hari ni hari yang agak hectic
haha mau tak hectic
menghadap buku dari pagi sampai petang
and now
baru dapat tarik nafas
so tak kira nak blog juga
eh bos awak bayar gaji ke untuk blog?
sudah tentu tidak
ni saya anggap masa rehat saya yang tadi
haha bulih pulak main qada' kan
belasah je
ok sensitif
malam tadi lepas solat maghrib dan bersihkan diri
lepak dengan naqi dalam bilik
teman dia tengok ultraman kononnya
saya nak bermalas-malasan
sekali tiba-tiba
gedebuk!!!!
bukan saya atau dia yang jatuh
tapi dia gi baling buku sebelah saya (ok buku tu sangat tebal, nak tau buku apa?)
ni hah bukunya |
'nah, ibu baca buku, naqi nak tengok ultraman'
muahaha
tak tau nak gelak ke nak cakap terima kasih
macam perli pun ada juga
tau la dah berbulan ibu baca
tapi tak abis-abis lagi
tapi mungkin dia ingat saya akan boring waktu teman dia tengok tv kot
mau tak boring kalau episod yang sama je ulang berhari-hari
wahahaha yes son u can sense my feeling nampaknya
bagus-bagus
atau pemerhatian dia dah semakin bagus
sebab tu je aktiviti yang saya mampu bila teman dia tengok ultraman
ok orang kata macam mana nak atasi rasa takut adalah dengan berhadapan dengan rasa takut tu sendiri
apa dia la yang awak merepek ni
hehe ni yang nak cerita
lepas bersalinkan naqee
saya adalah gayat
hehe tak tipu
dulu setakat naik cable car memang takde masalah sangat
tapi la ni saya sangat gayat walaupun cuma berdiri atas bangunan 3 tingkat gayat dia mengalahkan duduk bangunan 300 tingkat
ok start semalam saya try atasi rasa takut saya dengan lalu kat open staircase untuk ke DK
which i will definitely avoid as much as i could
hasilnya setelah 2 hari melalui tangga tersebut, perasaan gayat saya boleh la diatasi serba sedikit
boleh la
tapi not really proven selagi tak naik cable car langkawi
haha
alasan nak holiday kat langkawi nampak
image Google |
lagi-lagi waktu last time saya naik angin sepoi-sepoi bahasa
gondola dihembus kekiri dan kekanan
bibir ku pucat lesi sepucat hati ku yang berukuran nano particle cuma
waktu tu terfikir takde ke jalan darat waktu nak balik nanti?
saya sanggup walau 8 jam
tapi alhamdullilah selamat sampai
walau otw turun memang tutup mata je
tak kuasa nak tengok luar walau permandangan sangat cantik
huh
berani ke repeat lagi
wallahualam =)