Wednesday, February 23, 2011

ambil gambar dengan harga RM 42 sahaja


wow... (loncat-loncat kegumbiraan)
what a deal right!!! ( MILK A DEAL's offer )
saya suka. rasa macam nak je tapi kena tanya incik hubby dulu. (maklum la DSLR tak dapat lagi kan, setakat compact camera memang limited kualitinya, ditambah dengan photographer yang skill ZERO hahaha)
anda berminat? (saya pulak sangat teruja, murah wooo)


Masa photography : 45 min
Free : 8R photo
Free lagi : CD yang penuh dengan semua gambar yang diambil dalam masa 45 min tersebut
Tempat : ada 3 tempat pilihan iaitu ( Putrajaya, Tasik Shah Alam atau Taman Tasik Perdana)
Photographer : DF Channel


Siapa berminat boleh klik link ni


Jom cepat beli offer ni. Ada 4 hari je lagi.
nak ambik gambar budak kecik ni, pastu tampal kat dinding ;)

Friday, February 18, 2011

betul betul betul


Comel kan bila dengar budak dua orang ni cakap macam tu.
..
Lagi comel bila anaqi sebut laju-laju.
Haha ya, sila sebut kuat-kuat okey. 'jie perasan'.
Tapi saya suka gak dengar bila anak bujang saya sebut kihkihkih

Thursday, February 10, 2011

update jangan tak update

waa bila time nak update blog, tiap hari pun ada je isu yang nak diupdate.

hehe ini kerana saya sungguh heran, kenapa tahun ini saya sangat-sangat tidak produktif dalam hal-hal mengemaskini blog.

ini kerana ada banyak benda yang menuntut perhatian saya ditambah dengan saya ini bukan blogger tegar. ya betul, saya bukan blogger tegar, tapi saya tegar melawat blog-blog orang lain (istilah sekarang 'blog-walking'). wajibnya tiap pagi saya akan melawat blog-blog kegemaran saya sambil bersarapan. haha produktif kan.

pagi tadi sewaktu mengikuti majlis ditempat kerja (haha rajinnya saya kan, wajib tuh, kalau tak memang agak liat nak pergi) saya terserempak dengan kawan sematrik yang dah 10 tahun (lebih kurang) tak jumpa (haha tak payah kira umur saya, meh saya canang-canangkan umur saya 29 tahun). waaah sungguh tak disangka. siap nama penuh lagi dia panggil nama saya. selepas bertukar-tukar no telefon kami pun bersms, lepas ni mungkin akan ajak dia hang out kot bila free.

lepas tu, saya terjumpa dengan kaunter zakat. wah gembira sungguh saya. syabas unit zakat kerana anda membuka kaunter disitu. dah lama saya nak berzakat (sejak bulan 5 tahun lepas) tapi baru sekarang berjaya. insyAllah mulai bulan depan saya akan berzakat. horey!!! tenang sikit perasaan :).

Dan setelah itu saya diberikan senaskah buku BICARA AD-DIN -Mutiara Kehidupan Beragama karya Amin al-Jarumi. tajuk pertama yang saya selak adalah bab 'Hati dan Jiwa'. Hati (Al-Qalb) dan jiwa (al-nafs) dibahagikan kepada beberapa jenis.
  1. Hati yang sejahtera ( Hati yang selamat dari kemungkaran, segala yang dilakukan didahului dengan niat kerana Allah Taala)
  2. Hati yang mati (Hati yang tidak mengenal Allah, asyik dengan kemungkaran dan kemaksiatan)
  3. Hati yang sakit (Hati yang kadang hidup kadang mati mengikut suasana dan keadaan)

InsyAllah saya akan cuba membaca buku ini sehabisnya, dan saya akan kongsikan disini. Daaa

Wednesday, February 9, 2011

perkembangan anak saya setelah 18 bulan

Budak kecik yang makin banyak kerenahnya


  1. Sudah pandai mengamuk bila tak dipenuhi segala permintaan nya. Contoh : Nak main remote alarm kunci kereta (dah boring dia campak kunci kereta ayah dalam longkang, hehe mujur boleh hidup)

  2. pandai sebut 'ayah' dan 'mama' opppss mama, hambik ko ibu, nak sebut ibu susah sangat. yang lain-lain hanya pandai membebel bahasa jerman aka jawa ;)

  3. larian masih bersepah (hehe tak tau la macam mana nak jadi sprinter macam ayah nanti, moga hajat ayah termakbul hendaknya)

  4. dah pandai menari bila dengar lagu yang catchy, seperti lagu bunga raya (haha ibu tak tau tajuk nak) hahaha sekali lagi, tak de lagu catchy yang lain ke yang ko minat, harraz...harraz

  5. ni tak tau la masuk perkembangan atau tidak. harraz anaqi suka kutip sampah dan buang dalam tong sampah (waa dia buat benda ni kat hotel). ibu tak ajar pun, cuma dia selalu nampak ibu n ayah campak baju dalam laundry bag. so dia dengan rajinnya akan ambil seluar dia terus masuk dalam laundry bag walaupun ibu cuma nak tukar diapers dia je. hadoilla, ayah selalu pelik kenapalah baju tetap banyak walaupun tiap hari basuh (haha tanya anak bujang awak)

  6. nak duduk sendiri kat meja makan. tak nak letak dalam baby chair (hello ibu, i'm not a baby yet okey, agaknya itu kot dia fikir)

  7. sangat suka motor, pantang dengar bunyi motor atau nampak orang start motor, mula la buat muka kesian biar orang bawa dia sekali. (mat rempit sejati macam ayah haha ni genetik ayah..hehe apekah)

sekian sahaja, nanti free-free, saya akan update okey.


p/s : wanie : takde maknanya mamat kecik ni nak banyak cakap, dia suka main je dari cakap, bila aku tanya baru dia jawab, tapi dalam bahasa dia la.

Monday, February 7, 2011

anaqi's expression

anaqi at R&R Seremban
Also at R&R Seremban

Cubaan Ibu mengajar anaknya
muncung macam ayah

Baru lepas recharge di masjid yong peng
Kat rumah nenek & atok. Cubaan mengada-ngada dengan ibu

Staring at the 'photographer'. 'apa asyik amik gambar je ni?'