Monday, June 24, 2013

Tak tau nak letak tajuk apa... Yang pasti random

Hidup ni ada pasang surutnya.
Tengok anak anak depan mata insaf rasa.

Dari dalam perut kita ni dok asik pikir kita je berjuang nak keluarkan dia. Tapi pernah tak kita fikir yang dia pun berjuang waktu nak keluar ke bumi Allah ni.

Bila tengok anak gak rasa tanggungjawab kita adalah untuk jaga amanah Allah ni sebaik mungkin.
Apa sangat la dugaan kat dunia ni berbanding nikmat anak yang Allah dah bagi kat kita.

Kita berjuang yang terbaik untuk mereka. Harapan moga jadi la anak yang selalu mendoakan ibu dan ayah nanti.

Taat isteri pada suami
Taat anak pada ibu dan ayahnya.
Taat hamba pada Pencipta




Tuesday, June 18, 2013

mencari ramli 2

dah jumpa calon no2
alhamdullilah certified lulus
dah hantar pun anakanda saya ke sana hari ni
huhu mak pon da kembali bertugas
back to routine yalls

ada orang tanya apa kriteria utama saya mencari ramli pengasuh
senang je

first : solat
..........macam mana  nak tau dia solat. macam calon no 2 ni dia ada cerita dia boleh je asuh ramai (take note ya dia jaga 5 orang budak, baby sorang je la anak i ler tu) walau tak pakai maid (ya dia pakai maid) tapi bila pikir senang nak ganti ganti waktu solat tu yang dia pakai juga. Calon ni gak tak entertain orang dari 7.00-9.30pm sebab dia kat surau waktu tu. so kalau nak call after tu boleh. ada banyak lagi contoh yang kita boleh dapat, just jumpa dan try ajak sembang. Mesti boleh trace punya lah.

second: Penyayang
............tu tak bermaksud tak bleh marah anak kita la. I tak kisah kalau dia nak marah anak kita sebab nak disiplin kan dia. ai pun marah gak anak ai bila ai hot (hotmama la katakan ahakssss) hehe idak la selalu ya tak. cukup la dia anggap anak saya macam anak dia gak. sebab beza kalau kita asuh atas dasar uwang dan mengasuh atas dasar sayang. Dah tu macam mana nak tengok. yang ni saya tengok dar segi curiosity dia atas budak yang dia nak jaga. contoh, tanya nama siapa, nak panggil apa, dah berapa bulan and etc. Ni based on first impression lah ya. nak cakap lebih lebih kita pon tak tau lagi macam mana performance dia. so just observe je la ya timah.

third: reacheable
.........tak kisah lah by texting je ke yang penting ada source yang mana kalau emergency dia senang nak call kita atau kita nak call dia. maklumla i ni kadang kadang suka gak balik awal kalau dah abis kelas dan kerja dah siap. so by all means kena la bagitau, kot main terjah je pon mesti dia tak suka kan. habis bangun the other kids yang tengah lena tidur. ye la ai pon tau depa ni tdo berjadual. so we respect them and hope same in returns la ye tak.

hoi banyak nya kriteria. nak cari ramli pengasuh je pon. bukan nak cari jdoh. haha barang diingat, kita selalu harapkan yang terbaik untuk anak anak dan keluarga kita. yang penting usaha untuk yang terbaik. the result tak semesti yang kita harapkan. tapi cukup la kalau menghampiri kesempurnaan yang kita cari. tak cukup sikit sikit tu compromise la kan. adat manusia. tak selalunya sempurna.

amin....


Monday, June 10, 2013

Mencari ramli

Eh
Mencari pengasuh.

Saya tengah mencari pengasuh affan. Kriteria yang saya harapkan cuma biarlah pengasuh dia nanti sayang dia macam anak sendiri. Tu je. Sayangkan anak tangan tangankan... Eh eh

So tadi gi la jumpa sorang calon ni. Kami baru sampai dari kampung saya nun jauh 4 jam jaraknya. Singgah la sana sebab jam menunjukkan jam 5 petang. Tujuan saya singgah adalah untuk berkenal kenalan (ya hubby dah berkias kias dengan dia sebelum affan lahir lagi). Lepas hubby bagi salam maka keluar la calon ni dari rumahnya lalu kami berborak la ala main badminton, sorang kat dalam pagar sorang kat luar pagar. Pot pet pot pet maka kami beredar la dari situ.

Kat rumah saya buat 3 kesimpulan yang saya agak skeptikal pada calon berkenaan:

1- kita orang melayu katanya penuh adab dan sopan kan tapi kenapa tak jemput tetamu masuk umah walaupun dah di hint hint oleh suami saya "eh takpe ke kak kita bincang kat luar ni je kak" " nak masuk pun boleh gak" balas akak tu tanpa sebarang tanda tanda nak buka gate. Sambil anak kami dalam kereta, si adik dah menangis nangis.

2- bila diminta no handphone tak de katanya.

Saya: "kalau ada emergency macam mana nak call.

Calon: "Ooh biasanya mak mak diaorang ni call anak akak, office dia tak jauh, kat belakang ni je".

Saya: Oo kalau macam tu boleh saya minta no phone anak akak" "

Calon: akak lupa la no phone dia. Biasala akak ni bukan ingat no phone orang.

Saya: (dalam blur blur dan agak skeptikal dengan jawapan yang agak tak masuk akal tu) :/ straight face.

3- ..,, akak tak suka kalau orang datang umah tengahri konon nak spotcheck macam la kita ni tak tau jaga budak. Akak dah 15 tahun jaga budak.

Akak amik $.., sebab akak tak kira kalau korang amik anak lambat ke, nursery amik paling murah pun harga tu. siap charge lagi kalau lambat tapi akak tak charge kalau lambat.
Semua jawapan ini tiada soalannya ya ( maksudnya saya tak tanya pun lagi ok tapi dia dah berdesup cakap apa yang dia tak suka)

Sila relate point 2 dan 3

Tak bagi no phone + tak suka orang datang waktu tengahari = mak ada emergency case main terjah je umah calon terus calon rasa kita nak spotcheck dia jaga anak kita betul ke tidak

Mak jem ok
Dia boleh set rule, tapi kenapa tak nak amik tau langsung apa yg kita harap untuk anak kita. Ibu mana tak risau bila melibatkan soal anak. So jangan la kejam sangat at least cakap biarla berlapik again kata orang melayu. As long as si ibu tak cross the boundries faham faham la kegusaran si ibu.
First impression Is important, But obviously she fail to impress me.


Sudahnya gigih menelefon calon lain. Ada satu yg berkenan tapi appointmentnya sabtu ni.

Wish me luck!!!