Tuesday, January 25, 2011

pendarahan

'naqee mana gigi anda ha! sorok eh' gambar sewaktu dia berumur 8 bulan. sebenarnya dah ada 2 atas dan 2 gigi bawah, cuma tak tau mana dia sorok gigi dia waktu nih

Tajuk agak mencemaskan. padahal bukan apa pun sangat, cuma tadi saya berhadapan dengan situasi dimana gusi saya berdarah selepas mandi air panas (ok-ok tak logik ok air panas, cuma air suam je) dan bukannya sewaktu memberus GIGI. Lalu dengan gigihnya saya terus berlari-lari anak mengambil listerine dan berkumur, Malangnya darah masih terus mengalir tanpa berhenti sehinggalah 2-3 kali saya berkumur dan membiarkan listerine tu berlegar-legar didalam mulut. (saya terfikir nak ambil ais waktu tu, tapi terpaksa cancel sebab fikir 'umah aku mana ada ais, kalau nak buat sempat mati kering sementara nak tunggu ais beku' haha). Aneh kan? ke biasa je? ke sebenarnya saya yang aneh. huh confuse-confuse.

Biasanya gusi berdarah disebabkan plak yang terbentuk menyelaputi GIGI. sebab itu gusi mudah berdarah sewaktu memberus GIGI. oleh sebab itu kita digalakkan untuk berjumpa doktor GIGI sekurang-kurangnya 6 bulan sekali bagi membersihkan GIGI dari serangan plak. ya, memberus saja tidak cukup (wah dah macam iklan listerine kan), pastikan kita berkumur dengan listerine untuk memastikan GIGI kita bebas dari plak. tapi saya rasa saya dah berus GIGI dan berkumur seperti yang disyorkan (hah tipu, saya miss 1 benda iaitu berjumpa doktor GIGI, fobia dengan doktor GIGI kat sek 18 yang mencabut GIGI geraham saya dengan kejam sehingga membuatkan saya terketar-ketar ketakutan, sumpah waktu tu rasa cabut GIGI lebih horror dari contraction waktu bersalin haha).

okey saya akan selidik lebih lanjut esok, tentang keadaan 'ganjil' yang melanda saya tadi. so bagi tips2 dan masalah berkenaan gigi bolehla rujuk DISINI ya.

Tuesday, January 4, 2011

Think

Sometimes when I'm talking, my words can't keep up with my thoughts.

I wonder why we think faster than we speak.

probably so we can think twice

~bill watterson~