Saturday, October 29, 2011

Sikecik demam

Budak kecik ni demam malam tadi.

Kami pun pelik sebab waktu petang main-main kemain ok je, tapi bila malam badam panas. Semalam tidur tak lena, asyik bangun je, nak susu, nak tukar diapers, nak turun bawah, nak tengok cartoon.

Akibatnya, ayah pening kepala bangun tido sebab budak kecik ni asyik kejut nak itu dan ini.

Get well soon budak kecik. Good luck to ayah, coz today he had full lecture until night.

Sign off ;) happy weekend everyone

***

Monday, October 24, 2011

kerja itu ibadah

Dengan niat kerana Allah Taala, saya buat kali keduanya akan meninggalkan anaqi dibawah jagaan ayahnya mulai esok hingga rabu. Insyallah moga Allah lindungi saya dan kedua-dua cinta hati saya ini ketika kami berjauhan.
***
Duk elok-elok ngan ayah ye nak. Give me five ;)
***
Mengikut rekod, keduanya baik-baik saja sepanjang ketiadaan saya. Jadinya saya tak risau kali ini. Haha mungkin yang akan risau mak mertua saya. Confim she will call up her son to make sure everything is under controlled. How many time she will call? Hehe let we see ;)
***
Pssst, how to make sure u are always in high spirit in doing things? Coz i sort of demotivated lately especially when dealing with rejection (kerja ya bukan personal hehe sebab saya sangat-sangat bersyukur dengan anugerah Allah yang satu ni - my family)

Monday, October 17, 2011

hari ini hari isnin

Delayed entry......
Dimulakan dengan bismillah.
Hari ini sangat rajin menyediakan sarapan sebelum bergerak ke tempat kerja. kami bersarapan dengan cengkodok ikan bilis dan air nescafe (dulu tak minum tapi sekarang suka sangat minum nescafe, gara-gara terpengaruh dengan suami). Lebih cengkodok agak banyak, tapaukan sikecil anaqi buat bekalan kat rumah pengasuh (perangai dia sekarang ni, turun kereta je mesti nak makanan, biasanya saya tapaukan biskut).
***
Masuk dalam rumah wan (pengasuh), tertib dimulakan bagi salam, duduk depan TV, terus buka bekalan, nak makan tapi kat tangan ada kereta kecik (ayah bagi), kawan nampak terus nak pinjam. Sikecik ni tak bagi terus kawan tu bebel-bebel pastu ikut wan dia gi tempat lain (haha mujur kawan tu tak ajak gaduh). Ibu pulak, keluar dengan perasaan bercampur baur, sedih ada sayu pun ada. Tapi saya percaya semua ibu yang bekerja melalui fasa ups and downs by putting our child to others care. Harus lebih sabar dan tawakkal kepada Allah.
***
Pity my son, he has to be independent. Alone with nobody physically err i mean his parent, be by his side (mentally, u are always in my mind dear). But the good side is he grow up as independent boy with parent's minimum supervision during our working time. Back to last week stories, when ayah busy 'shopping' his 'kasut kerja' and ibu has busy helping ayah making decision, he happily running here and there like nobody care. He even do not bother we at all as if we were not there at that time. 'This boy good ehh' said the 'tokey'. 'tak kacau u all langsung pun, budak lain selalu nak attention, but this boy is different'. "Yes, he has to coz he must adapt with the environment (with working parents, has no siblings yet, staying 8 hours at babysitter's house & so on so forth)
***
permata hati saya. moga membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh (Ayah suka tengok naqi pakai baju ni. siap dia suh tempah banyak-banyak baju ni)

Sunday, October 16, 2011

sabtu

Bersiaran dari gombak. Menulis ketika meneman anaqi yang nampaknya masih segar walau jam menunjukkan jam 1.18 tengahari (akhirnya lelap dikala jam menunjukkan jam 3.37pm)Semalam ketika memandu ke tempat kerja (ya kawan-kawan kerja disabtu pagi haha jarang sekali berkerja weekend ni). Saya menukar siaran ke radio IKIM. Antara intipati perbincangan semalam adalah mengenai solat merupakan asas kepada setiap aspek kehidupan. Sempurna solat insyallah sempurnalah hidup kita.

Dalam apa jua keadaan, janganlah menunding jari mencari kesalahan orang lain sebaliknya selidiki la solat kita, sudah cukup sempurna kah ia?

Selain itu, melihat sesuatu jangan menggunakan mata kasar kerana mata selalunya menipu ( macam pepatah inggeris menyebut Don't judge a book by its cover)

Jangan juga menilai sesuatu dengan mata fikiran kerana akal fikiran juga sering silap ( contohnya pendapat yang lama diguna pakai mengatakan bumi ini merupakan paksi kepada planet lain, sedangkan hakikinya setelah kewujudan teleskop melalui kajian mendapati matahari lah paksi cerekawala yang mana semua planet mengelilinginya)

Tapi nilailah sesuatu dengan MATA HATI kerana hati yang bersih yang mana solatnya sempurna, segalanya dilakukan ikhlas kerana Allah Taala akan memberi penilaian yang tepat.

InsyAllah, jaga solat, jaga lidah, jaga mata, jaga telinga, jaga perlakuan hidup ini lebih bermakna. Ingat DUNIA adalah ALAT untuk mencapai matlamat yang kekal abadi iaitu AKHIRAT. Peringatan untuk diri sendiri yang sering lupa dan alpha ;( Moga Allah memelihara hati kita semua amin

Nota kaki:
Hadiri lah majlis ilmu sekurang-kurangnya 40 hari sekali kerana manusia mudah lupa, menghadiri majlis ilmu dapat menyucikan minda dari segala kekotoran. (kalau nak senang, mungkin boleh lihat program-program bual bicara, rencana dan sebagainya dalam TV dah banyak sekarang ni)