Thursday, August 30, 2012

Sekolah

Best tengok gambar raya masing-masing. Macam-macam kerenah fesyen, warna, anak-anak, kuih muih, lauk pauk. Yang pasti meriah, in fact meriah sangat. syukur duduk kat negara yang aman damai ni kan. Nak beribadah tak perlu sorok-sorok, nak bergembira kat ceruk mana pun tak perlu takut kena tembak, nak makan pergi je mana-mana (yang penting poket berisi, eh duit raya kan banyak kan kan, korang dapat duit raya lagi ke dah tua-tua ni? Eh tua ke =) oppss salah2, dah bekerja? Ke korang yang menghulur, takpe lagi bagus tau, tak ke tangan yang memberi tu lebih bagus dari tangan yang menerima? Banyak ganjarannya. Esok hari kemerdekaan malaysia, kita generasi selepas merdeka ni mungkin tak merasa jerit perih generasi terdahulu menuntut kemerdekaan. Tapi hargailah usaha mak ayah, datuk nenek kita berjuang untuk kesenangan yang kita raih sekarang ni. Amin moga negara malaysia kita akan terus aman damai untuk dirai generasi yang akan datang yang tak lain dan tak bukan anak cucu kita.

Isnin depan nak hantar anaqi gi 'sekolah'.

Dah sebulan asik minta masuk sekolah. Agak bosan kot asik duduk melangut, at least kat 'sekolah' dia ramai kawan, banyak aktiviti, terisi sikit la masa dia.

Selasa lepas gi cari 'sekolah' dekat dengan rumah ni je, mudah-mudahan serasi lah dengan dia. Nampak excited, sikit-sikit nak gi sekolah, nak habiskan 2 hari ni je pun kena pujuk macam-macam. Plan asal nak masukkan tahun depan je, since cikgu 'sekolah' ni kata diaorang dah masuk second semester, tapi naqee tak boleh sabar, terpaksalah masukkan awal. Cikgu dia kata ok je, sebab dengan kerelaan tuan punya badan, bukan apa tak nak dia bosan je. Tapi buku-buku bagai terpaksa photostat je, sebab diaorang dah pulang buku pada pengedar untuk this semester (diaorang punya style, semester lain buku lain) Kelas ko jah, budak kecik pun ada semester bagai. Kagum jap mak. I cakap, I don't really expect this boy learn anything at this age (baru masuk 3 tahun kot, walaupun ramai budak-budak sebaya dia dah ramai boleh membaca lah bagai, mak tak kisah, (walaupun mak kagum, pesal mak dulu umur 3 tahun apa pun tak tahu, apa pun tak boleh) yang penting nak pupuk minat dulu, kalau dah bersedia yes u go, belajar lah sampai kenegeri china... Eh china je ke? Mak nak gi jepun so naqee sila belajar sampai jepun ya :), sempat lagi kan mak ko berangan) my intention is just to let he adapt with new environment, new friends, new system, time management, so on & so forth.

Mak cita-cia tak tinggi, nak sambung belajar pun tengah berkira-kira, hadoi otak ni dah berkarat rasanya, boleh ke? Betul la orang kata, nak masuk gear 1 balik memang susah, sebab tu kalau dah masuk gear 2 teruskan je sampai abis, jangan berenti berenti. Memang motivasi kena tinggi nak mula balik. Tapi pembelajaran adalah untuk sepanjang hayat, belajar lah ilmu Allah ni selagi kita tak menutup mata, ilmu Allah ni terlalu luas untuk diterokai. Harta yang tak ternilai adalah ilmu pengetahuan, sebab ilmu tak susut nilai, tapi each and everything in this world would depreciate over the time (peringatan untuk diri sendiri juga, maklumla manusia mudah lupa =) haha sampai kan no tel opis sendiri pun lupa, macam mana tu, kes kritikal saat ni).

Anaqi dah matured, nak tau kenapa? Hari ni je dah 2 benda mak ayah dia tak expect dia cakap, tapi dia cakap(petanda dah memang wajibul ke sekolah nampaknya, no more excuse hehehe)

Perkara matang 1:
"ayah, tak nak naik kereta ayah la, nak naik kereta ibu, kereta ayah tak best"
Kenapa sebab kereta ayah dah lama ke? Tanya si ayah.
"aah, nak kereta baru!!"
Ada duit ke? Ayah dia tanya
"ada, nah (sambil hulur duit RM8)"
Oh tak cukup tu, kata ayah dia, kena kumpul dulu, dah cukup baru kita beli kereta baru ya.
"tak nak kereta ni!!! Nak kereta baru!!"
Suka ati ko lah nak, mak ayah malas nak layan
$&&!&@ ewah-ewah, keta ayah takde la lama sangat pun, 1 abad je =) haha kenapa tak percaya ke? Percayalahhhhh (nak nyanyi , nyanyi la tapi make sure pitching tak lari eh, mak tak bertanggungjawab diatas segala sound pollution)

Perkara matang 2:
"bu, tolong urut kepala, naqee pening la"
&@@"@&$??? What? Ko pikir apa nak sampai dah pandai pening-pening ni? Muahahahaha..

Terimalah gambar budak matured ni nak mintak duit raya kat korang:)

No comments: