Memandangkan saya cuti hari ni sebab babysitter naqee pegi johor tengok cucu dia nak operate buang tonsil. Saya amik kesempatan berfotografi menggunakan hp saya je. Dan update blog ni.
Ok bismillahirrohmannirrohim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha menyayangi.
Saya memang suka menanam tapi tak semua yang saya tanam menjadi. Faktornya "tangan panas" pernah dengar ungkapan ni. Kalau kat kampung, walaupun mak saya gemar menanam, tapi tak semua yang mak tanam hidup segar bugar (walaupun mak jaga dengan penuh kasih sayang ;) lain pulak kalau abah, dia biasa cucuk je dah menjadi, tak yah beria jaga macam mana mak jaga. Ingat dulu pasal pokok turi, mak cuba tanam letak tanah hitam, baja, siram pagi petang tapi tak jadi pulak. Datang abah saya, dia cucuk tepi longkang buat pagar dalam dua tiga tempat alhamdullilah semuanya hidup. Hehe terus mak jealous. Ok abah saya orang panggil "tangan sejuk" then mak saya orang panggil "tangan panas" ok faham tak penjelasan saya. Ok tak faham pun tak pe sebab saya nak tunjuk pulak kebun kecil saya.
Masa kami pindah masuk rumah. Saya ada request pada hubby untuk buatkan batas agar senang kami nak tanam sayur macam daun kari, pandan, serai, daun limau purut dan daun kesum. Tau jela nak pakai bukan banyak pun, sikit je tapi kena beli. Kadang tu malas nak keluar rumah kalau dah penat balik keje. Saya ni jenis suka masak asam pedas dan biasa mesti nak letak daun kesum. Bahan lain dah ada kat umah, tinggal daun kesum je, tu yang kadang terbantut nak masak asam pedas. Sebab tu la saya suka nak tanam sayur sayur ni. Mujur hubby pun minat menanam, in facts he is more details than me especially tang penjagaan. Dia rajin siram tanaman berbanding saya yang suka tanam tapi malas nak jaga., hehe so apa lagi jom jenguk tanam- tanaman kami yang segar bugar dek musim hujan ( hehe sebab tu orang panggil hujan rahmat, sebab subur tanaman saya kerana rahmat Allah yang satu ni alhamdullilah. Jom jenguk belakang rumah saya.
instead of tanam pokok bunga, kami rasa perlu tanam-tanaman sayuran ni, so dapat lah gak kita merasa hasilnya. entry akan datang saya tunjuk pulak pokok hiasan kat depan rumah saya pulak ya ;) buat masa ni kita layan pokok sayur-sayuran saya dulu
|
ni lah kebun kecil belakang rumah saya |
|
banyakkan cili ni. alhamdullilah, actually kami main campak je cili yang dah kering |
|
ni ubi kayu, kami import dari umah mak kat johor. actually sebelah pokok ubi ni ialah pokok limau kasturi, sebelah dia pulak, serai yang hidup segan mati tak mau hehehe |
|
ni nama dia CEKUR. masak lemak cili api saya suka letak ni...dap dap kata naqee |
|
pandangan depan kebun kecil kami penuh sesak hehe |
|
pokok kunyit, kami bawak dari rumah sewa lama |
|
kangkung yang dah lama menjadi santapan kami. beli kangkung, kerat akar dia pastu letak je kat tanah senang je tumbuhnya |
|
pokok kari ni beli kat pasar ahad stadium sek 13, cepat benar tingginya, terus hubby cantas, ni dah tumbuh semula |
|
cili yang masak ranum |
|
cili lagi, sampai pokok daun limau purut bawah pokok cili ni dah tak dapat nak membesar dek kerana terhalang dengan pokok cili ni |
|
daun pandan, import dari umah mertua. sebab kami tanam kat pasu sebab tak nak dia membesar dengan jayanya, sebab pandan pun cepat besar kalau tak rajin cantas |
|
daun kesum, dah cantas dan sedekah kat orang. disulami pokok pengaga pun dari johor |
No comments:
Post a Comment