Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik dah besar anak ibu. Sedar-sedar da nak belajar bercakap pun dia. Walaupun agak lambat berbanding anak-anak lain (especially anak cik wanie dan cik pika) tapi ibu nak bangga gak.
Tadi petang masa ibu ambil dari umah pengasuh, dalam kereta naqee jumpa duit syiling pastu naqee tunjuk kat ibu sambil cakap "duyeet anyak" (duit banyak). Sebelum ni masa kat meja makan naqee sebut nak ayam. Hah tang ayam naqee sebut clear. Sebabnya kat kampung selalu paksa nenek dengan cik eman tgk ayam kat reban belakang umah nenek. peminat ayam nombor 1. Banyak juga perkataan yang naqee dah belahjar-belajar sebut: tangan (angan), sabun (abun), kaki (aki), habis (abis), dan lain-lain (ibu tak ingat la nak).
Lagi, anaqi dah mula faham erti kerja. Sebelum hantar rumah wan, ibu atau ayah akan bagitau, ibu dan ayah kena kerja. so naqi stay rumah wan, jangan nakal-nakal, main elok-elok, tak mau gaduh nanti petang lepas kerja ibu dan ayah akan amik. Dia angguk dan minta upah (upahnya adalah makanan samada biskut atau roti). Duduk diam makan sambil tengok semua budak lain yang tengah tidur. Then ibu dengan senang hati pergi kerja sebab naqi tak nangis.
No comments:
Post a Comment