Perang) 8: Ayat 3
(iaitu) orang orang yang mendirikan solat dan yang mendermakan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Surah Al Taubah 9: Ayat 104
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah menerima taubat hamba hambaNya dan menerima zakatNya, dan bahawa Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang?
Surah Yusuf 12: Ayat 88
Maka ketika mereka masuk ke (tempat) Yusuf, mereka berkata, " Wahai Al 'Aziz! kami dan keluarga kami telah ditimpa kesengsaraan dan kami datang membawa barang barang yang tidak berharga, maka penuhilah bantuan (gandum) untuk kami, dan bersedekahlah kepada kami. Sesungguhnya Allah memberi balasan kepada orang orang bersedekah".
Surah Al-Ra'd (Guruh) 13: Ayat 22
Dan orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikkan orang itulah yang mendapat tempat pengakhiran (yang baik).
Surah Al Nahl 16: Ayat 75
Allah membuat perumpamaan seorang hamba sahaya di bawah kekuasaan orang lain, yang tidak berdaya melakukan sesuatu, dan seorang yang Kami beri rezeki itu secara tersembunyi dan secara terang terangan. Adakah mereka sama? Segala puji hanya bagi Allah, tetapi kebanyakkan mereka tidak mengetahui.
Surah Al Nahl (lebah) 16: Ayat 90
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikkan, memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran, dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu mengambil pengajaran.
Surah Fatir (Pencipta) 35: Ayat 29
Sesungguhnya orang orang yang selalu membaca Kitab Allah (Al Quran) dan melaksanakan solat dan menafkahkan senahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam diam dan terang terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi.
Surah Al Hadid (besi) 57: Ayat 7
Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan infakkanlah (Di jalan Allah) sebahagian daripada harta yang Dia menjadikan kamu sebagai penguasanya (amanah). Maka orang orang yang beriman antara kamu dan menginfakkan (hartanya kejalan Allah) dia mendapat pahala yang besar.
Surah Al Hadid (besi) 57: Ayat 10
Dan mengapa kamu tidak menginfakkan hartamu dijalan Allah, padahal milik Allah semua pusaka langit dan bumi? Tidak sama bagi orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, diantara kamu dan berperang sebelum penaklukan (makkah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang orang yang menginfakkan (hartanya) dan berperang setelah itu. Allah menjanjikan kepada mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
Surah Al Munafiqun 63: Ayat 10
Dan belanjakan (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat menjadi orang orang yang soleh".
Surah Al Dhuha, 93: Ayat 10
Dan terhadap orang yang meminta minta, janganlah engkau mengherdiknya.
No comments:
Post a Comment