Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

Teknologi yang disalah pakai

Saya hairan dengan manusia sekarang. Sangat kreatif tetapi ke arah yang menuju kehancuran. Teknologi yang sepatutnya dimanfaatkan untuk kebaikkan telah disalah guna. Akal yang sepatutnya menerajui tingkah laku telah diambil alih oleh emosi yang cuma memuaskan nafsu. Waktu itu rasional telah ditolak jauh demi memenuhi tuntutan nafsu yang menggila. Saya gelar manusia itu DUNGU!!!!.

Kenapa saya terlalu beremosi ni?
Semalam sewaktu saya ingin menghantar SMS kepada adik saya, saya telah menerima satu panggilan video. Agak hairan kerana sebelum ini, saya hanya menerima panggilan video daripada adik saya yang menetap dikuantan sahaja, namun saya angkat sahaja kerana beranggapan adik saya telah memakai nombor lain (adik saya yang seorang ni memang suka menukar nombor telefon).

Namun, hanya muka saya saja yang muncul di telefon bimbit manakala gambar si pemanggil tidak kelihatan. Saya matikan panggilan tersebut. Selang beberapa saat, nombor yang sama menelefon kembali. Masih dalam mode panggilan video, tapi kali ini yang kelihatan satu objek yang pelik, saya cuba meneliti dan akhirnya saya pasti yang itu adalah ................................
"B....H" lantas saya matikan panggilan tersebut dalam keadaan yang tergesa-gesa membuatkan telefon bimbit saya hang. Bila saya hidupkan semula telefon bimbit saya, anda tau apa yang menambahkan bara dihati ini. Si pemanggil itu memberi SMS seperti berikut, " Awk, saya cuma nak bagi awk tengok b....g saya ja". Betapa beraninya kan dia.

Sebelum ini, saya hanya mendengar kawan-kawan yang duduk diasrama bercerita tentang "Flasher"(kalau tak silap saya, ini panggilan yang digunakan untuk manusia yang suka berbuat demikian). Tak sangka pula, saya juga menerima nasib yang sama tapi kali ini dengan cara yang berbeza, menggunakan teknologi 3G pula.

Huh zaman semakin canggih, macam mana lah saya nak mengekang gejala seperti ini daripada meracun anak-anak saya. Terasa tanggungjawab ibubapa dizaman ini sangat-sangat mencabar. Waullahualam, semoga keluarga saya dilindungi-Nya selalu. Amin

Oh ya tolong berhati-hati dengan nombor ini ya. Sekiranya anda menerima panggilan video daripada 014-7212450 tolong jangan angkat ya.

Thursday, June 24, 2010

a letter to me

To me,
Recently, I am addicted on blogging..
bukan menulis tapi membaca blog kawan2..
tapi,
saya ada kerja,
tggu apa lagi...
fokus2..
oh ya, minggu depan nak gi seremban, nak ikut? JOM!!!
tapi,
apa ada kat seremban nun?
hehe, serius saya tak tau, yg saya tau cuma ada terminal one (eh ada lagi ke x ye?)
ok lah..
time to work work and work!!!

regards,
your deep down heart