Budak kecik yang makin banyak kerenahnya
- Sudah pandai mengamuk bila tak dipenuhi segala permintaan nya. Contoh : Nak main remote alarm kunci kereta (dah boring dia campak kunci kereta ayah dalam longkang, hehe mujur boleh hidup)
- pandai sebut 'ayah' dan 'mama' opppss mama, hambik ko ibu, nak sebut ibu susah sangat. yang lain-lain hanya pandai membebel bahasa jerman aka jawa ;)
- larian masih bersepah (hehe tak tau la macam mana nak jadi sprinter macam ayah nanti, moga hajat ayah termakbul hendaknya)
- dah pandai menari bila dengar lagu yang catchy, seperti lagu bunga raya (haha ibu tak tau tajuk nak) hahaha sekali lagi, tak de lagu catchy yang lain ke yang ko minat, harraz...harraz
- ni tak tau la masuk perkembangan atau tidak. harraz anaqi suka kutip sampah dan buang dalam tong sampah (waa dia buat benda ni kat hotel). ibu tak ajar pun, cuma dia selalu nampak ibu n ayah campak baju dalam laundry bag. so dia dengan rajinnya akan ambil seluar dia terus masuk dalam laundry bag walaupun ibu cuma nak tukar diapers dia je. hadoilla, ayah selalu pelik kenapalah baju tetap banyak walaupun tiap hari basuh (haha tanya anak bujang awak)
- nak duduk sendiri kat meja makan. tak nak letak dalam baby chair (hello ibu, i'm not a baby yet okey, agaknya itu kot dia fikir)
- sangat suka motor, pantang dengar bunyi motor atau nampak orang start motor, mula la buat muka kesian biar orang bawa dia sekali. (mat rempit sejati macam ayah haha ni genetik ayah..hehe apekah)
sekian sahaja, nanti free-free, saya akan update okey.
p/s : wanie : takde maknanya mamat kecik ni nak banyak cakap, dia suka main je dari cakap, bila aku tanya baru dia jawab, tapi dalam bahasa dia la.
No comments:
Post a Comment