Friday, December 28, 2012

kejadian yang anda akan jumpa menghampiri minggu peperiksaan

Situasi 1

Pelajar: "Puan, saya nak skema jawapan paper **** sem lepas?"
Pensyarah : " Awak nak buat apa dengan skema jawapan?"
Pelajar:" Saya nak semak la, sebab saya dah buat, saya nak tau jawapan yang saya buat tu betul ke tidak"

Bukan nak jawapan atau nak dicuss ye kawan-kawan. Nak SKEMA jawapan??
Yang mana practically sipembuat kertas soalan itu pun tidak dibenarkan memiliki.
Inikan kamu, si penjawab soalan.



$^&^*()(+_)_&%^&%*&

Huhu sungguh bagus attitude Gen-Y sekarang ni kan
Nope, I'm not reffering to all, but most of them need more 'humanity supplement' inside and outside.
And this is not a general statement yet it isn't totally fair to all Gen Y (Eventhough i'm one of them)

But I'm saying through observation.
Sometimes I felt dissapointed and it is easilly bring me up to the madness.


 
I'm not perfect
I need more passion in this field.


Wednesday, December 26, 2012

Kaftan

Nak fashionista sangat walaupun saiz dah berubah. Kononnya la, semangat berkobar-kobar nak pakai gi kerja. Siap google, youtube bagai macam mana nak jahit baju kaftan ( was thinking, simple yet elegant, plus easy peasy, no need my sewing skills too much). Bila dah siap hasilnya, beriala nak second opininion. Turun bawah tunjuk kat para pengkritik..,, ni jawapan yang saya dapat.
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
.
.
.
.
.
.

.

.

'Baju tidur ke?' sambil tersengih-sengih kerang busuk.

Automatic terus  cancel niat nak pakai esok.

Hehe lagi sadis, belum tanya kat anak, awal-awal lagi dia dah geleng kepala.

Ok faham nak.

Dalam hati.
"Ok, i need more girls in the house!!!"


Wednesday, December 5, 2012

Dinner kami hari ni

Simple, tapi fav anaqi

Haha nasi goreng kampung je pun, tapi boleh buat dia bertambah tambah selera makan.
Air tangan ibu kot rasanya, sedap tak sedap janji masak penuh kasih sayang mesti si pemakan nya mesti berselera.
Versi saya sonang macam abc je.
Saya blend bawang merah n putih, ikan bilis dan cili. Done. Tumis dah agak bahan tumisan masak, terus pecah telur. Semua skali masuk sekali gus.
Stok sayur takde so terpaksa la kosong je nasi goreng yang dah mmemang kosong tu. humang haih sonang yo.

Sementara tunggu nasi masak, saya ajak naqee makan bubur kacang.
Ok yang ni bukan baru buat eh. Yang ni udah 2 hari lepas saya buat. Reheat je, berselera gak sikecik ni makan. Masa hari kejadian takde pulak mintak. Disuapkan pon sesuap dua je jalan. Hari ni lak boleh minta tambah.
Alhamdullilah.

Ayah anaqi gi main futsal, sebab tu mak dia amik kesempatan masak ala kadar menu fav ibu dan anak je.
Hehe layankan aje gambar makanan kami tadi ya.

Bye
Assalamualaikum




Tuesday, December 4, 2012

nursing pillow

Nursing Pillow atau Boppy pillow

Apakah mereka ini
Cuba lihat gambar dulu ya
Macam-macam corak dan bentuk.
va va va sukanya awak
image adalah di google ya


Saya secara tak sengaja tertengok nursing pillow ni waktu browse baby crib.
Dang dapat idea ting ting....

Masa naqee dulu saya main taram alas pakai bantal je waktu nak susukan (ok apa dapat gak 9 bulan penuh saya susukan budak kecik nih)
Bila melawat kawan baru melahirkan baby baru lah saya terperasan nursing pillow yang besau gabak dia pakai. Sebab biasa saya nampak neck pillow yang kecik cemetot je.
Ok nampak praktikal.

 

Bagi yang gigih nak menjahit bagai ini ada nursing pillow pattern yang quit reliable. The author ada sediakan pattern then awak print je. Kemudian jahit ikut arahan yang diberi.
Saya tak mula lagi. Baru  print pattern je. Kain mungkin ada kat rumah tu (kena check dulu). Dah ada hasilnya nanti saya post lagi (kalau ada la, hehe mudah-mudahan ada)

Kalau nak beli yang siap je pun sonang. Sila pergi kat kedai yang saya sediakan link kat bawah ni ya
  1. Bumblebee Nursing pillow (macam gambar first) take note yang ni cuma harga cover dia je
  2. Yang ni ada 2 Brand Baby Jaya dan Bumblebee Nursing Pillow
Ok dah yang lain-lain sila google sendiri, i malas nak google kan bagi pihak hehe.

Monday, December 3, 2012

Info hari ini

Saya dapat dalam majalah Pa&Ma, april 2009.
Haha majalah berkurun, ternampak dalam stor, konon nak tambah ilmu.
Tak salah share kan.
Terima lah surah amalan harian sewaktu mengandung. Waktu mengandungkan naqee kalau saya baca surah Luqman mesti dia duk diam tak tendang2. As if dia faham, tapi saya rasa memang dia faham pun.

As salam

Sunday, December 2, 2012

Remix

Naqee sekarang suka sangat remix kan lagu

Macam-macam idea dia
Contoh
'boom boom ciki ciki boom remix dengan deng deng deng dang dang deng'
Haha lagu first lagu slot kartun kat tv2, yang satu lagi tak tau mana dia dapat.
First time dengar waktu dia mengigau demam teruk raya haji yang lepas.

Masih lagi pakai diaper
Tapi kat umah waktu tidur je pakai
Macam tadi terbabas sebab lupa nak pakaikan diapers waktu tidur petang muahaha

Ultraman sepanjang masa, tak kira masa.
Dah tau mana tau mebious mana satu dyna, automatic maknya pon tau.

Becok tapi sweet bila suka sangat cakap'aci sayang ibu' 'aci sayang ayah'

Ok tu je.
Sila la tengok gambar camwhore kami tadi waktu nak beli diapers kat tesco.
Note: dia paksa amik gambar lidah terjelir hahaha

Assalam

Thursday, November 22, 2012

4 tahun





Moga Allah terus melimpahkan rahmat-Nya kepada keluarga kami.

scene pagi tadi,

suami: nak makan mana malam ni?

isteri: kenapa nak makan luar plak malam ni (pelik sebab suami saya jenis yang jarang makan luar kalau takde special event kalau lepas office hour ni. kalau saya tak larat masak pun, akan tapau makanan atau dia akan masak)

suami: eleh buat-buat lupa pulak

isteri: *diam sambil masukkan kuah kari dalam bekas makanan anak, (ok mak rajin hari ni bawakkan bekal roti cicah kari daging uolls =), maklumla anak tengah selera nak makan, semalam balik kindy, terus minta nasi, sambil tunggu sempat juga la dia berzikir'nak nasi, nak nasi', mak pulak berzikir dalam hati sambil terkejar-kejar masukkan kain dalam mesin basuh, mandi and solat. sementara nak buat nasi goreng, goreng la telur dulu, buh kicap, nah makan dulu ya nak, mak akan cuba masak nasi sepantas kilat. Dah habis nasi kat pinggan dia, dia minta lagi dan lagi dan lagi, habis juga la lebih setengah pot untuk dia sorang (biasa 1 pot untuk kami bertiga), ayah sila tapau makanan sendiri ya. mak tak kuasa nak masak nasi baru.

suami: tak ingat ke?

isteri: *mmmm...hari ni berapa haribulan yek. sempat lagi memikir* ohhh anniversary hahaha (sila jangan contohi kealphaan saya ya (manusia mudah lupa *alasanlagi*

ok dah tu je nak cerita.

Ps: entry ini sepatutnya auto publish, pada 22 nov tapi nampaknya baru disedari oleh penulisnya tak auto publish rupanya. Maaf la entry basi ye =)

Tuesday, October 23, 2012

tarik nafas fuhhhhhhhhhh

Dear diary,
hari ni hari yang agak hectic
haha mau tak hectic
menghadap buku dari pagi sampai petang
and now
baru dapat tarik nafas
so tak kira nak blog juga
eh bos awak bayar gaji ke untuk blog?
sudah tentu tidak
ni saya anggap masa rehat saya yang tadi
haha bulih pulak main qada' kan
belasah je
ok sensitif

malam tadi lepas solat maghrib dan bersihkan diri
lepak dengan naqi dalam bilik
teman dia tengok ultraman kononnya
saya nak bermalas-malasan
sekali tiba-tiba
gedebuk!!!!
bukan saya atau dia yang jatuh
tapi dia gi baling buku sebelah saya (ok buku tu sangat tebal, nak tau buku apa?)
ni hah bukunya
tau apa dia cakap
'nah, ibu baca buku, naqi nak tengok ultraman'
muahaha
tak tau nak gelak ke nak cakap terima kasih
macam perli pun ada juga
tau la dah berbulan ibu baca
tapi tak abis-abis lagi
tapi mungkin dia ingat saya akan boring waktu teman dia tengok tv kot
mau tak boring kalau episod yang sama je ulang berhari-hari
wahahaha yes son u can sense my feeling nampaknya
bagus-bagus
atau pemerhatian dia dah semakin bagus
sebab tu je aktiviti yang saya mampu bila teman dia tengok ultraman

ok orang kata macam mana nak atasi rasa takut adalah dengan berhadapan dengan rasa takut tu sendiri
apa dia la yang awak merepek ni
hehe ni yang nak cerita
lepas bersalinkan naqee
saya adalah gayat
hehe tak tipu
dulu setakat naik cable car memang takde masalah sangat
tapi la ni saya sangat gayat walaupun cuma berdiri atas bangunan 3 tingkat gayat dia mengalahkan duduk bangunan 300 tingkat
ok start semalam saya try atasi rasa takut saya dengan lalu kat open staircase untuk ke DK
which i will definitely avoid as much as i could
hasilnya setelah 2 hari melalui tangga tersebut, perasaan gayat saya boleh la diatasi serba sedikit
boleh la
tapi not really proven selagi tak naik cable car langkawi
haha
alasan nak holiday kat langkawi nampak

image Google
ok kat point ni saya paling gayat
lagi-lagi waktu last time saya naik angin sepoi-sepoi bahasa
gondola dihembus kekiri dan kekanan
bibir ku pucat lesi sepucat hati ku yang berukuran nano particle cuma
waktu tu terfikir takde ke jalan darat waktu nak balik nanti?
saya sanggup walau 8 jam
tapi alhamdullilah selamat sampai
walau otw turun memang tutup mata je
tak kuasa nak tengok luar walau permandangan sangat cantik
huh
berani ke repeat lagi
wallahualam =)

Monday, October 22, 2012

the king, the racer, the pirate

macam theme halloween party pulak dah...
pagi tadi, teacher anaqi asked me whether i can prepare a costume for anaqi.
they will have an event in 4th nov at intekma
the teacher thought anaqi was ready to participate on one of their performance on that day
she suggested anaqi to wear a king costume =)  haha am imagine how would my son look like.

it is like a karma you know
before, my MIL once told me that his father used to be a prince in his performance during kindergarten final day event. prince why prince? there must be no role suit him much or there is the least role that have a dialogue i guess. as expected, my hubby's smile and said, ' of course because i am charming, that is why the role is mine'. Add 'muka belagak' when he talk =)
and when the teacher told me about their intention, my mind was like, ok i'm gonna tell the same story to my menantu one fine day =)

and when i reached office this morning, i googled the king costume.


nampak cantik, tapi senang ke nak buat mantel dia tu. the crown i guess we could just buy somewhere. haha tak kan nak buat jugak kot.
Tapi takat nak buat pakai gold paper macam crown atas ni possible juga. yang ni nampak simple, tapi mampukah daku =)
yang ni ada leopard print. cool gak kan.
ataupun tak yah jadi king, jadi mat rempit aka racer pun lagi sonang
hehe beli je baju ala-ala coverall pastu suh pegang atau pakai helmet hehehe ok apa. tak payah mak dia bukak mesin jahit bagai.

ok dah, tak tau lagi jadi ke tidak, anaqi nak ke tidak participate dalam event tu. kang balik mak tanya persetujuan yang empunya badan dulu. the teacher was confident but after all it depends on the boy himself. if you asked me of course i will encourage him to participate, just for fun and good exposure to him though.
Bye assalamualaikum semua

Friday, October 19, 2012

belon

dah dua minggu saya demam.
alhamdullilah
badan flat, tapi masih bekerja.
kuatkan semangat walau fizikal rasa tak begitu kuat.
minggu lepas busy nak hantar permohonan untuk grant
alhamdullilah, dengan bantuan kawan-kawan akhirnya berjaya juga saya hantar.
dapat tak dapat, soal kedua, yang penting saya dah cuba
at least 5% probability untuk dapat tu ada
daripada probability tak hantar =0%
usaha dulu, selebihnya tawakal.

dalam tak larat tak larat
weekend lepas sempat pegi pasar
konon tak larat
tapi memandangkan anak beria nak gi
mak ikutkan je
seminggu dia dok berkurung dalam rumah je
tak kan weeken nak berkurung jugak kan
so mak gagahkan diri.
alhamdullilah berjaya gak bawak anak sorang dan beberapa beg plastik ditangan dan handbag dibahu.
sebelum dapat membeli tu ada satu kejadian
nak tau apa kejadiannya
siapa biasa pegi pasar zaman sekarang ni mesti perasan akan peniaga-peniaga jual belon ben10, boboyboi la angry bird dan lain-lain watak cartoon kan?
especially siapa yang dah ada anak mesti cam punya kan (sebab mesti kena pau =)
nak dijadikan cerita, tatkala si kecik ni terperasan adanya belon tersebut ( ya terperasan ya, sebelum dia perasan akan kewujudan belon tu dia behave je, takde la se agresif bila dah nampak)
mula la adegan tarik-tarik tangan terjadi.
ok
saya try pujuk cakap bagi saya beli sayur kejap then kita beli
anak dah tak boleh tahan. (belon tu ada sihir kot, panggil panggil budak kecik suruh beli, padahal main tak sampai 5 min)
saya try lagi, kali ni saya try cangkung bagi dia dengar apa saya nak cakap
tapi dek kerana 'sihir' yang terlalu kuat, dia tak nak dengar apa yang saya cuba sampaikan.
dia punya tenaga tarik sampai buat saya terduduk dek kerana tak stabil
hadoiiii...
try lagi cakap elok-elok,
alhamdullilah kali ni dia dengar.
dah siap beli semua keperluan saya pun belikan dia belon ben10 dia tu.

sebenarnya saya naik allergy pergi pasar disebabkan belon-belon ni
nak kata menyampah tu takde la sampai tahap macam tu sekali kat penjual-penjual belon ni
diaorang nak berniaga, cari rezeki yang halal. ok itu saya faham
yang saya tak faham macam mana nak pujuk anak saya
dari beli belon-belon yang tak sampai 5 minit dia main.
harga belon tu dah la RM6 ok sekarang ni
kalau beli makanan dah kenyang kot dia
belon tu sampai rumah takdenya dia pandang
membazir je
dah cuba shift ke benda lain, tapi tak jalan
kalau dah setiap lorong ada je orang jual belon-belon tu
hadoi la nak
kalau la kau mengerti perasaan bersalahnya ibu kau tiap kali dah beli
mesti kamu tak mintak lagi kan
haha saya mungkin kedekut setakat RM6 pun nak berkira
tapi bila mana melihat orang lain yang susah membanting tulang nak dapatkan RM6 tu untuk sesuap makanan buat hati saya hiba

A quote for today
' see the problems with knowledge'

Daaa
Assalamualaikum..





Tuesday, October 9, 2012

pensil

Note : entry kali ini adalah entry mari bercerita.


Ok pertama sekali, sila abaikan tangan gebu anak saya ya ('like mother like son', wanie aku masih ingat korang buat joke pasal tangan aku nih, korang kata, tangan aku ni kalau korang baling kat laut, CSI nak buat pengecaman pun susah, tangan besau, badan kecik, macam tak padan. Haha kejam kan korang.)
Hehe panjang betul mukadimah, sebenarnya cuma nak cakap, cuba korang fokus macam mana naqee pegang pensil. Weirdo kan??? dan yang paling penting tulisan memang buruk kalau pegang pensil macam tu. Penat dah mak betulkan, tapi budak is budak, memang tak kan dengar cakap mak dia, so dia pegang gak pensil macam tu. Ok mak give up!!! dah tulis 'a' macam lukis bunga.


Berkat ke'give up'an mak dia, dia pun start mengubah posisi pegangan pensilnya dengan sendirinya. Bravo anak ku. Eh baru perasan anaqi-anakku, so close isn't instead of 'q and i' ganti ngan 'k and u' tapi sebutan lebih kurang je kan. Ok-ok dah melalut. Baru lah hasil tulisan improved, dari corak bunga-bunga dah jadi huruf yang sepatutnya.


Improved kan???? ok mak suka. Ada cerita disebalik a, i and u ni. Sistem pembelajaran sekolah sekarang ni yang saya peratikan (walaupun tak banyak sekolah yang saya survey la, kira probability tu quit bias, sebab variable tak cukup), mereka suka memperkenalkan kaedah phonic yang saya boleh tengok kesannya on the spot. Apa itu phonic???

Phonics is a method for teaching reading and writing the English language by developing learners’ phonemic awareness—the ability to hear, identify, and manipulate phonemes—in order to teach the correspondence between these sounds and the spelling patterns (graphemes) that represent them.
The goal of phonics is to enable beginning readers to decode new written words by sounding them out, or in phonics terms, blending the sound-spelling patterns. Since it focuses on the spoken and written units within words, phonics is a sublexical approach and, as a result, is often contrasted with Whole language, a word-level-up philosophy for teaching reading.

Sumber di copy-paste dari wiki wiki.
Ada cerita gak disebalik sebutan a,i, u ni. untuk huruf a, instead of sebut a, diaorang diajar sebut aaaaaa (macam ngaga mulut), so ada lah beberapa gambar untuk a iaitu ayah, ayam dan ani. So suruh la naqee sebut aaaa untuk ayah, pastu tunjuk gambar ayah. tau dia jawab apa? 'bukan la, bu, bukan ayah'. Habis tu apa? saya tanya. "Ibu la' katanya. hahaha. pening-pening, suka-suka dia je nak tukar.


Kemudian, si anak boring kerana terlalu 'teknikal'. Ya seperti yang anda lihat, cuma 3 huruf pon dah bosan. Sibuk nak mewarna pulak (sebenarnya mari mewarna bersama-sama, naqee ni jenis yang kita kena duk buat aktiviti sekali dengan dia, tak boleh buat sorang-sorang. memang dia tak akan buat la jawapannya.

Dia suruh saya lukis kapal. Ok mak punya seni memang zero (jangan gelak, kapal dah rupa pokok dalam pasu) huhu malu-malu. Kena improved ni. Otak kanan saya memang slow sikit. Seni-seni ni memang bukan bidang kepakaran, tapi kena perbaiki nampaknya sebab anak lagi suka mewarna lukisan mak dia berbanding lukisan dalam buku. Huhu Apakah???

Hehe tengok tu, layar dia dah macam pokok kan? belasah jela nak. ok dah tu je nak cerita.

Saturday, October 6, 2012

Anak buah baru

Semalam jam 1.45pm, we are blessed with the presence of new member in our big family. Welcome dude =)
Normal delivery, he is 2.2kg at 35weeks old (yes he is 1 month earlier than the EDD that explain his light weight)
Alhamdullilah both mom and son are in excellent condition (from what i've been informed). My SIL had been admitted to the hospital for the past 3 weeks. She suffered with fever and high blood pressure, on and off. Again on top of her not-so-well condition, she had short delivery time which is less than 1 hr, it is all her 'rezeki'. Allah never burden us more that our capacity. Alhamdullilah alhamdullilah Allahuakbar!
I don't have his photo, yet soon to be revealed (hehe provided if my bro has
improved his skill to capture photo
Less than 2s otherwise we should further wait and see).
Ok dah tu je nak share. Buat masa ni tgk jela gambar baby anaqi hehe.
Hehe yang ni, baby anaqi saya ya, haha dah tak baby lg sekarang ni

*update; the baby (cute!!!!!)


mak dengan cucu barunya =)
'baby' comel tak tau nama lagi
rambut cacak2 =)
curi gambar kat facebook mama dia =)
tak tau ikut muka siapa ni. suci murni je baby2 ni kan
lagi gambar buka mata =)

Friday, October 5, 2012

yeay 'aci tak nangis dah'

Hah tu la buruk sangka lagi kat anak sendiri
Ingat lepas duduk seminggu kat umah opah n atok budak kecik ni akan meragam nak pergi sekolah.
Alhamdullilah sangkaan mak meleset sama sekali.
The whole week (1-5 oct), dia tak menangis waktu dihantar ke sekolah
Ok, mak salute kat kamu la anaqi =)
Senang hati mak, weeee

Sekarang ni, kami dalam proses nak melatih dia tak pakai diaper.
So far memang mop menjadi tongkat kami.
Haha, dalam masa 8 jam, ntah berapa kali tukar seluar and baju.
Dah pesan nak pee pee habaq mai, atau pun terus lari masuk toilet
Tapi tiap kali tu la tercicir.
Ada sekali tu lari masuk toilet terus pee pee.
Basah gak seluar tu.
Haha kami tepuk dahi, habis basah gak seluar tu.
Hadoi, silap bagi arahan la, yang kami pesan 'bagi tau then gi toilet', kami lupa nak pesan, buka seluar dan lari ke toilet. Haha our fault.

Takpe usaha tangga kejayaan.
Weekend ni kita training lagi ok.

Ok apa lagi nak cerita.
Takde idea pon.
Cuma nak report mak happy, anak dah ok.
Ok dah, nak sambung buat kerja.

Nak bagi gambar budak kecik ni la sekeping.
Say cheeseeeeee!!!!!


Friday, September 21, 2012

Hi

Note (entry ini ditaip pada 16 Sept 2012)

Lama tak kata apa-apa kat blog ni...
Sama lamanya tak menjahit.
Memandangkan hari ni cuti, amik masa sikit menjahit projek yang agak lama tergendala.
hasij jahitan hari isnin
jahit lurus je, kain pun guna lebihan kain yang beli kat IKEA
Mood datang tak menentu. So dikala kerajinan melanda, layankan je.
Dapat jahit 2 helai sarung bantal kecik naqee yang dah lusuh. Satu animal printed satu lagi brighter color hehe shocking pink plus shining red, ada sikit hijau.
Muahaha seperti yang diduga, kanak-kanak akan lebih tertarik dengan warna2 terang, dan dia kata yang animal printed tak cantik. That is it. Mak redha je daripada sarung yang lusuh tak berganti tu lagi la tak semengah mata mak tengok.
Ni lah sarung bantal busuk anaqi yang baru, dia lebih suka yang pink hehe

Naqee dah masuk 3 minggu ke sekolah. Macam yang diduga every single day, without fail dia akan menangis sebab kena tinggal dengan ibu. untuk rekod hanya semalam (khamis, 20/9) je hari yang dia tak menangis.
Saya syak dia cranky sebab something. He is so attached to me lately, even esok (22/9) nak tinggal pun saya agak risau. Kene pergi kursus 5 hari kat Awana. Tak dapat nak bawak dia sebab, we have to work like cats and dogs (kata bos saya), 8.30 am till 10.30 pm. So dia akan stay dengan opah and atok (mesti atok ngan opah suka sebab minggu lepas sanggup atok tak gi kerja kat johor sebab nak tunggu naqee datang main dengan dia) which I think his cranky will getting even worst. Ntah macam mana nak hantar dia pergi sekolah a week after. Ok takpe, takde masalah yang takde penyelesaiannya kan, lagipun benda kecik je pun kan kan.

Yang kelakarnya budak kecik 'tak nangis' ni , tiap hari bila balik sekolah dia akan ulang-ulang cakap, 'ibu kerja, ayah kerja, naqee sekolah, naqee tak nangis' hahaha janji hanya tinggal janji je la nak. Setiap pagi tu lah janji dia kalau nak tau, tak nak nangis, tapi ..... hehe takpelah baru lagi kan naqee, ibu faham, nanti bila naqee dah besar sikit mungkin dah faham, dah tak nangis lagi kan.

Bila saya tanya teacher dia lama ke dia nangis, diaorang kata kejap je. Tak lama tu ok je main-main. Petang pun waktu saya ambil dia dari sekolah, happy je dia main dengan kawan-kawan. Saya try tanya nak gi umah pengasuh ke nak gi sekolah, dia mesti akan jawab nak gi sekolah. Yelah, mana tau dia tak ready lagi ke sekolah kan. Bila ditanya berulang kali, jawapan tetap sama nak ke sekolah. So memang dia enjoy dengan aktiviti kat sekolah cuma dia tak biasa dengan keadaan sekolah yang ramai kawan-kawan. Dulu kat rumah pengasuh pun paling ramai cuma 5 orang takdelah seramai kawan kat sekolah. Tapi yang bagusnya kat budak 'tak nangis' ni, bila balik rumah je dia akan tunjuk apa yang dia belajar kat sekolah tanpa kita minta. Dia ulang apa yang dia belajar, dah boleh siapkan homework, becok cerita itu dan ini. So kesimpulan yang boleh saya buat adalah dia di dalam fasa menyesuaikan diri dengan persekitaran, minat dah ada cuma kena pupuk lagi dan bagi maintain je. Chaiyokk anaqi =)


Thursday, August 30, 2012

Sekolah

Best tengok gambar raya masing-masing. Macam-macam kerenah fesyen, warna, anak-anak, kuih muih, lauk pauk. Yang pasti meriah, in fact meriah sangat. syukur duduk kat negara yang aman damai ni kan. Nak beribadah tak perlu sorok-sorok, nak bergembira kat ceruk mana pun tak perlu takut kena tembak, nak makan pergi je mana-mana (yang penting poket berisi, eh duit raya kan banyak kan kan, korang dapat duit raya lagi ke dah tua-tua ni? Eh tua ke =) oppss salah2, dah bekerja? Ke korang yang menghulur, takpe lagi bagus tau, tak ke tangan yang memberi tu lebih bagus dari tangan yang menerima? Banyak ganjarannya. Esok hari kemerdekaan malaysia, kita generasi selepas merdeka ni mungkin tak merasa jerit perih generasi terdahulu menuntut kemerdekaan. Tapi hargailah usaha mak ayah, datuk nenek kita berjuang untuk kesenangan yang kita raih sekarang ni. Amin moga negara malaysia kita akan terus aman damai untuk dirai generasi yang akan datang yang tak lain dan tak bukan anak cucu kita.

Isnin depan nak hantar anaqi gi 'sekolah'.

Dah sebulan asik minta masuk sekolah. Agak bosan kot asik duduk melangut, at least kat 'sekolah' dia ramai kawan, banyak aktiviti, terisi sikit la masa dia.

Selasa lepas gi cari 'sekolah' dekat dengan rumah ni je, mudah-mudahan serasi lah dengan dia. Nampak excited, sikit-sikit nak gi sekolah, nak habiskan 2 hari ni je pun kena pujuk macam-macam. Plan asal nak masukkan tahun depan je, since cikgu 'sekolah' ni kata diaorang dah masuk second semester, tapi naqee tak boleh sabar, terpaksalah masukkan awal. Cikgu dia kata ok je, sebab dengan kerelaan tuan punya badan, bukan apa tak nak dia bosan je. Tapi buku-buku bagai terpaksa photostat je, sebab diaorang dah pulang buku pada pengedar untuk this semester (diaorang punya style, semester lain buku lain) Kelas ko jah, budak kecik pun ada semester bagai. Kagum jap mak. I cakap, I don't really expect this boy learn anything at this age (baru masuk 3 tahun kot, walaupun ramai budak-budak sebaya dia dah ramai boleh membaca lah bagai, mak tak kisah, (walaupun mak kagum, pesal mak dulu umur 3 tahun apa pun tak tahu, apa pun tak boleh) yang penting nak pupuk minat dulu, kalau dah bersedia yes u go, belajar lah sampai kenegeri china... Eh china je ke? Mak nak gi jepun so naqee sila belajar sampai jepun ya :), sempat lagi kan mak ko berangan) my intention is just to let he adapt with new environment, new friends, new system, time management, so on & so forth.

Mak cita-cia tak tinggi, nak sambung belajar pun tengah berkira-kira, hadoi otak ni dah berkarat rasanya, boleh ke? Betul la orang kata, nak masuk gear 1 balik memang susah, sebab tu kalau dah masuk gear 2 teruskan je sampai abis, jangan berenti berenti. Memang motivasi kena tinggi nak mula balik. Tapi pembelajaran adalah untuk sepanjang hayat, belajar lah ilmu Allah ni selagi kita tak menutup mata, ilmu Allah ni terlalu luas untuk diterokai. Harta yang tak ternilai adalah ilmu pengetahuan, sebab ilmu tak susut nilai, tapi each and everything in this world would depreciate over the time (peringatan untuk diri sendiri juga, maklumla manusia mudah lupa =) haha sampai kan no tel opis sendiri pun lupa, macam mana tu, kes kritikal saat ni).

Anaqi dah matured, nak tau kenapa? Hari ni je dah 2 benda mak ayah dia tak expect dia cakap, tapi dia cakap(petanda dah memang wajibul ke sekolah nampaknya, no more excuse hehehe)

Perkara matang 1:
"ayah, tak nak naik kereta ayah la, nak naik kereta ibu, kereta ayah tak best"
Kenapa sebab kereta ayah dah lama ke? Tanya si ayah.
"aah, nak kereta baru!!"
Ada duit ke? Ayah dia tanya
"ada, nah (sambil hulur duit RM8)"
Oh tak cukup tu, kata ayah dia, kena kumpul dulu, dah cukup baru kita beli kereta baru ya.
"tak nak kereta ni!!! Nak kereta baru!!"
Suka ati ko lah nak, mak ayah malas nak layan
$&&!&@ ewah-ewah, keta ayah takde la lama sangat pun, 1 abad je =) haha kenapa tak percaya ke? Percayalahhhhh (nak nyanyi , nyanyi la tapi make sure pitching tak lari eh, mak tak bertanggungjawab diatas segala sound pollution)

Perkara matang 2:
"bu, tolong urut kepala, naqee pening la"
&@@"@&$??? What? Ko pikir apa nak sampai dah pandai pening-pening ni? Muahahahaha..

Terimalah gambar budak matured ni nak mintak duit raya kat korang:)

Thursday, August 16, 2012

ucapan


Kami berhari raya digombak tahun ini, raya ke-3 baru pulang ke kampung saya. Bagi yang ingin memulakan perjalanan balik kampung, pandu berhati-hati, ingat orang tersayang menunggu anda dengan penuh harapan. Brlebaran lah dengan bersederhana, insyallah panjang umur tahun hadapan, bertemu lagi kita dengan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Amin.

Sunday, August 12, 2012

Soccer ball

Alhamdullilah semalam berjaya gak anaqi potong kek pilihannya sendiri. Ya, soccer ball yall, budak lelaki namanya. Suruh amik angry bird tak mau, nak bola gak. Ok fine amik la, its your birthday after all =)
3 tahun sudah =) alhamdullilah
3 musketeers =)

Menu semalam simple je, nasi ayam. Ayam buat ayam rempah yang diperap hari rabu (haha awal kan), daging kambing bakar, kuih-kuih sikit, tembikai. Dah, simple dan senang.
Deco-deco? Hurm harem, malas nak buat. Bagi rumah kemas dan bersih sudah. Bagi mata tetamu sedap memandang sudah.

Tetamu? Hehe biasa la cuma atok opah, papa jib, papa mama, iecha dan adik. Hehe tapi meriah, cukup korum dah rasanya. Simple but complete, alhamdullilah.

Tapi sebenarnya the real anaqi's birthday is on monday. Haha saja sambut awal, weekday kang susah orang nak datang, jadi lah nak. Yang penting happy kan semalam.

Acara potong kek tu lepas semua orang dah solat maghrib. Lepas potong kek bagi diaorang bakar 'duit' eh bunga api. Suka la budak bertiga tu, mak-mak gossip kueh raya je. Mak mertua request butter cake dari boras, haha my BIL menyampuk kata suh i yang buat, i kata i amatur tak boleh lawan his wife, she's wayyy much better than me. Kang bantat kek sapo nak makan muahaha. Alasan!! Haha naseb ler.

Hari ni, kami tak ke mana. Lepak anak beranak kat rumah je. Tadi keluar jap cari karpet. Dapat sekeping, corak rasa dah urban dah, hehe tapi perahsaan je =) yang minat boleh pulak regenya RM10,000 haha confirm tak beli. Sulam tangan katanya, memang ler dah la besau 7 x 10 ft, dasar high taste, ukur baju dibadan sendiri bang =) takpe yang biasa2 sudah. Janji urban muahaha nak jugak, janji kena ngan perabot umah sudeh. Yang ni ikut kemampuan dan ukuran rumah ya :) alhamdullilah rezeki Allah.

corak lingkar-lingkar ni ko panggil urban jie, =) belasah jela
Oh ya, lepas beli karpet kami try masuk checkers kat sek 15 shah alam, hypermarket baru, dia ada jual retail dan borong. Ok jugak lah, kalau beli borong murah kot, kalau beli retail macam biasa je saya rasa, macam beli barang kat tesco gak. Dia ada wet market gak, sama macam tesco giant carrefour.

Menu berbuka hari ni nak masak spagheti oglio olio seafood dan nasi impit goreng. Aik makan ke husband u jie? Haha dah mintak izin, boleh je katanya. Tak kuasa nak buka kat luar, jem wooo semua shopping kompleks, masing-masing shopping, last week of ramadhan katanya. Tadi pergi sek 7 baru belakang uitm tu pun jem, parking petronas pun penuh, semua adik kakak shopping tudung baju kat jakel, ariani, radiusite sugarscarf fareeda alya sara, aalia (banyak butik tudung kat sini) etc etc ler tu. Yeayy. Ok dah, nak start gear 4, tapi sebelum tu nak solat asar sat.

Bye bye semua, selamat bertemu dengan malam lailatulqadar =)
Assalamualaikum =)

ini lah nasi impit goreng, tumis macam nak buat nasi goreng kampung
*update gambar nasi impit goreng, tak jadi buat spaghetti oglio olio walaupun semua bahan dah disiapkan. Sebab rasa macam dah banyak pulak makanan. Nanti membazir, esok pagi sahur kot kalau lalu nak makan ler. Bye

Friday, August 10, 2012

Roti boy

Jalan-jalan kat wangsa walk isnin lepas.
Belikan budak kecik seharian tak minum susu dan makan cuma 2 keping roti massimo (sedap gak roti ni whole grain dan lembut jek) sapu margerin ngan tabur gula (mak mertua suh)
Beli satu je roti boy, ingat tak lalu makan, tapi sambil jalan sambil mengunyah roti boy habis sebiji rupanya.
Lalu kat satu sudut ni, ada budak kecik tengah amik gambar dengan upin ipin, dia stop tengok sambil mengunyah roti
Habis je mak bapak budak tu amik gambar diaorang beredar terus je naqee cakap 'bu, amik gambar, cam abang'
Haha mak bapak gelak =) comel je orang nak dia pun nak jugak.
Mungkin tengah dalam fasa, semua nak buat, semua nak tau, semua nak cuba. Explore la nak, as long as it is a good things for sure we don't mind, moga your curiosity mind will bring more good things in your life in the making of obedient & soleh son and good muslim. We love you so much =)

Thursday, August 2, 2012

Assalamualaikum

Assalamualaikum

Entah kenapa lately ni ketandusan idea untuk menulis.
Kepala kosong tiada idea.
Hanya gemar membaca tapi tak mampu untuk dizahirkan dalam bentuk kata-kata.
Nak melaporkan itu dan ini pun seakan tiada minat.
Hanya melakukan rutin seharian, bekerja dan pulang ke rumah
Other than that mmmm ya tak perlu dilaporkan bak kata saya ;(

Ramadhan saya?
Alhamdullilah, moga segala ibadah saya diterima.
Persiapan raya?
Langsung tiada. Mood membeli belah pun tak kunjung tiba. Weekend hanya dipenuhi dengan aktiviti dirumah.
Suami ajak keluar 'melawat' shopping mall pun malas.
Hadoiii dasyat kan ;) haha jimat belanja.
Persiapan Birthday boy?
Baru ingat nak tempah kek weekend ni.
Ingat nak buat sendiri tapi suami kata beli je lagi senang (haha mesti kek i tak sedap la tu =)
Lokasi, mungkin buat secara runcit kat rumah.Jemput sepupu sepapat naqi yang 2 kerat tu je. Haha malas mak nak buat besar-besaran. Dasar P.....
Decoration, tak plan pun lagi, kalau penyakit M datang memang mak tak deco-deco eric pun. Belasah je.
Birthday boy?
Dia ok ok saja.
Dah kurang physco nyanyi-nyanyi lagu birthday.
Even tak dengar lagi dah lagu birthday (erkkk tak yah buat birthday party ok la tu kan =)
Tiap pagi akan buat 1 promise kat ayah. "Ayah, nak jalan-jalan boleh?" ' Ayah, nak lalu ikut situ boleh?"
Tiap petang pulak, mak akan ingatkan janji-janji manis ayah. Sila tunaikan okey, janji mesti ditepati. Eh macam pernah dengar slogan tu kan =)

Ok dah tu je untuk bulan ini. Haha dasar P..... Selamat menggandakan ibadah dibulan mulia ini kawan-kawan =) Tabungan akhirat.

Sayang naqee =)




Tuesday, July 17, 2012

pavlova, quilt dan cartoon sketch

Cita cita tinggi nak buat tu nak buat ni, doakan jela ya saya berjaya.
Salah satu kejayaan adalah buat pavlova untuk anaqi potong masa birthday sepupu dia.
Sebelum ni buat pavlova tapi tak complete, cream tak de lah, itu takde la, ini takde la, tu namanya pavlova suka hati saya hehe.
pavlova konon complete ni pun ada citer sebenarnya.
konon tak nak pakai express cream (yang dalam tin tu), try beli whipping cream, sambil whip sambil kemas beg susu anaqi. sekali terlebih whip, terus dia transform jadi 1/4 liquid and the rest solid yang cam butter tu. OMG. terus masuk tong sampah =(

seperti yang dirancang, miss lova-lova sempena menumpang cousin anaqi punya birthday, buatkan pavlova untuk potong kek juga.
Cita-cita kedua adalah untik buatkan selimut quilt juga untuk anaqi.
Tunjuk kat budak kecik tu dah excited nak guna.
Tapi baru siap separuh, cenggana tu?
Maklum la cita cita maknya tinggi cuma execution tu cam hampeh tak excited macam perasaan anak nampak selimut baru.

ntah jadi quilt ke tidak ni, tengok ler kerajinan mokcik
Separuh jalan tak tau bila siap =)
Lastly cartoon sketch dari artist yang katanya 13 tahun lukis untuk majalah gila-gila.
Mak spontan terkata "aik lainnya" terus si artist sentap katanya biasa kalau tak sama dia akan terus koyak buang je. Ouch mak jemah sentap camne? Ya hampun =) i don't mean it, it just my reflect perception.


tang mana iras muka budak kecik ni pun saya tak tau =) cartoon sketch katanya

Thursday, July 12, 2012

Petai oh petai

Hari ni rajin masuk dapur
Rajin nak upload gambar dalam entry
Sambil sambil tunggu ayah anaqi balik dari bengkel (owh sempat nasi ku sejuk balik nih)

Lauk saya hari ni membuatkan tangan saya pijar
Apa petua supaya tangan tak pijar lepas pegang cili ek. Tangan saya ni nipis lagi. Pantang pegang cili mula la pijar (haha alasan malas nak masak, boleh?)
Suka hati ko la jie harharhar

Apa lauk saya ya.
Hah tu dia petai-tempoyak-cili-ikan bilis.
Ntah apa nama dia, saya belasah je, sebab first time buat
Sebab stok petai banyak gila
Dah buat jeruk pun masih banyak lagi
Try la masak tempoyak-petai ni
Belasah je, kita dengar apa kata peminat tegar petai ni karang =)
Lauk sampingan, ikan masin dan juga sayur kacang untuk anaknda tercinta hoyehhh

Bye