Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, December 27, 2010

cuti-cuti christmas lepas

Pertamanya kami menghadiri anak buah suami, myiesha 3rd birthday celebration. Happy birthday Myiesha rihanna naufal!!! lihat anak bujang saya, behave je duduk sebelah birthday girl.
beza betul dengan sambutan hari jadi dia beberapa bulan lepas. owh dah dewasa rupanya harraz anaqi saya ni ;)
diam je tengok kakak icha potong kek. good boy ;)

ice cream cake. tengok ice kat sebelah tu. berasap-asap, maklumla negara kita kan panas.


oh ya, ni pula cottage pie yang saya bawa untuk santapan majlis hari jadi tersebut. gambar pie sebelum dibakar.

sekian saja laporan saya. oh ya handphone incik suami hilang waktu pulang dari majlis ni. nasib baik cuma nokia dia je yang hilang, kalau berry nya hilang sekali mau menangis dia hehe. tu la 'dunia je' kan, Allah bagi cash kat awak. ceritanya macam ni....

'masukla kereta tu' kata incik suami. 'awak start la kereta dulu, panas la' sambut saya sambil bermain-main dengan naqee. 'dunia je' dalam nada perli sambil meletak handphone diatas bumbung kereta. si isteri pula buat tak tau dalam hati pelik lak, tak pernah keluar ayat-ayat macam ni.takpe-takpe sabar je
...
situasi dalam kereta pula, 'eh, mana phone saya? 'sambil meraba-raba poket. muka dah pucat, dan mula la kalut. 'awak letak mana' tanya siisteri. 'atas keta'. terus bagi signal dan berhenti ditepi jalan 'nokia takde, cuai la saya ni' kata suami merungut-rungut atas kecuaian sendiri. isteri pula ' dunia je'. hahahaha suami gelak ' kenakan orang eh'....

sekian terima kasih ;)

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Menyambut Lebaran


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua sahabat handai yang mengenali diri ini. Kepada sahabat bloggers yang baru juga ingin saya menyusun jari memohon maaf walaupun secara maya mungkin penulisan saya menimbulkan rasa ketidakpuasan, ampun maaf dipinta. Sesungguhnya, catatan ini ikhlas dari lubuk hati tanpa berniat menyinggung perasaan sesiapa yang membaca.
Akhir kata, sambutlah syawal ini dengan penuh kesederhanaan seperti mana kita melalui bulan Ramadhan yang bakal berlalu kelak.

Wednesday, June 23, 2010

Gambar mengungkap seribu perkataan ::layan je::


Tidak mahu terlalu banyak menulis, hanya mahu menghidangkan beberapa keping gambar, buat kenangan sewaktu ibu dan adik-adik saya berada di sini.
Lokasi: Lorong kanak-kanak, gombak dan KLCC
Tarikh: 16 Jun 2010
Dari kiri : Ziha, ika, adik dan emak. Seronok adik dapat ke KLCC hehe. Ketika ini berada di depan KLCC
Mereka di hadapan KLCC. dalam gambar ziha tersenyum kambing kihkihkih
Ziha penat melayan naqee
sibuk mengejar bola . p/s cuba lihat adik bongsu saya yg sedang asyik cuba berenang

Lihat saja mukanya sudah tau yang sikecil ni sangat teruja dengan pelampung barunya yg agak maskulin



Thursday, June 17, 2010

Ngah, KLCC nampak ke dari sini??

Naqee berenang lagi semalam. Tapi kali ni ditemani pakcik dan kakaknya pula. Sangat excited bersama-sama dengan pelampung baru yang dibeli oleh papa jib (ayah, nampaknya kita kene beli pelampung mcm tu baru naqee seronok main okey?). Sekejap ke kiri, sekejap kekanan mengejar bola. Sejuk? huh tak lut la bila naqee da seronok main. Yang penatnya kak jiha sebab kene pegang pelampung naqee. Paksu pulak? tu lagi tak hirau keadaan sekeliling kalau dah dapat berenang. Test skill dan lepas gian la tu.

Maghrib, saya kerah adik dan anak buah saya masuk dan mandi. Ayah dan encik hubby sibuk bakar ayam. Menu malam ni BBQ. Seronok semua makan, maklumla bukan selalu mkn bakar2 ni. Pabila perut pun da penuh di isi, mula la masing-masing buat agenda sendiri. Tiba-tiba adik saya bertanya:

Adik: Ngah, kakak kata tadi nmpk KLCC. Boleh nampak ke KLCC kat atas ni?

Saya: Boleh, nape?

Adik: Kenapa adik tak nampak pun.

Saya: Takpela, kalau adik tak nampak. Balik nanti suruh abg wan bawa adik lalu KLCC.

Adik: Nak masuk sekali boleh tak ngah?

Saya: Tak boleh la dik, dah malam. KLCC pun da tutup.

Jiha: Ngah, Petrosains pun da tutup gak kan.
Adik: Kata KLCC da tutup, mestila petrosains pun tutup gak kan ngah?

Saya: Yela, dah nama pun dah malam. Diaorg pun nak rehat dah letih seharian keje. Lain kali la, kita gi KLCC ye. Adik nanti jangan tido pulak. Kang tak nampak KLCC.

Kesian adik. Dia tu jarang dapat jalan-jalan. Dapat jalan pun bila kakak2 dia bawa. InsyaAllah, jika ada ruang dan keizinan masa, saya akan bawa diaorg melawat semua tempat yang dia nak pegi. Untuk tunaikan janji saya, encik hubby bawa mereka ke KLCC, sempat juga la snap beberapa gambar buat kenangan. Dan kami (naqee dan ibu) tgk KLCC dari dalam kereta jela sebab naqee dah mengantuk sangat2.

Bila tengok naqee pandang KLCC mula la teringat kenangan masa tengah sarat mengandungkan naqee, sempat saya ajak encik hubby lalu KLCC on the way balik ke rumah, sebab dah lama xlalu situ. Nak kesana dah malas sebab terlalu ramai 'foreigner' dah rasa macam kat oversea pulak hehe lagi-lagi bila lalu kat taman dia tuh.