hehe ini kerana saya sungguh heran, kenapa tahun ini saya sangat-sangat tidak produktif dalam hal-hal mengemaskini blog.
ini kerana ada banyak benda yang menuntut perhatian saya ditambah dengan saya ini bukan blogger tegar. ya betul, saya bukan blogger tegar, tapi saya tegar melawat blog-blog orang lain (istilah sekarang 'blog-walking'). wajibnya tiap pagi saya akan melawat blog-blog kegemaran saya sambil bersarapan. haha produktif kan.
pagi tadi sewaktu mengikuti majlis ditempat kerja (haha rajinnya saya kan, wajib tuh, kalau tak memang agak liat nak pergi) saya terserempak dengan kawan sematrik yang dah 10 tahun (lebih kurang) tak jumpa (haha tak payah kira umur saya, meh saya canang-canangkan umur saya 29 tahun). waaah sungguh tak disangka. siap nama penuh lagi dia panggil nama saya. selepas bertukar-tukar no telefon kami pun bersms, lepas ni mungkin akan ajak dia hang out kot bila free.
lepas tu, saya terjumpa dengan kaunter zakat. wah gembira sungguh saya. syabas unit zakat kerana anda membuka kaunter disitu. dah lama saya nak berzakat (sejak bulan 5 tahun lepas) tapi baru sekarang berjaya. insyAllah mulai bulan depan saya akan berzakat. horey!!! tenang sikit perasaan :).
Dan setelah itu saya diberikan senaskah buku BICARA AD-DIN -Mutiara Kehidupan Beragama karya Amin al-Jarumi. tajuk pertama yang saya selak adalah bab 'Hati dan Jiwa'. Hati (Al-Qalb) dan jiwa (al-nafs) dibahagikan kepada beberapa jenis.
- Hati yang sejahtera ( Hati yang selamat dari kemungkaran, segala yang dilakukan didahului dengan niat kerana Allah Taala)
- Hati yang mati (Hati yang tidak mengenal Allah, asyik dengan kemungkaran dan kemaksiatan)
- Hati yang sakit (Hati yang kadang hidup kadang mati mengikut suasana dan keadaan)
InsyAllah saya akan cuba membaca buku ini sehabisnya, dan saya akan kongsikan disini. Daaa
2 comments:
aku pun dah lama tak berzakat cik gee...p/s: bila nak kuar sesama ngan anak bujang skali ek?
tula, aku pun baru je cik wanie, buat potongan gaji terus senang.
jom je, bila free bgtau la, aku okey je
Post a Comment