Tuesday, September 6, 2011

2 tahun 24 hari

Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik dah besar anak ibu. Sedar-sedar da nak belajar bercakap pun dia. Walaupun agak lambat berbanding anak-anak lain (especially anak cik wanie dan cik pika) tapi ibu nak bangga gak.

Tadi petang masa ibu ambil dari umah pengasuh, dalam kereta naqee jumpa duit syiling pastu naqee tunjuk kat ibu sambil cakap "duyeet anyak" (duit banyak). Sebelum ni masa kat meja makan naqee sebut nak ayam. Hah tang ayam naqee sebut clear. Sebabnya kat kampung selalu paksa nenek dengan cik eman tgk ayam kat reban belakang umah nenek. peminat ayam nombor 1. Banyak juga perkataan yang naqee dah belahjar-belajar sebut: tangan (angan), sabun (abun), kaki (aki), habis (abis), dan lain-lain (ibu tak ingat la nak).

Lagi, anaqi dah mula faham erti kerja. Sebelum hantar rumah wan, ibu atau ayah akan bagitau, ibu dan ayah kena kerja. so naqi stay rumah wan, jangan nakal-nakal, main elok-elok, tak mau gaduh nanti petang lepas kerja ibu dan ayah akan amik. Dia angguk dan minta upah (upahnya adalah makanan samada biskut atau roti). Duduk diam makan sambil tengok semua budak lain yang tengah tidur. Then ibu dengan senang hati pergi kerja sebab naqi tak nangis.

Sunday, September 4, 2011

lagu kanak-kanak versi dahulu kala

Susah kan nak cari sekarang. Anak-anak banyak diajar, didendang dengan lagu-lagu seperti humpty dumpty, old mcdonald, eency weency, baa baa black sheep dan lain-lain. Naqee pun sama. Ya, setengahnya adalah lagu-lagu dahulu kala tapi bukan yang tok moyang kita dendangkan pada anak-anak mereka. Tapi lagu yang tok moyang bangsa lain dendangkan untuk anak-anak cucu cicit mereka.

Setuju tak dengan saya jika saya katakan kita agak ketandusan lagu-lagu rakyat untuk anak-anak? Cuba cari kat kedai, ada tak cd lagu-lagu air pasang pagi, tepuk amai-amai, cuk cuk pin, neng neng pong? Ada tak? Kalau ada pun tak banyak kan, dan rata-rata dah dimodenkan muziknya yang bagi saya tak feel dan bosan apatah lagi nak didendangkan untuk anak-anak kecil. Atau saya terlalu old skool agaknya. Bagi saya, seseorang perlu lakukan sesuatu untuk mengelakkan kepupusan lagu-lagu tersebut.kumpul lagu-lagu rakyat, dalam bentuk cd dan juga buku, dan kemudiannya didik masyarakat kita agar lebih menghargai budaya dan khazanah sendiri. Bukan apa, saya takut-takut nanti anak cucu kita tak berkesempatan mendengar lagu-lagu tok moyang mereka. Lagi-lagi orang macam saya ni yang tak pernah berjaya menghafal lirik lagu, dah la muzik pun tak ingat kalau nyanyi memang ke laut la jawabnya.


Oh ya lagi satu, dulu bila enjut adik-adik dalam buai saya selalu selawat, zikir dan marhaban ( tolla al badru alaina) macam mak buat. Mungkin kita boleh amalkan untuk anak-anak kita juga. Sambil menyelam minum air, anak tidur pahala pun dapat. Insyaallah. Saya tinggalkan catatan raya ke enam dengan lagu ini. Nenek hubby yang ajar, in fact saya pun tak pernah dengar masa kecik-kecik.

Neng neng pong,
Senduk patah belanga rompong,
Mak timah gemuk gedempol,
Cacak wayang tiga panggung.

Saturday, September 3, 2011

syawal yang penuh dengan kejutan

Selamat hari raya semua. Maaf zahir dan batin. Harap syawal kalian dipenuhi kegembiraan dan moga kita berjumpa lagi diramadhan tahun hadapan. Amin ;) saya dah mula merindui bulan ramadhan.
.....

Ini kejutan-kejutannya:
.....

Sehari sebelum syawal adik saya pengsan kerana terjatuh ketika hendak memasang lampu raya. Alhamdullilah beransur pulih. Cuma kesan bengkak dileher masih ada dan kami masih mengawasi keadaan dia atas nasihat doktor.
.......

Harraz anaqi, masih giat mengumpul duit raya. Duit raya masihlagi diterima ya kawan-kawan (kot-kot korang nak bagi lagi). Sudah mula mahu bercakap. Tanya itu dan ini ( kadang ibu tak terjawab, pass kat ayah). Dah pandai nak bergaya. Tadi gi kedai pilih sunglass sendiri ok kawan-kawan, dah jemu sila suruh ibu anda selit kat baju ok.
.......

Ibu mertua kakak saya meninggal dunia. Innallilah. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-fatihah........Dan kejutan yang terakhir jeng jeng jeng. Huhu dah-dah takde nya kejutan. Kejutannya adalah dah hampir sebulan blog ni terbiar. Fuh fuh habuk banyak. Ok da nak vacuum blog ni bagi bersih-bersih sket. Daaa.....Assalamualaikum.

Best juga blogging guna pen my blog ni ;) try la