Friday, June 29, 2012

Bunga kemboja, budak baju belang dan pavlova

oi putik pun nak tunjuk ke. Nasib korang ler ;p
my bunga-bunga cinta ;)

Bunga kemboja kami akhirnya menunjukkan kehadirannya setelah menunggu hampir setahun ;) yeay, berkat kesabaran encik suami yang tekun membaja dan menggembur tanah. saya? takde contribution melainkan sekali sekala time menyapu sampah kat luar siram sekali pokok ni. hangit-hangit ta*k ayam kan. Ya saya tau ;p

Nak update pasal budak kecik baju belang kat bawah ni. Suka sangat tanya orang tengah buat apa, 'bu, tengah buat apa tu?' dua tiga kali tanya benda yang sama. annoying ok nak :0 tapi mak jawabkan je, sebab tak kan nak bantutkan perkembangan anak yang tengah suka bertanya. kang kat sekolah bila cikgu suruh ko tanya, ko tak tanya siap ko budak kecik ;), mak tanya ko banyak-banyak kali bila tak dapat A. Haha gila scarry. By the way, sila asuh anak-anak kita supaya menjadi tabiat diaorang untuk bertanya (asking), bila diaorang bertanya jangan pulak marah, (selawat dalam hati dulu banyak-banyak hehe sekadar mengingatkan diri sendiri yang selalu pissed off lelagi bila tengah lintang pukang nak bersilat kat dapur time tu la dia nak tanya, macam takde waktu 'sesuai' yang lain je nak, sabau jela) sebab bila bertanya maknanya diaorang berfikir (thinking), bila diaorang berfikir maksudnya berlakulah sistem pembelajaran (learning) disitu, bila adanya proses pembelajaran akan berlakulah proses permahaman (understanding), dan seterusnya barulah ada ilmu pengetahuan (knowledge).

Minggu lepas, bawak budak kecik ni pergi Genting, Gambar budak kecik baju belang kat bawah ni waktu on the way turun genting. Kepenatan mengamuk main, tu yang waktu tidur boleh bangun duduk pastu sambung tidur balik hehehehe ;) terus mak dia snap gambar candid untuk diabadikan waktu anak dah teruna nanti. 

baju belang pilihan hati ;)

Akhirnya yang ditunggu-tunggu pun muncul jua ;) miss pavlova in the house. Hehe tapi maafkan saya yang pemalas disebabkan kat rumah takde krim yang spray je keluar dari tin tu (kat peti ais ada krim yang kena pukul ngan mixer je) dan jam menunjukkan pukul 10 malam, makanya sipemalas dan kuat makan kek lately ni terus je membaham hasilnya tanpa memikirkan krim bagai. Janji dapat kek ;)

Ini resepi untuk rujukan masa akan datang RECIPE. But instead of using 2 eggs I used 3 eggs (grade C) and I reduce castor sugar to 1 cup only instead of 1 and 1/2 cups pastu instead of half teaspoon of vanilla mungkin boleh tambah pada a teaspoon of vanilla (pasal ada bau telur lagi la kat shell dia). Memang best pavlova ni. kurang manis, crunchy and marshmallow kind of texture when chew (eh tak chew pun, cair dimulut gitu).Ajaibnya budak kecik baju belang kat atas tu pun suka makan. selalunya makanan yang manis-manis ni dia tak pandang sangat. Sebiji bapak dia, suka yang pedas-pedas je. Tapi mak dia semua pun ok je ;)


ooooo mister lova lova ;)

No comments: