Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

kerja kerana apa?

cuba kawan-kawan duduk berfikir sekejap. selama ni kita berkerja kerana apa?

  1. kerana nak beli bag COACH (haha yang mana tak mampu macam saya ni harusla impikan beg yang macam tu, mana yang dah ada coach pasti impikan gucci, prada, cole haan dan macam-macam lagi. dah nama pun perempuan, harusla bag kan, kalau lelaki mesti kena letak benda lain kan. contohnya kerana nak beli superbike, lotus, paling kureng pun mesti nak mitsubishi, lain pulak option nya kan)

  2. kerana nak penuhkan ISI RUMAH yang macam padang jarak padang terkukur tu. ajak kawan-kawan buat tournament bola jaring pun lepas gak. siap boleh panggil cheer girls lagi. okey itu tipu, rumah ke stadium besar sangat. nak beli rumah kat tempat saya ni sekarang pun kena ikat perut takat kerja makan gaji.

  3. kerana nak SARA KELUARGA. dulu susah, sian kat mak ayah kat kampung, takkan selamanya nak susah. kita ada kemampuan, nak juga merasa hulur kat diaorang. adik-adik pulak, takkan nak rasa susah walaupun kakak dan abang masing-masing da berkerjaya. sampai ke hati kita

  4. kerana BOS. bos arah tu ini tu ini, kadang-kadang tak terbuat semua tugasan yang diberi. kerja hakiki lagi, kerja bukan hakiki (kena jadi itu ini, ajk itu, ajk ini). bila tak larat, ignore je kerja bukan hakiki itu sampai bos ugut kalau ko tak buat itu tak buat ini, aku punish ko..huhu apekah

  5. kerana ALLAH s.w.t. dan ini merupakan yang terbaik. bila kita ikhlas kerana Allah, insyALLAH, Dia akan permudahkan segalanya. Amin

Berdoalah sentiasa, dan letakkan la Dia sebagai senarai teratas dalam apa jua perbuatan dan matlamat kita. Ikhlas kerana ALLAH


Thursday, October 21, 2010

Perkongsian

Mari saya kongsi sedikit ilmu buat pedoman saya dan juga semua

Info di petik dari berita harian online [Khamis, 21/10/2010]

Pengertian jihad amat besar didalam islam. Dulunya (waktu dizaman persekolahan) saya fikir untuk berjihad, saya perlu pergi berperang..dush dush dush (cetek ilmu saya kan). Rupanya banyak cara untuk berjihad.

'Mencukupkan keperluan keluarga tanpa meminta-minta adalah Jihad'

Allah memandang rendah seseorang yang

  1. Tidak bekerja
  2. Sentiasa meminta-minta
  3. Tidak mampu menunaikan keperluan sendiri, ahli keluarga, bangsa dan agama
  4. Menjadi beban kepada orang lain

Rasullulah S.A.W pernah memberitahu

Lebih baik berusaha daripada kita datang pada Hari Kiamat dengan titik hitam dimuka (akibat perbuatan meminta-minta dan mengemis)


(two of my precious in this world)

Tuesday, August 17, 2010

di saat perlu melepaskan

Takut, tidak bersedia, menangis dan keliru...

Mungkin itulah reaksi saya bila perlu melepaskan orang yang saya sayang 'pergi' menghadap Penciptanya.

Takut,
Bila mengingatkan yang kita akan kehilangan orang yang kita kasihi. Bagaimana mahu meneruskan hidup tanpa dia disisi? Bagaimana dengan kepincangan rutin yang dulunya selalu ada dia menemani? Bagaimana bila saat kita sangat memerlukan dia disisi, tapi dia TIADA? Tiada bukan sekejap, bukan boleh dihubungi walaupun melalui telefon tapi buat selama-lamanya. Owh, saya sangat takut.

Tidak bersedia,
Bila mana tidak disangka-sangka dia 'pergi'. Bersediakah mental? bersediakah emosi? bersediakah hati?. Sungguh tidak dapat saya jangkakan. Bagaimana mahu bersedia?

Menangis,
Yang pasti, tangisan akan setia menemani saya. Di kala sunyi, di kala teringat, di kala keseorangan. Tabah kah saya? Bagaimana mahu tabah?

Keliru,
Adakah ini realiti yang perlu saya hadapi? Tiadakah peluang kali kedua, Tiadakah ruang untuk saya memanfaatkan setiap detik bersama dia? Tiadakah saat nanti, esok siang, esok malam, mungkin minggu hadapan.

Jawapan kepada semua persoalan saya ini adalah,
Kembali lah pada keimanan kita. kepada Pencipta kita. Sesungguhnya Dia Maha pengasih lagi Maha Penyayang. InsyAllah bila tiba masanya dengan izin-Nya, kita akan melepaskan dengan redha, tenang dan rela, kerana yang hidup pasti akan merasa mati, begitu juga kita. Itu janji Allah pada setiap hambanya.

Buat Alanna Qish,
Semoga dirimu lebih tenang disana nak. Doakan lah ibu bapamu kerna kasih mereka tidak bertepi buat kamu walaupun kamu tidak lagi disisi mata mereka. Namun kekal kejap dalam hati dan minda mereka.

Buat idi dan kak ida juga shahrul,
Akan aku titipkan doa buat kalian selalu. Moga kamu tenang disana. Di bawah lembayung illahi. Korang sepupu terbaik sebab aku percaya Tuhan lebih sayangkan korang (huhu sebab korang lagi baik dari aku). Doakan aku dari sana tau. Walaupun korang tak boleh baca coretan aku ni, aku percaya korang dengar doa aku selalu, korang terima 'hadiah' aku selalu. Sebab Tuhan tu Maha Adil.

Sunday, August 15, 2010

Subuh Ramadhan ke-5

Entah mengapa pagi ini saya rasakan begitu sayu. Hati terasa kosong dan tidak tenteram. Tangan menggapai Al-Quran, terasa rindu padanya. Usai solat subuh saya membuka lembar Al-Quran. Satu demi satu ayat saya ucapkan, lepas 1, 2, 3 dan akhirnya 4 muka, saya sudahi dengan surah Al-Asr. Baru hati terasa sedikit tenteram.

Tiba-tiba teringat akan rayyan ariff, kanak-kanak yang sangat istimewa dimata saya dan dekat dihati saya selalu. Moga dia terus kuat dan kuat dan kuat. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, lindungi la ian dan pelihara la dia sebaik dan selayaknya. Amin ya Rabbal alamin.
~~~
Sesungguhnya Ramadhan membawa seribu satu keberkatan kepada seluruh umat islam. Hargailah bulan ini sebaiknya. Kerna Ramadhan akan datang belum pasti. Persiapkan lah diri kita sepenuhnya, janji Allah itu pasti. Segala yang didunia ini hanya pinjaman. Kepada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita pulang.

"Dunia ini umpama penjara bagi mukmin, manakala syurga bagi musyrikin. Dunia singgahan cuma untuk kita meraih sebanyak mungkin bekalan untuk bekalan kita di akhirat yang kekal abadi kelak" Solusi.

Ya-Allah, aku bermohon agar diri ini dan KAMU yang membaca ditetapkan iman didada dan moga sekembalinya kami kesana nanti kekal dengan agama anutan kami (ISLAM) sebagaimana datangnya kami kedunia ini. Amin......

Tuesday, August 3, 2010

En zakat dan Cik Hutang


Kamu dah bayar?


Saya belum lagi, baru berkira-kira nak bayar. (Siapa yang belum tunaikan zakat dan tak tahu bagaimana jom datang sini ). Memangla En zakat tak kejar kita tak macam Cik Hutang, tapi haruslah beringat. Dunia ni hanya pinjaman, hatta diri kita ni pun pinjaman cuma.


" Tunaikanlah zakat, sucikan harta dan jiwa"


Cik Hutang, terkedek-kedek datang, Kalau tak lunaskan makin meriah la dia dijamu bunga-bungaan. Makin berisi la dia nanti.


Mana yang seangkatan dengan saya, yang meminjam wang ptptn, disini ada saya sertakan link nya. Jom kita bagi Cik Hutang kurus.


Wednesday, June 23, 2010

Subhanallah...

Ikhsan

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa
kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa
api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula
kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan
amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw
pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh


nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jibrail : 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya
dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk
bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'


Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jibrail: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu
tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu
tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi
Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan
dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg
disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat
tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya,
Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'


Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jibrail : 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah
diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'


Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak
kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jibrail: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati
belum sempat bertaubat.'


Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail
meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar


Nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat
sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'


Jibrail: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke
dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak
berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik
dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak
dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.