Tuesday, March 24, 2015

mac bulan untuk affan

wah dah bulan mac dah ya. yeay tak lama lagi nak balik shah alam semula. Dah tak payah rindu rinduan ngan anak-anak lagi especially anaqi yang duduk ngan ayah kat sana. Affan dan anas pun boleh wrestling dengan ayah puas puas.

lama tak menulis dalam ni kan. Saya dah mula bekerja lepas 3 bulan cuti. Lemau rasa bila dah lama tak kerja ni. Tambah lemau sebab terpaksa tinggal anas dengan mak kat kampung. Saya cuma mampu bawa affan je. Tapi setakat ni selang sehari saya balik rumah mak. Tak kisah la penat sikit, asal dapat tengok anas tidur, kiss kiss, direct breastfeed pun mengubat kerinduan. Dalam sejarah tak pernah tinggal anak, tapi dengan anas dia banyak independent. Mujur anas ni budaknya tak cerewet, senang jaga, nak tidur malam pun kalau susu cukup, diaper kering, letak je atas katil, tutup lampu tidur la dia. Minum susu dalam botol pun dia ok tak lupa walaupun tinggal seminggu nak naik kerja baru train dia, dia ok je. Alhamdullilah sangat. To date, anas dah belajar meniarap, walaupun kadang kadang tangan tersangkut tak reti nak angkat. Pastu nangis jela ko dik sebab tak berjaya.

Anaqi pula, tak banyak boleh cerita sebab biasala rutin budak umur 6 tahun, apa lagi kan. Kena monitor homework, revision dan baca iqra dan buku. Baca buku dua suku kata dah boleh la dia, tapi lebih dari tu kadang kadang ok kadang tak ok bergantung mood dan fokus dia waktu tu. So kesimpulannya memang kena lagi kerap buat revision.
oh ada terbaca pasal ni tadi, kan bagus kalau anak tau baca bismillah dari kita, anak hafal fatihah dari kita, ibu dan bapanya daripada harapkan cikgu cikgu tadika yang mengajarnya. Dia tu anak anak kita, kan elok pahala pon dapat. Mudah mudahan dia tak lupa baca fatihah yang kita ajarkan nanti waktu kita da takde (huhu terkesan tang ni, lalainya la hai saya). Selama ni sibuk ajar iqra sampai lupa ajar benda yang paling asas (bukan kata tak bagus iqra tu, tapi lagi bagus anak mengenal al-quran dari kita, ibu bapanya). huhu kena major revamp attitude saya ni.

Affan masuk 2 tahun 17 Mac ni. (ok masa entry ni dikarang dah masuk 2 tahun pon affan, haha lama sungguh amik masa mengarang dan publish). Apa yang kembang eh mamat ni 😜😜😜, selain dari badan yang kembang yang lain kurang menampakkan perkembangan. To date masih tak nak bercakap sampai satu tahap tu nak susu angguk angguk kepala lepas tu tangan tunjuk isyarat nak berapa oz susu. Mungkin dia da selesa sebab semua bahas isyarat dia orang faham, so buat apa susah payah nak cakap kan, hehe. Oh hari tu dia buat konsert malam malam, amik berus gigi balut dengan selimut kesayangan jadi microphone pastu nyanyi nyanyi ntah lirik apa dia buat (maklumla tak pandai cakap lagi) keluar masuk bilik ngan ruang tamu. haha terhibur semua orang, tapi ada plak terganggu tidur dia haha. oh lupa dia ada juga cakap 'nak' sekali, bila orang suh ulang dia tak nak.


Ni gambar masa pre celeb birthday (haha nompang birthday mika (cousin) dia sebelum balk johor ikut ibu. Kek macam biasa yours truly yang buat. Cari strawberry fresh tak jumpa, so itu jela hiasan victoria sandwich cake kita ye affan. Jadila. Semua pon buat sendiri kecuali lilin je beli.


Ok la kawan kawan, mak saya dah takde idea lagi nak cerita pasal anak anak dia. Excited je sebab hujung minggu ni ayah dengan abang saya nak balik sebab ada kenduri aqiqah adik saya anas. Moga semuanya selamat amin. Semoga Allah berkati hidup kami sekeluarga dan satukan hati hati kami senantiasa. Amin