Berehat saja dirumah, anaqi melayan upin ipinnya dan saya mencatat sesuatu disini. Harap dapat mencatat sesuatu yang bermanfaat hendaknya.
***
Pernah melihat program diTV3 setiap jam 6.30ptg hari jumaat? Tak pernah? Jom tengok minggu depan. Ilmuan islam adalah rancangan yang memaparkan tentang ilmuan islam zaman dahulu kala yang menyumbang kepada pelbagai penemuan untuk memudahkan kehidupan manusia sejagat.
***
Minggu lepas dan minggu ni memaparkan sumbangan Al-Jazari yang terkenal dengan jam gajah dan robot nya. Hebat kan beliau. Walaupun terdapat pelbagai limitasi dizamannya, hasil inovasinya dapat dimanfaatkan manusia sejagat dan menjadi titik mula terhadap penambahbaikkan teknologi yang dijumpainya. Sarjana mekanikal dan robotik ini bukan saja gemilang dizamannya namun memberi inspirasi kepada kita untuk mengkaji bagaimana teknologi seumpamanya dapat dihasilkan walaupun dengan minimum kemudahan penyelidikkan. Saya yang hidup dalam zaman ipad ni pun masih sukar untuk memulakan penyelidikan. Menyedihkan bukan. Mungkin masih belum mendapat ritma yang betul. Perlu positif untuk lebih bersemangat.

Jam Gajah al jazari (sumber dari google image)
Saya pernah mendengar ayat ini " Seorang innovator lahir dari kesusahan dan mereka ini terdiri daripada seseorang yang mencari makna dalam kehidupan mereka". Amat setuju dengan frasa ini yang mana kesusahan membawa kepada penambahbaikkan kualitu hidup. Contoh seseorang menghadapi masalah dengan pintu rumahnya yang sering tertutup bila ditiup angin kencang. Takkan dia sanggup mendengar dentuman pintu tiap kali angin menderu bukan? Jadinya dia mengambil inisiatif untuk menyendal pintunya dengan kayu. Nah, pintu tak akan tertutup bila mana ditolak angin. Ini hanya satu contoh. Kita tak perlu untuk menjadi innovator yang menghasilkan sesuatu yang besar. Mulakan dengan yang kecil insyAllah yang besar pasti menyusul dengan syarat istiqamah dan kerana Allah Taala.
***
Ok sambung semula berkenaan Al-Jazari sisaintis islam. Mungkin kalau ada anugerah Nobel mesti beliau mengondol pelbagai anugerah kerana dikatakan beliau merupakan pencetus kepada mesin analog pertama didunia. Jika kita lihat teknologi jam gajahnya, beliau mengaplikasikan gabungan teknologi robotik dan mekanik bendalir. Subhanallah. Hebat bukan makhluk Allah yang sorang ni. Dizaman yang penuh limitasi, ciptaannya masih menjadi misteri yang mana penyelidik barat masih lagi mengkaji bagaimana ianya terhasil. Semoga beliau terus menjadi inspirasi kepada penyelidik islam yang lainnya untuk terus memberi sumbangan yang bermanfaat kepada manusia sejagat. Amin.
No comments:
Post a Comment