Tuesday, March 26, 2013

Pantang

Kisah pantang saya yang baru menginjak 9hari.

Harrez so far so good. Oh ye kami dah selamat sampai kekampung saya. Perjalanan kami alhamdullilah lancar cuma diiringin hujan lebat sebelum dan semasa didalam perjalaanan. Yang mana buat moyang harrez menjadi polis trafik menghalang kami memulakan perjalanan yang mengambil masa 5 jam itu. Tapi semua halangan berjaya ditempuhi berkat peertolongan opah.

Masa perjalanan yang lama adalah biasa buat kami bertiga. Tapi bagi harrez, ni pengalaaman pertama dia. Walau saya cuba mengalih alih kedudukan car seat-baring atas seat belakang-car seat tapi ia tidak mampu untuk mengurangkan kepenatan badan sikecik berumur 7hari. Dan akibatmya malam tu dia tak dapat tidur walau dah di beri susu secukupnya, lampin yang bersih, tilam yang empuk, dodoian dan nyanyian merdu sang ayah, tidak itu tidak dapat meredakan kepenatan sianak. Akibatnya jam 3 pagi baru harrez dapat melelapkan mata dan si ibu dan ayah pun dapat menarik nafas fuh fuh fuh lega (yeay dapat tidur den)
So far tidur malam harrez ok asal cukup susu dan lampin bersih, dia tak akan merengek (syabas bethe moga berterusan especially when ayah is not around).

Oh ye, harrez tanggal pusat hari ke 7. Malam tu he behave so well, pagi pagi ibu tukar diapers terus tertanggal tali pusat. Yeay :) baru lega hati kalau tak risau lagi lagi time nak tukar diapers n mandi.

Saya masih belum berurut, esok baru urut (hari ke 9). Lambat sikit sebab tungu balik kampung baru urut.
So urut sendiri bahu, pakai barut dan bertungku bagi rahim kecut cepat sikit. Bertungku saya guna batu sungai yang dipanaskan dan dilapik dengan daun mengkudu. Kali ni set bersalin saya cuba nona roguy tapi saya belum makan pil phytonatal dia lagi. Dah abis urut baru nak start makan.

Menu makan macam biasa, semuanya berunsurkan ayam dan ikan yang tak gatal dan juga sawi. Saya cuba makan habbatusauda dan kurma untuk banyakkan susu. Minum susu dan horlicks (untuk pekatkan susu) dan juga pati ikan haruan (selang sehari).

Nak hilangkan bosan (baru 8 hari) saya dah abiskan buku "biografi syed mokhtar albukhary" dan main candy crush (baru sampai level 58, benci kat cekelat).

Ok da tu je update dijam 3.47 am. Nak tdo jap ta ta. Entry ni takde gambar haha.

Thursday, March 21, 2013

Kelahiran

Alhamdullilah saya sudah selamat melahirkan anak kedua kami.

Nama: Harrez Affan
Tarikh lahir: 17 mac 2013
Tempat kelahiran: hospital selayang
Waktu kelahiran; 8.50mlm
Berat: 3.75kg
Tinggi: 54cm
Hobi: menyusu, main air liur dan tidur

Terima kasih pada yang mendoakan. Sekarang masih dalam proses adaptasi dengan kerenah abang yang terlalu sayangkan adik. Semua pun nak buat untuk adik. Opah nak pegang pun tak boleh. Wish me luck.

Daaa babai

Tengokla dulu gambar anak bujang no 2 saya.

Tuesday, March 12, 2013

Synchronized

Sometime i feel that my brain is syncronized with hubby's brain.

Haha not only apple product can sync ok, our brain does.

Like this morning, i feel like having nasi lemak n kuih for breakfast, tau tau he bring home nasi lemak after sending anaqi to school.

Banyak lagi kejadian sync ni even before we get married lagi (masa ni status kawan tapi mesra) contoh waktu nak order makan, we coincidently order the same drink (ice lemon tea) and hubby will change to sirap limau ais if the order was first slip from my tounge. Hehe when ego plays its role memang mcm tu. kadang tu sebab dah kerap sangat, dia buat tak tau gak, sama pun sama la, pedulik ;p

Ada banyak lagi kejadian cuma makcik lupa hehe kang ingat makcik update eh.

My hubby isn't kind of romantic man tapi he is romantic in his own way. Believe me, i've only once got roses itupun during my graduation day. But our loves grows everyday and we complete each other. I may not say this everyday (haha truly, i'm not kind of romantic person either) but i love him so much and thank you Allah bestowed me with this happy family, good profession, comfortable place to live and in sya Allah more and more soleh and solehah children (please read more=4 childs only ;) i can never asked for more except jannah with this happy family.

Speaking of child, today is 40 weeks and 2 days of my 2nd pregnancy, mild contraction still but with some ache at my tummy and back which i think adik will soon come out. I just pray for our safety and good health during and after the 'journey'. It may not be easy but i believe Allah will make ease for both of us. Pray for me and my baby friends.



Wednesday, March 6, 2013

Jaga ibu

Ibu: naqee, nanti ibu sakit siapa nak jaga ibu?

Naqee: naqee la, naqee gi sekolah dulu pastu naqee jaga ibu.

Ibu: tak payah la gi sekolah, ibu kat hospital sorang-sorang takde siapa nak jaga. Sian ibu.

Naqee: tak boleh la, naqee sekolah dulu pastu baru jaga ibu.

Huhu kagum mak, anak rajin gi sekolah.

Esok paginya

Ibu: naqee cepat siap, dah lambat ji nak gi sekolah.

Naqee: jap bu, naqee nak poo pok

10 minit berlalu

Ibu: naqee, cepat la. Dah lambat ni.

Naqee: jap bu, nak tengok boboiboy.

Ibu: ayah, u take over ( tak kuasa nak layan dah)

...

Update adik
Masih nak stay dalam ibu's womb
Weight: 3.88kg (estimation)
Amniotic fluid: still a lot
Mild contraction ( quite frequent compared to last 3 days)
17 march induced if still not delivered yet.
Kaki ibu dah start kebas sikit2. Nak bengkak kot. Muka lak masih maintain hidung tak bengkak lagi (hahha apakah? Ada ke opis mate pelik hidung i tak bengkak. Katanya kalau dah nak dekat bersalin biasanya hidung bengkak. Orang lain lain bro simptomnya, ye bro sebab yang menegur ni lelaki hehe)

Gambar: menunjukkan ibu makin kuat makan.

Saturday, March 2, 2013

39 minggu

Eh dah 39 minggu yall.
Kalau masa naqee dulu dah selamat dah tgk dunia yang fana ni
Adik naqee, masih nak duduk dalam perut ibu nampaknya. Never mind dik, ayah pon tak jumpa nama lagi (ahaks)

ANC kat klinik kesihatan, mak dah 2 kali skip.
Mujur deme tak call.
Mak dah tak larat nak pergi tiap minggu nak check up.
Coming check up kat spital nanti 6hb. Agak-agak adik dah keluar tak? Surprise surprise.
Mak pon dah nervous ni. Hopefully this time will be easier for both of us.

Ok tentang isu breech tu dah tak de isu.
Adik dah ketempat yang sepatutnya mengikut kata doc roslan.
Dan berat adik 3.65kg (mak terkejut, doc lagi terkejut)
Katanya size perut macam tak match je. Takpe estimation je doc kata. Its ok dik, yang penting adik sihat dan selamat keluar. Tu yang lagi penting.
We love u, naqee dah asik kiss kiss perut ibu, kata kiss adik. Nanti leh teman naqee main eh, dia asik ajak ayah gusti je. Nak ajak ibu gusti takut ayah marah (haha i'm a woman furthermore).

Ada big bad wolf kat the mines (28-3 march)
Hati lompat lompat nak gi
Tapi keadaan tak mengizinkan
Ada motherhood expo 2013 gak kat klcc (1-3 march), entrance is free.
Macam nak gi, nak borong diapers adik banyak-banyak kalau murah tapi kita tengok keadaan ok.
Ayah ada kelas
Tiap minggu sekarang ni kita lepak rumah opah.
Sebab opah risau ibu ngan naqee je kat rumah. Kang emergency siapa nak hantar. Kalau kat sini ramai supir eh ramai kawan lagipun dah dekat ngan hospital.

Apa lagi ek.
Ok update naqee pulak.
Naqee dah pandai sikit sikit la ikut trend. Eh trend apa? Color blocking haha
Hari tu homework dia kena color tag 'i love teacher', gambar teacher punya tudung dia color macam tudung style sekarang banyak warna. Haha kira up to date gak kan abang naqee nih.
Pastu biasa kalau dia poo poo dia takkan duduk kat toilet bowl. Tapi petang semalam dia show off ngan ayah dia naik panjat duduk kat toilet bowl sendiri.
Kira hebak la kan. Yang tak hebaknya he is not poo poo instead, wakakaito. Tula show off lagik ibu kata.
Takpe nanti kita cuba lagi, nanti ayah n ibu belikan cover toilet bowl untuk kamu ya, ibu tau kamu duk sibuk tahan nak elak terjatuh kan (besau sangatkan cover bowl tu).

Ok dah tu je laporan untuk kali ini. Assalamualaikum semua