Showing posts with label Harrez affan. Show all posts
Showing posts with label Harrez affan. Show all posts

Saturday, November 16, 2013

8 bulan

Esok saya cukup 8 bulan
Eh assalamualaikum semua
Ibu suruh saya entepreme post kali ni
Ibu kata its all yours affan

Ok mula mula saya nak cakap apa yang saya buat past few weeks.
Alhamdullah saya dah sembuh
Terima kasih semua
Berkat doa
Ibu kata saya demam nak pandai kot
Fuh semput ibu saya. Dia kata selang 2 minggu saya tak sihat.
Ibu saya sanggup ganti tempat saya waktu demam. Tak sanggup ibu saya tengok saya waktu demam. 
Lepas ni harap saya terus sihat
Amin ya allah
Sebab tu ibu saya kata, sihat tu pun rezeki.
Rezeki Allah bagi banyak cara. Cuma atas kita nak faham bentuk apa rezeki Allah nak bagi. Tak semestinya harta dan benda je. 
Ok ibu, saya akan lebih bersyukur bila dah besar nanti.



Lepas sihat banyak benda saya belajar. 
Antaranya macam gambar kat atas ni, saya dah boleh memanjat sambil sambil tu saya show off kat ibu.
Sebelah tangan saya buat tongkat, sebelah lagi saya pegang bear.
Hebat kan saya bu



Tapi kadang kadang saya terbabas. 
Cuba tengok gambar kat bawah.
Saya cuba nak bangun lepas panjat grill.
Tapi nasib saya tak baik saya terbabas.
Haha ibu dengki.
Bukan nak angkat selamatkan saya.
Instead she's taking my photo.
See. Pity me. But is ok i'm just fine.



Selain tu saya dah merangkak laju.
Berapa laju tu saya tak pasti.
Tapi kalau ibu saya leka, memang ke dapur la jawabnya saya.
Its about time to fix the gate back.

Gambar kat bawah ni masa kami pergi awana.
Short trip masa deepavali hari tu
Ibu saya paksa ayah saya tidur sana.
Sebab hari tu je ayah saya free.
Selalu weekend ayah memang consumed. 
Gambar ni dekat pool masa teman abang saya swim.
Best juga pool ni, air dia suam je. So bolehla abang saya swim puas puas.
Itu pun lepas puas dia zikir nak main pool masa kami breakfast.
Ibu saya buat tak tau je makan.
Hehe kesian abang saya.


My all time favorite porridge still everything with pumpkin.
Ibu saya cuba tukar menu saya pada jagung dan peas tapi saya kurang minat.
Terpaksalah berbalik pada pumpkin porridge with dates and rice.



What else.
Ohh yes. Photo below shows another favorite spot for me.
If i fail to get out from there or get knocked out,i just cry then ibu will help me out.
See how cute i am when cry.


Ok, ibu said that enough for now.
Lets pray for victim in tacloban philiphine
Hope they will recover soonest.
And lets donate if u can.

Assalamualaikum semua =)

Saturday, October 19, 2013

Bubur lagi

Hehe mesti bosan je dengar pasal bubur kan.
Kami baru pulang dari kampung lepas seminggu disana meraikan aidiladha.
Punya la banyak packing sampai lupa nak bawak daging korban yang jiran bagi.
Seronok kenduri daging, makan sup daging lagi nyum sebab mak yang masak. 
Asam pedas menu wajib request tiap kali balik kampung haha.
Dan mandi laut satu kemestian buat anaqi, dah nama laut pun dekat kan, ok la tu boleh practice swimming kat sana (haha nan hado baru 2 kali gi belajar berenang). Adik ikut skali terpejam pejam mata kena angin laut sambil tengok abang main air. Nope adik tak main air lagi kang nanti tunggu besar sikit dah tau jalan kang baru boleh join abang. Senang sikit ayah jaga, ibu relax. Dasar p-mal-s kan. 

Oh ya adik dah tumbuh gigi, bahagian bawah sebatang comel je. Demam hari tu nak tumbuh gigi kot. Alhamdullilah. La ni abang plak panas badan macam nak demam. Harap ok la dia.
Ibu baru abis buat bubur adik. Kali ni rajin nak snap gambar. Jom tengok and have fun buat bubur adik. 

Labu yang dah dipotong, ibu basuh bersih bersih tak payah buang kulit dump je dalam steamer. Macam ibu cakap sebelum ni ibu letak kurma tambah manis kat bubur labu yang dah sediakala manis dan lemak tu. Nenek kata sedap bubur adik, pandai adik pilih makanan.

Kali ni ibu letak beras nak bagi lebih karbo dalam bubur adik. Sebab ibu malas, ibu masuk sekali harung dalam steamer tu. Beras ibu basuh bersih-bersih, lepas tu keringkan (oven speed up drying process, helped lazy mother like me). Pastu tambah air panas dalam beras yang dah halus. Done, masak sekali dengan labu. By the way, kurma tu saya steam jap je. Just nak bagi lembut. Senang nak blend.

Ok bila semuanya dah masak, tunggu sejuk sekejap pastu scoop out labu dan yang lainnya masuk dalam blender. Kalau pekat sangat, tambah air masak masa blend. Dan juga terpulang pada anda nak  pekat mana.




See, senang kan. Tak payah susah susah kupas kulit labu. Jimat masa untuk lazy mother ni.

Ok da siap. Blender bagi hancur dan mix.

Masukkan dalam bekas yang bertutup, untuk elak bau dan rasa tercemar dalam fridge. Tunggu betul betul sejuk baru masuk freezer. So sekian cukup stok adik untuk 4 hari ni. Alhamdullilah. Nanti ibu cuba resepi lain pulak ya. Nenek bagi pisang lemak manis tu. Nanti ibu cuba buah lain pulak. Bye bye

Thursday, October 10, 2013

Rookie blue

Hehe suka cerita ni. Sejak bila kan.
Masa dalam pantang suka tengok DIVA. Almost semua cerita dia saya follow.
Dari fairly legal ke Law and Order SVU ke good wife sampai la ke rookie blue ni semua pun saya follow.

Saya suka variety dalam setiap episod. Macam dalam fairly legal. Saya suka watak kate dan lauren yang memang totally opposite asik nak bercakar tapi at end of the story they take their hat off and work together to ensure firm yang ditinggalkan pada mereka akan tetap utuh. Banyak gak law terms yang saya belajar dari cerita ni best la senang cerita. 

Macam rookie blue saya suka Mc Nally and her partner Sam. Haha suka tapi tak nak mengaku ke sebenarnya Sam dah mengaku tapi saya yang lost track hehe.

Ok takpe saya nak cerita pasal bubur affan lagi. Haha lebih kepada untuk rujukan diri sendiri nanti sebenarnya. Maklumla makcik mudah lupa.


Nampak macam serupa je kan. Memang pun. Saya masih guna labu dan keledek sebagai bahan utama cuma kali ni saya campur ngan kurma nak bagi manis lagi. Labu dah memang manis tapi kalau tambah kurma lagi manis saya rasa. Hopefully affan suka esok makan bubur ni. Oh ya sebab saya dah makin malas, labu tu saya tak kopek dulu pun kulit dia, potong 4 pastu letak je kat steamer. Dah madak scoop out masuk dalam food processer done senang je kan. And kurma tu saya stim sekejap bagi lembut so that saya tak payah nak strained sebab dah halus, lagi tips menyenangkan buat bubur. I found buat bubur sendiri is great n healthy n fun. Cuba la buat ya, macam addiction dah saya rasa. Lagi best bila affan tak sabar sabar nak tunggu next scoop.

Update tentang affan, alhamdullilah he is getting well. Yeay moga adik terus sihat ya


Tuesday, October 8, 2013

High fever @ 6month

Affan down with fever.
Yesterday, his body temperature raise up to 39.3 degree C and he is shivering in sleep. Poor little baby but he doesnt 'complaining' at all. 

Still fluctuate but last night his temperature shoot up 40.1 degree, even higher than yesterday =(
We gave him voren 12.5mg to bring the temp down. Succeed and he able to sleep well. Note that voren is allowable for 6 month and above with weight more than 8kg.

This morning his temp shoot up to 39.5 again and what makes me sad he vommited out PCM and milk he drank earlier. He also shiverred after i sponge him with cold water ( that is my mistake, from what i google sponging cools the outer skin can cause shivering which can raise the actual temp). Will definitely not do that again, what advisable is sponging with lukewarm water will helps reduce high temperature.

Till then got to go. Please pray for my baby. Hope his fever will subside soon. Really soon. 
Thanks

Friday, September 27, 2013

Resepi bubur affan (6bulan)

Sila abaikan rumah yang tonggang terbalik haha


Bubur pertama affan. 
Dia tak makan (menurut pengasuhnya)
Campuran labu dan beras.
Saya rasa kena modified sikit.
Mungkin kena lebihkan labu dan kurangkan beras. Sebab ni dalam fasa baru nak introduce makananan pada dia. Boleh campur beras tapi kuantiti quater and fruit/vege third quarter.




Bubur kedua affan
Masa suap kat rumah ok makan tapi bila kat rumah pengasuh dia kata affan muntah. 
Resepi
Labu dipotong dadu, steam sampai lembut, blend and strained.


Bubur ketiga affan
Masih tak putus asa haha. 
Saya campurkan labu dan carrot untuk dapatkan rasa yang lain daripada biasa. Sikit je pun lainnya. 
So far weekend saya suap dia makan dengan jayanya.
Resepi
Labu dan carrot, bersihkan, potong dadu, steamed and strained as usual.