Selamat hari raya aidiladha semua. semoga ibadah korban kalian diterima Allah s.w.t hendaknya. Pengorbanan yang ikhlas insyAllah pasti akan Allah balas sewajarnya. Saya masih belum melaksanakan ibadah korban. InsyAllah kalau masih diizinkan Allah, tahun depan ingin saya turut sama melaksanakan ibadah yang satu ini amin (doakan ye semua).
Gambar dari SINI
Comel kan gambar baby kat atas ni. Ok sempena raya korban kali ini, ramai kawan-kawan saya yang dikurniakan zuriat baru, antaraynya wanie dapat baby girl (dah sepasang baby dia), jiey (pun sepasang dah), officemate saya hazelah (dapat baby girl), nazri (baby boy lagi, boleh buat kawan haziq) dan rabiatul (expected in Dec). Semoga jadi anak yang soleh dan solehah yang senantiasa mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah kalian, jadi anak yang sentiasa menjadi penyejuk hati ibu dan ayah. amin ya Allah.
***
Ok sambungan cerita raya saya, kali ini kami pulang ke kampung untuk menyambut raya korban. Tapi sebelum balik, saya dan naqee diserang demam kus-kus (hehe memula naqee dulu, lepas tu ibunya pula) mujur ayahnya ok. Saya seperti biasa, tonsil kembali menyerang membuatkan, badan lemah-lemah dan tekak seterusnya perit. Alhamdullilah, kembali sihat dan kuat sehari selepas raya (terlepas semua makananan sedap masa raya, maklum la tekak sakit nak menelan, yang lalu hanyala nasi impit dan kuah lodeh, alhamdullilah, Allah nak hapuskan dosa ;).
***
Naqee enjoyed every second exploring new things at kampung. Just let the photos talk. Naqee with his Pak usu (my youngest bro, standard 6)
***
No comments:
Post a Comment