Taken yesterday during wedding reception of hubby's cousin.
Selamat pengantin baru;) tapi gambar pengantin takde ahaks
Tuesday, November 29, 2011
Saturday, November 26, 2011
Awal muharram
Selamat menyambut tahun baru hijrah. Semoga kita menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Ya Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, jadikanlah diriku dan keluargaku insan yang sering mencari keredhaan mu ya Allah, jauhkan lah kami dari api neraka dan seksaannya, bersihkan la hati-hati kami dari segala hasad dengki dan perasaan was-was. Semoga kami menjadi hamba yang selalu bersyukur, amin Ya Allah.
***

Friday, November 25, 2011
3rd anniversary
haha semua pun bulat, gambar raya 2011
22/11/2011 is our 3rd anniversary
To Hubby:
Really blessed having you in my life. Thank you for being care, patient and understand wherever and whenever your wife need. Insyallah, will and always try to be your dreamt wife (hehe, manusia kan banyak kekurangan) and never fail pray for our happiness and blessed from Allah. Amin (Thanks for replay)
To Harraz Anaqi:
Be a good boy, obedient son, pray for your parents health and succeed in order for you to receive more and more toys (ahaks apakah).
love both of you eternally ;)
Thursday, November 17, 2011
Malaysia vs indonesia
Ketika ini, pasukan bola sepak malaysia sedang berusaha menentang indonesia untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. Keputusan semasa adalah mas 1 dan indonesia 0. Keep it up guys!!!!
Walaupun saya jarang2 menyaksikan perlawanan bola sepak namun malam ini turut sama menyaksikan salah satu acara utama sukan SEA 2011. Semangat kenegaraan mungkin.
Ya dan saya tengok sukan sorang2 ok sebab ayah naqee masih dipejabat dan naqee leka dengan upin ipinnya yang dah dekat 80 kali ulang kot. Pelik sebab tak jemu2 budak ni. Hehe ;)

Monday, November 14, 2011
Marah kan nyamuk habis kelambu dibakar
Perumpamaan melayu diatas jelas menunjukkan keburukkan amarah jika kita gagal mengawalnya.
Cuba langkah-langkah ini seperti yang dicadangkan oleh ustaz dalam salah sebuah rancangan di tv AlHijrah. Jika marah mula menguasai, ambil la wudhu sebab air penyejuk perasaan yg sedang panas mengelegak. Kemudian bacalah al quran dengan tertib dan kemudian jika amarah tidak musnah sepenuhnya, tidurla seketika insyallah akan pergi amarah itu dengan izin Allah.
Selamat mencuba. Jangan sesekali benarkan amarah menguasai minda kerna syaitan pasti tersenyum lebar dengan kejayaannya menguasai kita. Tak nak bagi syaitan menang kan??? So lets fight together!!!!!

Sunday, November 13, 2011
Wordless sunday ;)
Boleh?
Bila terpandang wajah kudus si anak tidur, bertapa tenangnya hati. Suci... Takrifan untuk sekalian anak-anak kecil dimuka bumi ini. Moga kita semua berjaya mencorak kain putih ini agar menemui kejayaan didunia dan akhirat. Amin ya Rabb

Saturday, November 12, 2011
Weekend kami
Berehat saja dirumah, anaqi melayan upin ipinnya dan saya mencatat sesuatu disini. Harap dapat mencatat sesuatu yang bermanfaat hendaknya.
***
Pernah melihat program diTV3 setiap jam 6.30ptg hari jumaat? Tak pernah? Jom tengok minggu depan. Ilmuan islam adalah rancangan yang memaparkan tentang ilmuan islam zaman dahulu kala yang menyumbang kepada pelbagai penemuan untuk memudahkan kehidupan manusia sejagat.
***
Minggu lepas dan minggu ni memaparkan sumbangan Al-Jazari yang terkenal dengan jam gajah dan robot nya. Hebat kan beliau. Walaupun terdapat pelbagai limitasi dizamannya, hasil inovasinya dapat dimanfaatkan manusia sejagat dan menjadi titik mula terhadap penambahbaikkan teknologi yang dijumpainya. Sarjana mekanikal dan robotik ini bukan saja gemilang dizamannya namun memberi inspirasi kepada kita untuk mengkaji bagaimana teknologi seumpamanya dapat dihasilkan walaupun dengan minimum kemudahan penyelidikkan. Saya yang hidup dalam zaman ipad ni pun masih sukar untuk memulakan penyelidikan. Menyedihkan bukan. Mungkin masih belum mendapat ritma yang betul. Perlu positif untuk lebih bersemangat.

Jam Gajah al jazari (sumber dari google image)
Saya pernah mendengar ayat ini " Seorang innovator lahir dari kesusahan dan mereka ini terdiri daripada seseorang yang mencari makna dalam kehidupan mereka". Amat setuju dengan frasa ini yang mana kesusahan membawa kepada penambahbaikkan kualitu hidup. Contoh seseorang menghadapi masalah dengan pintu rumahnya yang sering tertutup bila ditiup angin kencang. Takkan dia sanggup mendengar dentuman pintu tiap kali angin menderu bukan? Jadinya dia mengambil inisiatif untuk menyendal pintunya dengan kayu. Nah, pintu tak akan tertutup bila mana ditolak angin. Ini hanya satu contoh. Kita tak perlu untuk menjadi innovator yang menghasilkan sesuatu yang besar. Mulakan dengan yang kecil insyAllah yang besar pasti menyusul dengan syarat istiqamah dan kerana Allah Taala.
***
Ok sambung semula berkenaan Al-Jazari sisaintis islam. Mungkin kalau ada anugerah Nobel mesti beliau mengondol pelbagai anugerah kerana dikatakan beliau merupakan pencetus kepada mesin analog pertama didunia. Jika kita lihat teknologi jam gajahnya, beliau mengaplikasikan gabungan teknologi robotik dan mekanik bendalir. Subhanallah. Hebat bukan makhluk Allah yang sorang ni. Dizaman yang penuh limitasi, ciptaannya masih menjadi misteri yang mana penyelidik barat masih lagi mengkaji bagaimana ianya terhasil. Semoga beliau terus menjadi inspirasi kepada penyelidik islam yang lainnya untuk terus memberi sumbangan yang bermanfaat kepada manusia sejagat. Amin.
Friday, November 11, 2011
macam-macam
Selamat hari raya aidiladha semua. semoga ibadah korban kalian diterima Allah s.w.t hendaknya. Pengorbanan yang ikhlas insyAllah pasti akan Allah balas sewajarnya. Saya masih belum melaksanakan ibadah korban. InsyAllah kalau masih diizinkan Allah, tahun depan ingin saya turut sama melaksanakan ibadah yang satu ini amin (doakan ye semua).
Gambar dari SINI
Comel kan gambar baby kat atas ni. Ok sempena raya korban kali ini, ramai kawan-kawan saya yang dikurniakan zuriat baru, antaraynya wanie dapat baby girl (dah sepasang baby dia), jiey (pun sepasang dah), officemate saya hazelah (dapat baby girl), nazri (baby boy lagi, boleh buat kawan haziq) dan rabiatul (expected in Dec). Semoga jadi anak yang soleh dan solehah yang senantiasa mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah kalian, jadi anak yang sentiasa menjadi penyejuk hati ibu dan ayah. amin ya Allah.
***
Ok sambungan cerita raya saya, kali ini kami pulang ke kampung untuk menyambut raya korban. Tapi sebelum balik, saya dan naqee diserang demam kus-kus (hehe memula naqee dulu, lepas tu ibunya pula) mujur ayahnya ok. Saya seperti biasa, tonsil kembali menyerang membuatkan, badan lemah-lemah dan tekak seterusnya perit. Alhamdullilah, kembali sihat dan kuat sehari selepas raya (terlepas semua makananan sedap masa raya, maklum la tekak sakit nak menelan, yang lalu hanyala nasi impit dan kuah lodeh, alhamdullilah, Allah nak hapuskan dosa ;).
***
Naqee enjoyed every second exploring new things at kampung. Just let the photos talk. Naqee with his Pak usu (my youngest bro, standard 6)
***
Subscribe to:
Posts (Atom)