Showing posts with label kreatif. Show all posts
Showing posts with label kreatif. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Jahit manik rajin published V2.0

Hehe baju tahun lepas, tapi tahun ni baru rajin nak upload gambar baju ;). So boleh tengok hasil comot saya ya ;) tahun ni beli baju siap je, tak pun pakai baju tahun lepas pun okey ;)

crumble si pemalas :)
Lagi crumble si pemalas
Lagi-lagi crumble si pemalas

Friday, February 10, 2012

bag organizer anyone??

Fuh tajuk sensasi kan. Memandangkan 'siri pengembaraan' telah bermula, banyak projek baru atau 'trial and error' projek beratur untuk dilaksanakan (okey baru dalam minda tak transform into reality lagi). Oh Tidak, saya bukan lah seorang makhluk yang kreatif, biasanya saya nampak somewhere than try to alter here and there. Contohnya macam projek malam tadi, i got inspired from cik kat's quilted tool case yang sangat cantik pada pandangan saya. So dengan gigihnya saya cuba buat bag organizer yang mana barang 'wajib' yang selambak tak akan tertinggal bila saya bertukar-tukar bag.

organizer to unorganized person haha mengaku tu wink wink
Ok cuma angkat je bag organizer ni dan attached ke handbag lain yang kita nak guna. Senang kan. Moga barang tak akan tertinggal lagi (hehe sebab acik selalu lupa nak bawak phone diwaktu-waktu genting walaupun beg besar seguni haishhhh).

Closed up gambar hasil projek semalaman sampai tak layan anak
Panjang kan Organizer ni. Haha purse je dah segedabak, ok ada slot untuk 3 pen ok (pen merah harus ada dalam handbag kah? hehe). Ada slot untuk vicks kalau mak tetiba pening atau bersin-bersin, ye hidung i ni detector habuk, pastu ada compartment untuk sikat, maklum la anak i rambut panjang sekarang ni, nampak serabai je kalau tak bersikat. Ya compartment untuk kunci je ada sampai 2 (1 untuk kunci office, yer, i ada 2 kunci office, haha kena pindah tapi tak pindah-pindah bilik lagi, pastu satu lagi kunci rumah, kunci kereta hubby pegang), and finally last compartment adalah untuk handphong saya ;) weee yang suka tertinggal tu.
erm rasa color combination sangat out kan haha. nama pun trial and error.
lagi pandangan dalam organizer, siap ada pen drive u. haha penting tu, consider nyawa gak
Dah-dah ler tu nunjuk bahagian dalam. huhu bukan kemas pun awok jahit haha ;) ok nak bagitau, nampak tak tali yang terjuntai dua, kat tepi satu, tengah satu tuh. tujuan tali tu adalah untuk diikat pada handbag anda supaya dia tak ke mana-mana, stay still kat orang putih.


Last sekali adalah pandangan organizer bila dah dilipat. Sekian terima kasih. acik penat bereksperimen projek ni malam tadi. so tido lewat. huhu

Tuesday, January 31, 2012

eksperimen jahit lurus

Ok itu status facebook saya malam tadi. Gigih semangat upload gambar kat facebook terus kan. Siri pengembaraan saya bermula sejak 2, 3 hari lepas, dan ini antara hasilnya yang sudah siap sepenuhnya. Ada satu lagi tengah dalam pembinaan, so segan nak tunjuk ;) nanti dah siap saya letak kat sini (hehe nak jugak).

Eksperimen no 1: Bantal yang sangat happy untuk living room saya
Ok, ye saya tau, sangat terang kan bantal kat atas ni. Kali pertama tengok kat LAUREA dah terberkenan. Ada diskaun pulak lagi la gatal tangan nak membeli. Actually, this fabric is meant for curtain, fabric ni tebal dan agak coarse. So mungkin sesuai kalau nak buat bag ke purse ke wrislet ke? hehe mungkin akan dipertimbangkan ;)
Eksperimen no 2: Bantal tido anaqi

Dan bantal putih kat atas ni, kainnya saya beli di IKEA, cotton nipis yang sesuai dibuat cadar. Tapi dah kurang sebab saya curi buat bantal si kecik yang tak pernah berganti tapi kerap basuh ok. Sebab nampak macam dah usang tu yang baru mak dia terhegeh-hegeh nak buat yang baru. 

Monday, May 30, 2011

jahit manik lagi

saya budak baru belajar
nampak perbezaan tak? one side guna manik and other side guna mutiara kecil
ini adalah hasil percubaan pertama saya menjahit manik menggunakan mutiara
***********

macam rajin je kan haha (wish me luck!!!!!!)
semalam saya dok borong manik bagai nak rak kat GM Plaza kl. Plan cuma nak beli mainan untuk naqee kat chow kit, sekali mak dia pulak yang over.

banyak betul saya borong manik mutiara haha siap amik semua warna lagi. Plan cuma nak amik yang ada unsur hijau (sebab kononnya nak bermanik-manik raya tahun ni) tapi alang-alang minimum purchased is 1 dozen, why not i take each colors with the thinking of 'mana tau boleh guna untuk baju lain ke' (haha tahun bila siap pon tak leh jamin).

kenapa saya nak bermanik-manik sakan tahun ni adalah : ( paling suka buat entry with numbering kan, lately ni)
  1. inspired by one of the graduan during my convocation ceremony (early may).
  2. design dia lebih kurang macam ni, kita tengok la jadi ke idak nanti kan, sebab kena tunggu baju siap dolu baru boleh cerita.

gambar dari SINI ya


Wednesday, December 29, 2010

A & B

Oh hari ini saya becuti lagi (nak habiskan cuti sebab tak boleh carry foward). seperti biasa saya tak akan boleh duduk diam tanpa membuat apa-apa aktiviti. ketika naqee tidur, ini la kerja ibu dia ;)

karung berisi kacang hijau, yang ada huruf A berwarna kuning di satu bahagian dan....

huruf B berwarna pink dibahagian yang lain... sebagai accessories, nak letak bola macam gambar kat bawah ni...


tapi naqee da rebut dulu. so saya akan tampal kemudian... ok got to go, naqee dah bising-bising berebut mouse dengan saya.


Thursday, December 16, 2010

Projek terbaru

Sedang mencari idea untuk membuat 9 dulang hantaran sebab adik lelaki saya akan berkahwin awal bulan febuari depan. Hiyaaaaa!!! bersilat jap. Dah lama tak berjinak-jinak dalam bidang kreatif ini. Maklumla, saya ni tak kreatif mana. So harus perah idea yang memang kering ni seperah-perahnya (hahaha statement yang sangat tak sesuai).

Nak tau apa idea saya
  1. Tema macam zaman greek, guna tali dan daun-daun. Tali lilit la kat sekeliling base pastu daun-daun lekat kat base. So warna yang difikirkan adalah coklat untuk tali-tali, hijau untuk daun-daun dan putih untuk base dulang.

Bahan pertama :Tali (sumber google)


Bahan kedua : Daun (sumber google)


Bila dah jadi nanti saya cuba tepek gambar kat sini okey atau mana tau idea bertukar pun saya akan kongsi kat sini.