Monday, February 18, 2013

Update dikala 37 minggu

Saya dah mula sakit belakang.
Sakit urat kot mungkin sebab cara tidur, tak boleh mengiring kiri dan kanan, terlentang je gamaknya. Bantal tak cukup 2, kena ada 3,4.
Batuk masih belum surut.
Ditambah dengan pakej sakit belakang memang very the bomb.
In sya allah saya boleh hadapi ni, sikit je sikit je (pujuk diri, motivasi hati)

Lusa nak gi jumpa obegynae, nak tanya pasal condition yang saya mention dientry lepas. Harap jawapan yang bakal didengar memberangsangkan . Cewah :) prays for the best.

Gajet yg budak kuat lari ni cederakan dah sihat. Ni tengah lepas gian sebelah saya. Esok ntah boleh bangun ke idak ni nak gi sekolah. Naqeee sleep now !!!

Ni gambar aktiviti ahad lepas. Teriba mak terajin buat karipap yang dah berkurun mak tak buat. Jangan risau saya ada 2 pembantu yang cekap yall.

Thursday, February 14, 2013

Pokok taugeh dan adik saya

Projek sekolah saya kali ni adalah menanam pokok taugeh.
Tadi cikgu saya pulang pokok taugeh yang dah besau kat ayah saya
Semalam waktu buat homework bila ibu saya tanya saya lukis pokok, saya cakap la saya tiap hari siram pokok. Tapi ibu saya tak faham apa yang saya maksudkan.
Bila cikgu bagi pokok tu kat ayah saya baru la ibu ayah saya faham apa yang saya cerita.

Tadi petang ibu saya pergi ANC (check up adik saya ibu saya cakap).
Doktor risau sebab kedudukan adik saya masih bukan dalam kedudukan yang sepatutnya. 'Breech/tranverse' kata doktor, entah la saya tak faham sangat.
Tapi ibu saya kata kita sama-sama doa moga adik dan ibu akan sama-sama selamat nanti.
Saya doa banyak-banyak walaupun saya cuma tau baca doa makan je tapi saya doa moga ibu dan adik saya selamat.
Ok dah babai

Selamat malam semua, saya nak tidur pakai baju ben10 lagi malam ni.
Eh tapi saya takut saya 'fight' dalam tidur ngan ayah saya lagi malam ni.
Kesian ayah.

Eh babai assalamualaikum

Yang benar,
Anaqi san =)

Wednesday, February 13, 2013

Cuti hari sabtu kami

Pagi lepas breakfast kami ke post office, ambil parcel ayah. Jauh kami ambil parcel pos laju ni. Air sirap tak tinggal kalau budak kecik nama anaqi ni sebab dia akan anytime je minta 'air sirap bu'. Haha tengah-tengah jalan macam mana nak berenti. Dia pulak bangsa kalau nak apa-apa je mesti nak dan dan tu gak. Hadoi la. So safety first.

Ni gambar kami bercamwhore sementara tunggu ayah ambil parcel dia
Lepas tu gi mydin usj beli barang dapur. Best juga mydin ni, besau dan tandas dia wangi (hehe memang tempat wajib perempuan mengandung melawat tiap setengah jam kot, ikut kekerapan anda minum air masak) ler. Lama dah tak ke sini. Last masa mengandungkan naqee kalau tak silap. so plus minus almost 4 years la kan. Banyak dah perubahan.

Kat Mydin borong seluar pendek naqee dan juga baju tdo dan juga seluar ultraman mebius dan sebagainya lagi banyak dari barang dapur saya.
Saya hanya beli apa yang patut sebab dah makin malas nak masak dan juga tak larat nak masak dan juga tak larat nak makan (eh macam orang lain pon tak larat nak makan gak kan kena la consider sikit jang). So saya beli sekor ayam tak yah potong konon nak bakar sekor-sekor so that we can have tender and juicy chiken (kononnya la).
Balik-balik dah kepenatan, tidur dulu dah nak senja baru start bakar ayam.

ketika didalam oven
Ayam ni dibakar pada suhu 180 oC kemudian kukus  grill  panggang kukus grill panggang. haha ok tipu, masuk dalam oven, biar sampai almost 1 hour and 20 min.
Penambahbaikkan, kentang dan carrot lebih baik dipotong macam fries tu. suami saya punya nasihat. baru best sikit makan.
saya hanya masak half bird, sebab tak caya boleh habiskan. walau boleh simpan nanti ntah zaman bila nak makan. (frankly speaking saya tak berapa semangat sikit makan makanan yang saya dah masak then reheat semula, kecuali asam pedas, sebab tu biasa suami yang kena habiskan leftover. Nasib baik dia tak cerewet. kalau iku saya memang haru la)

hasilnya. lupa nak beli rempah mat saleh (rosemary) so pakai oregano je (apa yang ada dalam almari)
Sementara tunggu ayam dalam oven masak, kita mulakan makan besar kita dengan makan kacang cap ngan yin.


Mmmm sedapnya, kacang ni saya pau masa mak ayah saya kat mydin. Tapi ayah saya yang penat kena kopekkan, maklum la saya makan kacang dengan kulit-kulitnya sekali, tadi kat mydin saya kena marah dengan ayah saya sebab tak tau macam mana nak makan kacang dengan betul (apa la ayah saya ni, gabra sangat, sedangkan kacang pistachio pon saya kunyah kulitnya, inikan kacang tanah (haha mak saya terkejut tengok saya kunya kulit kacang pistachio kawan-kawan, apa ler yang diaorang sibuk). Untung jadi macam saya kan. Macam bos, nak apa-apa mesti minta tolong ayah saya, mesti dia tolong punya. kerja saya cuma makan kacang and then senyum je bila ibu saya kata 'smile' and hala handphone dia untuk ambil gambar saya, tu takde lain dia nak masuk dalam blog sepi dia ler tu. Oppps saya agak seksi dan mak saya tak tau macam mana nak edit bagi blur.


Bila ayam dah siap masak, kami sekeluarga pon makan la ayam (sahaja, takde pulak la maknya nak stim vege ke, roll bun ke, goreng fries ke) kat luar rumah. Sambil ditemani cengkerik je sebab uncle leong dah balik kampung or vacation somewhere. Melepas la kita nak dapat yee sang ke limau mandarin ke paling kurang pon ang pow. Takde...itu semua tiada. Haha mak yang hover. ok dah tu je melaporkan dari tanah besar =) (ewah-ewah nak jugek).

Thursday, February 7, 2013

Adik naqee

 
 
Gambar adik naqee
At 35 weeks gestation his weight is 3.17 kg.
According to Obegyn, Dr Roslan, growth will slowly stop at week 38.
Hadoi, mak dah takut
Mungkin boleh sampai 3.5 or 3.8 kg kata Dr Roslan.
Tak yakin?
Haha yakin kan jela
Allahuakbar
 
I were so excited
First time tengok gambar scan yang sangat terang (maksud saya bukan 4D scan la)
Nampak mata dia, hidung dia and even his mouth.
Sebelum ni apa pun tak faham waktu tengok scan.
Bila dad faham asik belek-belek je gambar adik naqee
Tak sabar nak tengok live
Rindu bau baby.... wangi kan
Tunjuk kat naqee gambar adik dia
Dia buat muka blurr
Haha
 
Doakan saya dan baby selamat
Sewaktu proses kelahiran nanti
 
 
 
 

Monday, February 4, 2013

Ibu yang menyesal

(Ni entry 27/1/2013)
Fuhhhh

Hari ni dah buat something yang buat saya menyesal.
Apakah ia?
Marah a 41months toddler for his wrongdoing.
Apa yang toddler tu dah buat
Terjatuhkan gadjet yang baru berumur 2 minggu sehingga lens camera retak gara-gara tersadung ketika berlari.
And it was not the first time for today. That was the second time after being reminded + scolded for not running while holding the gadget.
Lagi
Saya marah sangat sebab takut muka dia tersebam kat simen slab yang tak bertutup langsung, just can't imagine kot terkena gigi, hidung atau mata dia. owhhh can't imagine =(((((((( walau dah terbayang.
The bright side is
Akibat terlalu takut, each and every time he passed by the area, he will telling me he is not running, hold the 'broken' gadget carefully and even show me how he hold it. Alhamdullilah. Takdelah mak awak menyesal sangat. Tapi masih menyesal weh.
 
Ini lah budak kuat lari tu
 
Sebab dah menyesal, so esoknya plan nak bagi dia mandi manda tepi laut (oh ya kejadian tersebut berlaku di kampung). Adik saya kata, laut dah tak berapa elok nak mandi sebab air dia kotor. So bawaklah diaorang mandi manda dekat pool tapi nearby the beach jugaklah. Tu yang muka dia golap semacam. Mau tak gelap, mandi dari kul 11-2 petang. Memang waktu matahari tegak kat kepala. He was really enjoyed playing there accompanied by my youngest sister and brother. Kami mak bapak duk bawak pondok sebab tak tahan panas hehe. Pengelat kan. 

Gambar kat bawah ni pulak, hari isnin lepas balik dari kampung. Masa ni dia duk sibuk pilih mainan. gambar kat bawah ni diambil lepas ibu siap shopping kat barang baby, dan tukar shift ngan ayah nak gi washroom. Punya la lama pilih mainan sampai ayah dah balik washroom pun masih tak decide lagi nak beli mainan apa. Kelakar tengok budak kecik shopping mainan. He was too occupied with so many toys and unable to decide which toys to choose... hahaha sebijik like me while shopping for garments and shoes. Mesti nak kena ada panel penasihat kalau tak memang end up salah beli atau memang tak akan beli. Muaahaha...


Ni masa ibu tanya nak beli apa? "Best bu ada jam" excited kan muka dia
Ibu tanya nak beli ke, amik la. Tapi dia duk terfikir-fikir lagi
Ok dia letak balik mainan tu dan tengok mainan lain pulak
Masih lagi tak bleh buat keputusan. Masa ni ayah dah sampai, and ibu pulak was so tak larat, nak gi cari kerusi nak duduk sat. Bagi ayah layan anak nak mainan apa.

Finally, the undecided budak kecik end up dengan beli set mainan bowling setelah ayah cakap nak tinggal dia kat situ sebab kami dah nak balik. Dia dengan sepantas kilat, sambar je apa yang ada depan mata (ayah dia kata) sebab takut kena tinggal. Owh finally, my boy!!!! dah besar dah awak, dah pandai nak shopping barang sendiri. Dulu masa bawak jalan mana-mana cuma tau nak main je, sekarang dah pandai nak take part to choose your own belonging. Ibu love you so much. I scold you for a reason, hope you realize it someday.
Yang Benar,
Ibu yang menyesal

Friday, February 1, 2013

Requote Ayat

"Diwajibkan atas kamu berperang padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
 
Surah Al-Baqarah, Ayat 216 
 
 
 
Up and down adalah lumrah hidup seorang manusia.
Allah menguji kerana Allah sayang kita, tanda Allah ingat kita, tapi sejauhmana ingatan kita pada Allah itu lah yang patut kita tanyakan pada diri kita sendiri.
Allah tak hanya menguji kita dengan kesusahan
tapi Allah uji kita dengan kesenangan juga.
Mampukah kita menerima ujian yang diberikan? hanya Allah yang tahu kerna sesungguhnya perancangan Allah itu lah yang terbaik.
 
Yang pasti, kita hidup didunia ini untuk menyediakan sebanyak mana bekal di sana nanti. Akhirat itu pasti, mati itu juga pasti, Janji Allah dan janji kita dengan Allah sewaktu dalam rahim ibu kita itu juga pasti.
 
Jika itu yang sudah tersurat saya ikhlas menerimanya.
Hanya Allah yang maha mengetahui........