Monday, June 1, 2015

membebel

Orang kata kalau mak kuat membebel nanti anak berjaya. Yeke? entah, scientifically proven ke tak? Atau memang ada study cuma aku je tak tau.

Patutnya aku menaip pasal benda lain, tapi 'tertaip' kat sini plak. Nasibla, sebab nak vent out my stress. Ada banyak benda berlegar-legar dalam minda. Tentang anak-anak, suami, keluarga, kerjaya, pelajar dan pelajaran, misi hidup, kehidupan, kematian. Semuanya datang serentak. Faktor kesihatan yang merundum (diri sendiri and anak-anak) pun menyumbang kepada ketidak stabilan hormon dan my brain activity I guess.

Apa faktor cepat marah? Mungkin sebab hati tak tenang, solat tak jaga, hubungan dengan Allah makin renggang, faktor persekitaran yang terlalu menekan (banyak kerja kena hantar on time, hantar kerja on time tapi tak perfect and etc.). Macam mana nak salurkan stress tu keluar? Menangis? canang kat FB,IG, blog and other social media? cakap kat suami, keluarga, Allah? shopping? ,makan? tidur? holiday? entah, pilih la sendiri. Apa dia marah tu? rasa sesuatu bergelodak kat hati dan kepala which kalau tak jerit, pukul, baling objek kat dinding benda yang bergelodak tu menyesakkan nafas sampai rasa nak pengsan. Pengsan kan bagus? lenyap sikit rasa sakit tu.

Entah la, macam macam kan hal duniawi ni, which kalau tak diurus dengan berhemah akan menyumbang kepada kegagalan hidup. Lumrah manusia yang memang tak akan cukup dengan apa yang diperoleh, sering nak banding dengan manusia lain, rumah dia besar, luas, cantik tapi rumah aku??? dia ada kereta paling canggih dalam dunia ni, laju, mahal, tapi aku, kereta aku ni kalau aircond ok pun dah kira syukur, stereng tak gegar bawak 100km/jam pon da kira bertuah, hoi udah, udah la berfikiran macam tu, kenapa tak fikir, solat dia selalu on time, bukan on time je, selalu berjemaah, tenang nya hidup dia. Hutang takde keliling pinggang, ada je masa nak spend dengan keluarga, tak pernah dengar dia marah anak-anak dia, anak anak pulak semua nya penyejuk mata dan hati, tak de la dengar gaduh2 berebut barang ke apa. Hoi bahagianya hidup dia. Takde plak kita jeles tang tu kan.

Harap aku lagi gigih jaga hubungan dengan Allah, keluarga dan kawan-kawan.

Minta maaf pada sesiapa yang pernah tersinggung dengan perlakuan aku yang kadang-kadang aku sendiri tak sedar. Leka sangat dengan dunia ni, sampai benda paling asas, paling penting aku tak ambil berat.

Nak minta maaf gak pada ada student yang aku tegur sebab dengan selamba nya dia buang plastik kuih dia depan mata aku. Aku panggil dia suruh kutip plastik tu sebab tong sampah depan mata dan laluan dia je pun, tapi still dia buat2 terjatuhkan plastik sampah tu macam bukan dia yang punya. Maaf sebab aku suh dia kutip depan kawan kawan dia (mungkin dia malu ngan kawan kawan, atau memang ko takde perasaan dik). Ntah masa tu aku fikir macam what the fish ko buang sampah merata rata walhal tong sampah sejengkal cuma, takde perasaan bersalah ke walaupun kat sini ada cleaner yang digajikan, so ko expect cleaner akan tolong bersihkan untuk ko ke dik? owh i just can't belief what I just saw. Rendahnya moral ko dik. Macam mana ko nak jadi khalifah nanti dik sedangkan benda kecik yang ko pandang remeh tu pun ko tak jaga. Ini ke model pentadbir negara kita nanti? Maafkan aku yang agak emo sekarang ni. Cuma masih tak boleh terima apa yang aku nampak. Kalau anak aku tu memang siap la dah lama kena jerit.

Ok dah tu je bebelan aku yang sangat random ni. Nak solat plak, pastu cuba nak habiskan baca 1 jurnal dan tanda test.

kesian... eh eh sekian...

Tuesday, March 24, 2015

mac bulan untuk affan

wah dah bulan mac dah ya. yeay tak lama lagi nak balik shah alam semula. Dah tak payah rindu rinduan ngan anak-anak lagi especially anaqi yang duduk ngan ayah kat sana. Affan dan anas pun boleh wrestling dengan ayah puas puas.

lama tak menulis dalam ni kan. Saya dah mula bekerja lepas 3 bulan cuti. Lemau rasa bila dah lama tak kerja ni. Tambah lemau sebab terpaksa tinggal anas dengan mak kat kampung. Saya cuma mampu bawa affan je. Tapi setakat ni selang sehari saya balik rumah mak. Tak kisah la penat sikit, asal dapat tengok anas tidur, kiss kiss, direct breastfeed pun mengubat kerinduan. Dalam sejarah tak pernah tinggal anak, tapi dengan anas dia banyak independent. Mujur anas ni budaknya tak cerewet, senang jaga, nak tidur malam pun kalau susu cukup, diaper kering, letak je atas katil, tutup lampu tidur la dia. Minum susu dalam botol pun dia ok tak lupa walaupun tinggal seminggu nak naik kerja baru train dia, dia ok je. Alhamdullilah sangat. To date, anas dah belajar meniarap, walaupun kadang kadang tangan tersangkut tak reti nak angkat. Pastu nangis jela ko dik sebab tak berjaya.

Anaqi pula, tak banyak boleh cerita sebab biasala rutin budak umur 6 tahun, apa lagi kan. Kena monitor homework, revision dan baca iqra dan buku. Baca buku dua suku kata dah boleh la dia, tapi lebih dari tu kadang kadang ok kadang tak ok bergantung mood dan fokus dia waktu tu. So kesimpulannya memang kena lagi kerap buat revision.
oh ada terbaca pasal ni tadi, kan bagus kalau anak tau baca bismillah dari kita, anak hafal fatihah dari kita, ibu dan bapanya daripada harapkan cikgu cikgu tadika yang mengajarnya. Dia tu anak anak kita, kan elok pahala pon dapat. Mudah mudahan dia tak lupa baca fatihah yang kita ajarkan nanti waktu kita da takde (huhu terkesan tang ni, lalainya la hai saya). Selama ni sibuk ajar iqra sampai lupa ajar benda yang paling asas (bukan kata tak bagus iqra tu, tapi lagi bagus anak mengenal al-quran dari kita, ibu bapanya). huhu kena major revamp attitude saya ni.

Affan masuk 2 tahun 17 Mac ni. (ok masa entry ni dikarang dah masuk 2 tahun pon affan, haha lama sungguh amik masa mengarang dan publish). Apa yang kembang eh mamat ni 😜😜😜, selain dari badan yang kembang yang lain kurang menampakkan perkembangan. To date masih tak nak bercakap sampai satu tahap tu nak susu angguk angguk kepala lepas tu tangan tunjuk isyarat nak berapa oz susu. Mungkin dia da selesa sebab semua bahas isyarat dia orang faham, so buat apa susah payah nak cakap kan, hehe. Oh hari tu dia buat konsert malam malam, amik berus gigi balut dengan selimut kesayangan jadi microphone pastu nyanyi nyanyi ntah lirik apa dia buat (maklumla tak pandai cakap lagi) keluar masuk bilik ngan ruang tamu. haha terhibur semua orang, tapi ada plak terganggu tidur dia haha. oh lupa dia ada juga cakap 'nak' sekali, bila orang suh ulang dia tak nak.


Ni gambar masa pre celeb birthday (haha nompang birthday mika (cousin) dia sebelum balk johor ikut ibu. Kek macam biasa yours truly yang buat. Cari strawberry fresh tak jumpa, so itu jela hiasan victoria sandwich cake kita ye affan. Jadila. Semua pon buat sendiri kecuali lilin je beli.


Ok la kawan kawan, mak saya dah takde idea lagi nak cerita pasal anak anak dia. Excited je sebab hujung minggu ni ayah dengan abang saya nak balik sebab ada kenduri aqiqah adik saya anas. Moga semuanya selamat amin. Semoga Allah berkati hidup kami sekeluarga dan satukan hati hati kami senantiasa. Amin

Saturday, January 10, 2015

sebulan and lymph node

Assalam

hi blog,

dah sebulan anas, actually to be more accurate dah 40 hari ni umur anas.
perkembangan? hari tu timbang 4.7kg, panjang 54cm, eyes wide open (huhu dulu susah betul nak tengok mata dia) haha nanpaknya tak sepet sangat mata dia. dah boleh mengiring especially bila tengah hot ngan mengeliat. ok untuk note sendiri jaundice dia completely gone  on 35 days. ya prolonged jaundice i guess salah satunya sebab saya species darah O dan anas pun sama. Semalam seharian dia tak poo poo, kita tengok hari ni macamana. tak pernah experience macam ni, dah google kata ok sebenarnya. tapi ntahla... we'll see it later.

on the other hand, this is 4th day i am on medication to cure my lymph nodes yang membengkak. still no sign to subside. but looking forward to finish my antibiotics first prior meet ENT (hoi seram). most likely due to infection as told by MO but need further analysis if not subside by day 3 ( yang ni mak derhaka, positif punya pasal) sebab takut sebab lain, wish me recover before 13/1 (tarikh buat appointment ngan ENT) takut pun ada, tapi sebab tekak takleh nak telan mknn macam mana nak breastfeed. mmmmm.

take care all

 affan jaga adik

tata and assalamualaikum 

Saturday, December 20, 2014

No 3

Alhamdullilah, saya selamat melahirkan anak ke 3 pada 2 Dec 2014 yang lepas. As expected baby born 2 weeks earlier than his EDD (14 Dec 14) tarikh cantik kan. Yes, his means BOY, anak lelaki ya tuan puan, lengkap sudah boboiboy kami (angin, air dan tanah) yang diberi nama Hezrey Anas (pilihan abg anaqi, as usual).

Ahamdullilah kelahiran yang dipermudahkan. Turun tanda on 1st Dec evening (around 6 pm), contraction pun main main je sampai la kul 12 malam pun  masih sakit sikit sikit je, lepak umah opah sebab nak gi spital kat sana (ppum reject i sbb last minute katanya uhuks). Sempat tidurkan affan n anaqi dulu, kul 1am baru contraction quite frequent sampai la kul 2 am ibu rasa dah dekat ni, so ajak ayah gi spital jom. Hehe sebab tu cari spital dekat ngan umah opah. Daftar lebih kurang terus masuk labour. Nurse check dilated 6cm. Call on call obegnae, Dr Sidhu then bila dia check dah sampai masa terus pecahkan water bag, and here you go anas. Jam 3.13 am, anas selamat dilahirkan. Alhamdullilah, normal SVD dan berat baby 3.6kg (not bad baby walaupun cuma 38 weeks gestation, masa 36 weeks Doc check cuma 2.7kg je, dalam masa 2 minggu boleh naik sekilo, agak kalau cukup 40minggu berapa berat awak ya).

Sekarang umur awak 3 minggu, harap anas membesar dengan sihat dan kuat macam abang2 awak ya. Ibu ayah love you so much. Nanti kita cerita lagi pasal anas. 

Assalamualaikum dunia...


eh ni bukan anas, haha ni anis gambar kat facebook sape ntah. mata dia lawa sangat. perfect creation. kita pun perfect juga cuma yg ni sangat indah ciptaan Allah. eh kita pun indah juga. ok ok senang kata beauty lies in the eyes of the beholder, full stop 


ni baru betul. our Hezrey Anas =) haha hensem gak kat mata omak dia.


Wednesday, November 12, 2014

Perubahan

Tajuk pun dah sesuatu kan =P
Tadi masa on the way balik kerja ternampak dua aweks pegang uniform kerja warna biru.
Uniform yg sama saya pakai 13 tahun lepas.
Ya saya carry uniform tu waktu umur belasan tahun. Waktu cuti sem masa zaman uni. Nak cari duit lebih katanya.
Waktu tu since rumah jauh so kalau nak kerja shopping mall memang tak la dengan gaji tak seberapa, cost ulang alik lagi mahal kot dari gaji yang dapat.
So no option saya jinjing uniform biru tu sebab nak cari duit lebih. Tak lama pun sebulan je, tapi sebulan yang 'mematangkan'
Masa perjalanan pergi dan balik adalah 4 jam (standard la naik bas kan, dah rumah saya jauh ke dalam), campur masa kerja 12 jam (mandatori), darab 6 hari (mandatori overtime katanya yang sehari lagi tu), shift saya adalah jam 7 malam sampai 7 pagi (gerak dari rumah jam 5 petang sampai rumah jam 9 pagi) alhamdullilah dapat la RM 1200. 
Sepanjang tempoh tu hari ahad saya memang untuk tidur je, bangun pun nak makan n solat. Hal hal lain memang tak penting hehe. Maklumla waktu orang tidur saya gigih kerja katanya.

Bila nampak lagi uniform tu terus otomatik, flashback saat2 kerja tu terbayang di minda. Sebab tu saya kata tempoh sebulan yang mematangkan. Waktu kawan kawan lain sibuk bercuti ke sana ke mari dengan keluarga, saya habiskan masa dengan bekerja ( kerja tu ok ok saje cuma mungkin sebab perjalanan yang lama dan waktu kerja yang awkward bagi manusia normal macam saya) itu yang membuatkan saya sangat2 menghargai every penny yg saya  dapat. 

Saya bandingkan dengan diri saya sekarang,  jauh bezanya dengan dulu. Amat bersyukur atas segala kurniaan Allah. Syukur ya Allah
Kalau dulu saya terpaksa berlari lari nak ke bas waktu hujan, tapi tadi saya dengan selesanya pandu kereta. Tak payah sibuk nak tunggu bas, anytime  nak ke mana je cuma start engine. Dah boleh sampai (dengan bantuan waze la, haha sebab tak tau jalan).
Kalau dulu waktu dan tika ni saya sibuk nak kejar target line, kena maki sebab salah pasang part, sekang mata jangan tertutup, telan gula gula, dengar gossip aweks nak ngorat techinician baru masuk (techician pun dah hot, cuba korang bayangkan engineer kat sana macam mana waktu tu? Lagi hot dari pisabg goreng cheese tau =)) sipolan dapat kawen engineer, 'untung ooi dia tu' kata akak tu. Saya? Haha suka ati korang la. Den mudo laei, tak koser nak pikir pasal kawen. Jauh bonar targetnya lagi. Boyfriend pun nan hado (aah eh waktu belajar memang tak terfikir nak ada bf waktu tu, tapi sebab mak takde la hot sangat kan, so keep calm and eat ikea hot dog kan cik wanie kan =) tapi sekarang saya boleh tidur lena ditemani anakanda yang comel (kat mata mak dia ler), tilam yang empuk, dan smartphone untuk berblog dan check insta (eh eh, ni la jadi bila terjaga pastu tak leh tidur balik adoyainyerpun). Banyak beza nya...

Untuk itu banyakkan syukur dan kurangkan complain ya kalau nak hidup bahagia dalam dunia ni. 
#stopdemandingstarttocountblessed
Hashtag glamer saya waktu ni


Assalamualaikum

Eh budak kecik ni, gigit kang. Apa tengok tengok =P


Monday, November 10, 2014

ekspresi muka

tetiba nak menulis pasal ni.

budak kecik ni waktu bila korang rasa muka diaorang paling serene? tapi budak kecik memang kain putih yang jujur, yang tak bohong, yang ikhlas dan sebagainya, paling nakal (bukan nakal sebenarnya tapi cari akal sebab neuron dia galak bersambung bagi idea nak buat apa lepas selongkar baju, lepas sepah makanan, lepas selet screen ipad ngan coklat jem (oh my).
ada yang kata waktu dia tidur muka nampak suci dan tenang.
setuju juga waktu tidur nampak muka dia tenang je, waktu ni kalau time diaorang buat hal pastu kita tak sabar ada termarah plak rasa menyesal sangat sangat
kenapa la aku tak sabar sikit je lagi, eh eh kenapa la ikut sangat kata syaitan nirojim tu. tunduk sangat dengan amarah.
bukan diaorang tau pun apa maksud M.A.R.A.H, kang nanti diaorang repeat balik.


muka macam ni hah, sanggup ko nak marah? memang tak lah kan.


Muka macam ni pun kadang tak jadi nak marah.
Ko apasal taiko sangat dik =P
sindrom anak no 2.
hehe ibu tau, mesti tengah usha cik cha yang tengah gelakkan ko kan.

tapi ekspresi yang buat saya kalah waktu dan tika ini adalah waktu dia jumpa abang dia yang mana paling kerap boleh pun 2 kali sebulan.
waktu tu memang priceless (RM800/each trip apala sangat kan dik, walaupun elaun ibu kena potong (apakah, sini pun bandar gak tau tak, government please revise please), ayah kena kerja lagi kuat, tak dapat holiday sana sini macam orang lain pun takpe, janji dapat reunion ngan ayah n abang that is happiness for us #stopdemandingstarttocountblessed).
dari gelak dia kita boleh tau how he missed abang terribly.
dari mata dia kita tau oh this is my usual sight, my comfort view etc etc.
dari senyum (eh tak sempat senyum terus gelak je bila nampak abang) ada la sempat sekejap senyum kera sumbang waktu ibu angkat nak turun umah pengasuh nak masuk keta ayah, kita tau suka dan gembiranya dia.

itulah, orang kata pengajaran hidup ni tak kan kita perolehi jika kita berada di dalam comfort zone dalam waktu yang terlalu lama.
nak belajar benda baru kena keluar dari comfort zone.
baru kita lebih hargai sesuatu.
hargai masa bersama
hargai pasangan dan apa yang kita ada dan dah perolehi.

life is too short to be wasted.
appreciate others
love others
spread the kindness.
stop hatred
in sya allah, u will be at peace

assalamualaikum

Thursday, October 2, 2014

Kesedaran sivik

Kejadian 1

Masuk dalam kelas, tisu padam white board bersepah sepah atas meja dan lantai. Tak masuk lagi kertas conteng, plastik gula gula and whatnot. Terus ibu mengandung kutip buang. Bukan 1 round, beround round sebab banyak kot. Anak muda awal 20-an seramai belas orang tengah duduk borak buat apa? Tengok je no mercy not even ask to help that ibu mengandung. Ok i am impress =(

Kejadian 2

Ibu mengandung gi kutip kertas periksa kat bangunan pentadbiran. Ada 5 bundle tapi takdela tebal mana 16answer booklet/bundle. Sorang staf nampak tanya if nak minta tolong bawakkan. He show some courtesy. Ok i am impress too =)

Kejadian 3

Kat supermarket, ibu mengandung (30 minggu) galak tengok susu murah (1.8kg) sibuk nak amik dari rak nak pindah masuk susun dalam troli, satu kotak, dua kotak dan masuk kotak ketiga tanpa dia sedar troli dia kat tengah jalan, ada sorang lelaki umur dalam lingkungan awal 40-an sound "hey, your trolley blocking my way, kat tengah jalan ni, susah orang mau jalan tau, i tegur je" muka sengih sengih kerang busuk. "Sorry2, i tak perasan tadi" maaf si ibu mengandung. Dalam troli lelaki tadi cuma  ada 3-4 barang kecik2. Sedang muatan troli ibu mengaandung tadi ada almost half of the trolley. Ok again i am impress =/

Kejadian 4

as ibu mengandung nak queue up untuk bayar tetiba ada one lady and his mom dari kaunter sebelah tetiba terus menyelinap ke depan barisan cashier tempat ibu mengandung nak bayar. "sorry kak, saya dah lama beratur sebelah tadi, barang dia banyak", tanpa rasa bersalah potong queue akak mengandung yang bawak barang kiri kanan gak. Then pot pet pot pet cakap "hah tengok tu, dia amik baldi pulak!" oh my, youngster nowadays, at least show some courtesy and respect please.... #taktaunakcakapapadah

Please. Dont conclude and judge. Just think. Think wisely. 

Selamat beramal =)

Raising young caliph. You choose how to mould them =)