Thursday, January 17, 2013

tentang saya

Nak cerita tentang kehamilan kedua saya. Alhamdullilah saya sudah masuk minggu ke 32. EDD saya pada 10 Mac 2013 (tapi ayah dia harap keluar 13 Mac =) sebab tarikh cantik). Morning Sickness almost null ( ada la sekali muntah sebab pening kepala sebab stuck dalam jam), lain-lain macam biasa penyakit M (memang susah nak hilang) dan kuat tidur (susah nak justify tang ni sebab saya kalau tak pregnant pon memang kuat tidur, acaner tu).

Semalam baru buat GTT (Glucose Tolerance Test) sebab berat saya naik 2.5kg (nurse tulis my weight exceed 1.5 kg, tapi ikut kiraaan saya 0.5 kg je, sebab kat belakang buku merah tu kata after 5 month increment 0.5kg/week is normal). Meloyakan dan menyakitkan. Loya bab kena puasa pastu kena minum air yang sangat manis, sakit sebab nurse amik darah 2.5ml sebelum dan 2 jam selepas minum air gula. Kena tunggu 2 minggu baru nurse telefon untuk result.

Dah start cramp kat betis kanan. Malam-malam kena kejut ayah naqee untuk tolong. Tidur so far masih ok, sesekali je tak dapat tidur lena which I consider normal la diakhir-akhir pregnancy nih ye tak.

Selera makan pun masih ok. Pagi makan memang banyak gila (sebungkus nasi/mee/bihun goreng, teh tarik dan 3 ketul pisang/keladi/keledek goreng), tapi bila tiba lunch biasa amik milo ais dan roti je. Sebab dah keknyangan makan pagi. Petang lak akan makan nasi tapi kuantiti kurang dari pagi pastu akan amik air zam-zam dan susu kambing Hi Goat. kali ni punya pregnancy memang tak amik apa2 susu kecuali susu kambing ni je. Tak tau la, tak leh nak masuk sangat sebenarnya. Sangat suka makan durian macam masa mengandungkan naqee dulu dan juga buah terutamanya tembikai/pisang/epal/rambutan dsb yang mana tak mengandung pun memang suka pon. hehe. Dan so far berat saya naik 8kg (untuk rekod, masa yang first dulu naik 10 kg, yang ni macam akan lagi naik je.. syabas bete).

Hospital tak book lagi, sangat sempoi macam naqee dulu sempat 2 kali check je kat PPUM pastu dah bersalin. Kali ni nak try Hospital Selayang. Nak tengok macam mana service. Lain-lain persiapan almost complete tinggal toiletteries budak kecik ni je tak beli lagi. Jamu dan mak bidan dah setel (hehe bidan minta mak tolong book, jamu saya try NR punya set berpantang).

Cuba untuk tidak stress dengan beban kerja yang memang tak kan habis. In Fact 13-15 Feb ni pun ada kerja kat Penang (hope boss boleh bagi pelepasan pada daku yang macam dugong kalau berjalan ni, boleh eh boss, saya insan yang lemah =)).

Dah tu je update kali ni. First entry rasanya untuk 2013 ni. Dasat-dasat, orang lain dah berkajang-kajang muka. Selamat tahun baru semua.

Dari,