Saturday, December 24, 2011

Thursday, December 22, 2011

Berkebun

Memandangkan saya cuti hari ni sebab babysitter naqee pegi johor tengok cucu dia nak operate buang tonsil. Saya amik kesempatan berfotografi menggunakan hp saya je. Dan update blog ni.

Ok bismillahirrohmannirrohim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha menyayangi.

Saya memang suka menanam tapi tak semua yang saya tanam menjadi. Faktornya "tangan panas" pernah dengar ungkapan ni. Kalau kat kampung, walaupun mak saya gemar menanam, tapi tak semua yang mak tanam hidup segar bugar (walaupun mak jaga dengan penuh kasih sayang ;) lain pulak kalau abah, dia biasa cucuk je dah menjadi, tak yah beria jaga macam mana mak jaga. Ingat dulu pasal pokok turi, mak cuba tanam letak tanah hitam, baja, siram pagi petang tapi tak jadi pulak. Datang abah saya, dia cucuk tepi longkang buat pagar dalam dua tiga tempat alhamdullilah semuanya hidup. Hehe terus mak jealous. Ok abah saya orang panggil "tangan sejuk" then mak saya orang panggil "tangan panas" ok faham tak penjelasan saya. Ok tak faham pun tak pe sebab saya nak tunjuk pulak kebun kecil saya.

Masa kami pindah masuk rumah. Saya ada request pada hubby untuk buatkan batas agar senang kami nak tanam sayur macam daun kari, pandan, serai, daun limau purut dan daun kesum. Tau jela nak pakai bukan banyak pun, sikit je tapi kena beli. Kadang tu malas nak keluar rumah kalau dah penat balik keje. Saya ni jenis suka masak asam pedas dan biasa mesti nak letak daun kesum. Bahan lain dah ada kat umah, tinggal daun kesum je, tu yang kadang terbantut nak masak asam pedas. Sebab tu la saya suka nak tanam sayur sayur ni. Mujur hubby pun minat menanam, in facts he is more details than me especially tang penjagaan. Dia rajin siram tanaman berbanding saya yang suka tanam tapi malas nak jaga., hehe so apa lagi jom jenguk tanam- tanaman kami yang segar bugar dek musim hujan ( hehe sebab tu orang panggil hujan rahmat, sebab subur tanaman saya kerana rahmat Allah yang satu ni alhamdullilah. Jom jenguk belakang rumah saya.

instead of tanam pokok bunga, kami rasa perlu tanam-tanaman sayuran ni, so dapat lah gak kita merasa hasilnya. entry akan datang saya tunjuk pulak pokok hiasan kat depan rumah saya pulak ya ;) buat masa ni kita layan pokok sayur-sayuran saya dulu

ni lah kebun kecil belakang rumah saya



banyakkan cili ni. alhamdullilah, actually kami main campak je cili yang dah kering
ni ubi kayu, kami import dari umah mak kat johor. actually sebelah pokok ubi ni ialah pokok limau kasturi, sebelah dia pulak, serai yang hidup segan mati tak mau hehehe
ni nama dia CEKUR. masak lemak cili api saya suka letak ni...dap dap kata naqee
pandangan depan kebun kecil kami penuh sesak hehe
pokok kunyit, kami bawak dari rumah sewa lama
kangkung yang dah lama menjadi santapan kami. beli kangkung, kerat akar dia pastu letak je kat tanah senang je tumbuhnya
pokok kari ni beli kat pasar ahad stadium sek 13, cepat benar tingginya, terus hubby cantas, ni dah tumbuh semula
cili yang masak ranum
cili lagi, sampai pokok daun limau purut bawah pokok cili ni dah tak dapat nak membesar dek kerana terhalang dengan pokok cili ni
daun pandan, import dari umah mertua. sebab kami tanam kat pasu sebab tak nak dia membesar dengan jayanya, sebab pandan pun cepat besar kalau tak rajin cantas
daun kesum, dah cantas dan sedekah kat orang. disulami pokok pengaga pun dari johor

Saturday, December 17, 2011

Karangan 360 patah perkataan saya

Jumaat lepas ada hamba Allah minta pandangan tentang kursus yang diambilnya. Bimbang tentang masa depan agaknya. Saya faham sebab setiap dari kita harus merancang masa depan. Merancang untuk berjaya yeahhhh. Takut susah dapat kerja mungkin juga agaknya sipolan ni. Atau takut tersalah ambil kursus. Mungkin juga tak minat dengan kursus ini dan minat dengan kursus yang lain. Siapa tau. Waulahhualam.

Nak tau apa jawapan saya? Haha sebab takde multiple choice answer harus la saya buat karangan. Ni jawapan 360 patah perkataan saya.

Mulanya saya cakap ilmu saya terhad malah tersangat lah sedikit nak dibandingkan dengan ilmu Allah. Apa yang saya boleh nasihatkan, belajar terima kenyataan kerana sudah tersurat di Luh Mahfuz anda mengambil kursus ini. Yang perlu deme buat adalah berusaha sewajarnya agar anda mendapat kejayaan yang cemerlang dan cuba untuk value added skill anda yang mana tak ramai orang lain ada skill yang sama. Cuba cari skill yang tak ramai orang ada maksud saya.

Sebab setiap manusia dilahirkan unik. Tak caya? Cuba tengok cap jari korang, tak sorang pun didunia ni ada cap jari yang sama. Subhanallah besar sungguh ciptaan Allah kan.

Ok balik pada pokok cerita saya tadi. Saya pernah dengar ayat ni. " Hard skill get you interview but soft skill get you job". Sebab tu sistem pendidikan kita sekarang banyak menekankan soft skill atau kemahiran insaniah dalam bahasa melayunya. Lepas tu saya cakap kat dia lagi. Belajar untuk appreciate segala ilmu yang dia dapat dan gali sebanyak mana yang mungkin dari yang pakar sebab kalau tak dia yang rugi.

Akhir sekali saya bagi dia ayat al quran iaitu Surah Al-Baqarah ayat 216.

"Diwajibkan atas kamu berperang padahal perang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Ayat ni saya dapat waktu saya dapat tau sesuatu yang saya tak boleh nak terima walaupun benda ni tak confirm lagi. Saya susah hati sebab takut saya tak boleh nak cope with the situation when the time comes. Nasihat dari kawan, banyakkan berdoa, mana tau tak jadi (yela sebab benda yang tak confirm ni is not under your boss controlled, is again in Allah's will. Alhamdullilah Allah bagi saya jawapan serta merta lepas saya doa. Dan sekarang saya redha atas apa juga keputusan bos saya. Sebab only Allah knows the best for me. Eh balik pada sipolan tadi. Dia balik dengan ucapan terima kasih dan senyum. Harapan saya agar dia dapat digest all my said and i'll always pray for his success and future undertaking.

Macam lebih 360 patah perkataan je kan. Hehe nasib korang la, siapa suh baca kan. Mesti dah nyesal ni. Selamat berhujung minggu semua. Hujung minggu saya kat umah je, esok nak ajak naqee balik umah opah n atok jap sementara ayah gi sekolah. Asyik tgk upin ipin je, kesian dia....



Tuesday, December 13, 2011

Bulat

Ye selain daripada kami sekeluarga yang semakin membulat ada cerita lain disebalik bulat. Bulat air kerana pembentung haha okey okey yang ni takde kena mengena dengan naqee. 😜. Yang ni mungkin boleh elaborate more on perpaduan negara yang memerlukan gembelengan (ada ke ayat ni dalam kamus bahasa) dari setiap sudut malaysia.

Bulat yang pertama;
Lately ni naqee suka sangat menconteng dinding, jadinya ayah belikan naqee kertas lukisan dengan harapan dia akan tau nak conteng kat mana. Ya conteng dikertas ye nak bukan dinding. Penat mak mengelap dinding, tau-tau ada je hasil seni garapan artis kecil muncul didinding putih mulus ruang tamu kami.

Untuk menarik minat yang mendalam sikecil dalam lukisan ( haha mak dia suka art tapi tak reti buat) dan dalam masa yang sama mengajar tempat yang betul untuk melukis iaitu diatas kertas lukisan bukan dinding, saya ajar dia melukis sambil menyanyi macam ni ... Ehem ehem

"bulat kecik bulat kecik bulat yang besar, sayang ibu sayang ayah sayang semua"

Nak tau apa respon dia, "buyat tecik buyat buyat buyat nanananana....." sampai tak cukup kertas habis lukis ke lantai pulak. Haha mak tepuk dahi tak tau nak atasi masalah yang satu ni pulak.

Ok dah, tu je sbnrnya cerita bulat saya. Dah jom layan gambar sikecik pujaan hati saya..

Friday, December 2, 2011

Johor Premium outlet (JPO)yall

yeah finally.

Selalu on the way balik kampung, kami akan mengambil laluan lebuhraya senai-desaru sebab memendekkan waktu perjalanan kami hampir setengah jam yall siapa yang tak nak kan, coz we don't mind to pay for the toll fees if it can save our milleage and in fact our fuel consumption far much lower than we took the public road. We've always wonder what is the construction on our left side (from Kl) which looked so happening complete with their own exit (ada exit sendiri kat highway tak hebat ke tu nama dia hehe). Does it looked cool ( or only me has this kind of perception).

yes to make the story short, i'm gonna introduce to the all budgeting shoppaholic especially ME yes ahaks ME and only ME (coz for me whose like to shop but always looked for better price with same quality is hard right!! thats why i always ended up with nothing in my hand except for my kid kihkihkh).
***

Photo from JPO website
***
Ok stop mumbling let me introduce the JPO. The JPO is a project of Genting Bhd a subsidiary of Genting Plantation Berhad and Simon Property Group (50:50 joint venture). Located at the intersection of North-South Expressway and the Second Link Expressway, the 44 acres of JPO consist of 80 to 90 high-quality designer and name brand outlet stores such as coach, fossil, timberland, clarks, GAP oulet, raul and many more. currently there are 52 Premium Outlet Centers® worldwide located in the United States, Japan, Korea and Mexico. ok enough for the introduction coz too much words can make people boring i guest hehe (source HERE)
***

Should you require more info just visit their official website www.premiumoutlets.com.my. Ok Johorian and Singaporean, what you are waiting for!!! oh yes, our Prime Minister will be there on 11 December for the opening ceremony and of course you can have sneak preview start from TODAY. Be smart and buy when you really need ;)