Bersiaran dari gombak. Menulis ketika meneman anaqi yang nampaknya masih segar walau jam menunjukkan jam 1.18 tengahari (akhirnya lelap dikala jam menunjukkan jam 3.37pm)Semalam ketika memandu ke tempat kerja (ya kawan-kawan kerja disabtu pagi haha jarang sekali berkerja weekend ni). Saya menukar siaran ke radio IKIM. Antara intipati perbincangan semalam adalah mengenai solat merupakan asas kepada setiap aspek kehidupan. Sempurna solat insyallah sempurnalah hidup kita.
Dalam apa jua keadaan, janganlah menunding jari mencari kesalahan orang lain sebaliknya selidiki la solat kita, sudah cukup sempurna kah ia?
Selain itu, melihat sesuatu jangan menggunakan mata kasar kerana mata selalunya menipu ( macam pepatah inggeris menyebut Don't judge a book by its cover)
Jangan juga menilai sesuatu dengan mata fikiran kerana akal fikiran juga sering silap ( contohnya pendapat yang lama diguna pakai mengatakan bumi ini merupakan paksi kepada planet lain, sedangkan hakikinya setelah kewujudan teleskop melalui kajian mendapati matahari lah paksi cerekawala yang mana semua planet mengelilinginya)
Tapi nilailah sesuatu dengan MATA HATI kerana hati yang bersih yang mana solatnya sempurna, segalanya dilakukan ikhlas kerana Allah Taala akan memberi penilaian yang tepat.
InsyAllah, jaga solat, jaga lidah, jaga mata, jaga telinga, jaga perlakuan hidup ini lebih bermakna. Ingat DUNIA adalah ALAT untuk mencapai matlamat yang kekal abadi iaitu AKHIRAT. Peringatan untuk diri sendiri yang sering lupa dan alpha ;( Moga Allah memelihara hati kita semua amin
Nota kaki:
Hadiri lah majlis ilmu sekurang-kurangnya 40 hari sekali kerana manusia mudah lupa, menghadiri majlis ilmu dapat menyucikan minda dari segala kekotoran. (kalau nak senang, mungkin boleh lihat program-program bual bicara, rencana dan sebagainya dalam TV dah banyak sekarang ni)
No comments:
Post a Comment