Monday, June 20, 2011

denggi

itu adalah tanggapan awal saya bila hari khamis lepas saya tiba-tiba lemah tak berdaya. pelik kerana biasanya antara simptom awal saya akan demam adalah dengan batuk atau selsema. 2 hari saya bercuti dek kerana kelemahan yang melampau. sengal-sengal tulang, suhu badan yang tinggi (39.4 degree), ada beberapa bintik dilengan kanan saya dan juga mengigil kesejukan dimalam hari.

dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, saya pun mula la mencari simptom-simpton yang dikaitkan dengan denggi antaranya :
  1. sengan-sengal dan sakit disendi (memenuhi kriteria)
  2. ruam (sikit-sikit memenuhi kriteria)
  3. muntah-muntah (tak ada langsung)
  4. cirit birit (tak ada langsung)
  5. demam berpanjangan (memenuhi kriteria sepenuhnya)

berdasarkan pengetahuan cetek perubatan saya, maka saya pun meminta suami menghantar ke klinik untuk membuat pemeriksaan lanjut. itupun setelah hari ketiga saya gagal mengawal kesakitan yang mengganas (padahal hari pertama dan kedua suami dah suruh keklinik, tapi perasaan tak berapa gemar jumpa Dr lebih mengguasai minda disamping badan masih mampu mengawal kesakitan (DEGIL !!!!)

prosedur biasa dilakukan, tekanan darah dan suhu badan diambil seterusnya ujian darah dilakukan sebelum berjumpa Dr. setelah diperiksa, platlet normal (266. lega bukan denggi), cek tekak.. hah tu dia tonsil anda membekak dengan jayanya ya puan. Hadoi, saya pun ada tonsil ka? keluarga ada sejarah resdung atau tonsil: Tak ada, suami ngan anak ada la :) ok xpe buat masa ni kita dah tau punca, jangan makan benda minyak, minum air banyak-banyak, makan buah dan sayur. okeh Dr. Biasa berapa lama ya akan pulih? amik masa 3-5 hari.

kat luar hospital,

Suami : lepas ni boleh minum tembikai ngan laici banyak-banyak lagi tau :)

Isteri: hampeh, gembira la tu isteri dia pun masuk geng ;(