Friday, March 9, 2012

Bandung- 1st Getaway 2012 - Day One

Bandung trip kali ini disertai oleh FIL dan juga keluarga kami (7 orang kesemuanya). Ok saya rumuskan dalam bentuk cerita bergambar. Lagi senang kot ek. Ok kami ke LCCT (ya kami naik Air Asia, Everyone can Fly :) jam 4 pagi. 4 pagi ok, sebab flight kami telah rescheduled ke jam 6.45 pagi. Nampak muka tidur anaqi? mujur dia tak meragam langsung walaupun kena bangun awal pagi.

Sampai dibandung jam 8.05pagi (waktu tempatan, waktu kita awal sejam thats mean 9.05pg). Nampak tak van tu? ada cerita gak, kami tempah kia pregio, tapi pak supir incharged cuma bawak innova dan isuzu nih, nak dijadikan cerita, lelaki-lelaki yang ikut trip kali ni semua panjang menggalah. dah tentu innova tak cukup, ngan luggage lagi, so instead of dapat pregio, kami dapat van isuzu ni,. besar yall). on the way ke apartment, kami singgah bersarapan di restoren sederhana ini (pagi-pagi dah makan nasi, naqee paling banyak makan nasi, tapi cuma nasi jela).

lauk-lauk masakan padang. kami idak lah makan semua, mana yang difikirkan sesuai je, maklumla pagi sangat kot (mereka hanya akan mengenakan bayaran pada mana-mana makanan yang disentuh sahaja).

Nampak baju-baju yang sweet itu? dah boleh agak kan kami dimana? ya betulllllll, kami di pasar baru setelah berehat diapartment sebentar. Memandangkan hujan ketika itu (ya musim hujan diBandung sekarang ni ya buk), kami memutuskan untuk ke Pasar baru sahaja. Sebab tak leh nak keluar masuk Outlet-outlet sekalian. Untuk catatan, kami tawaf bandung 3 kali dalam masa 4 hari ni ya kawan-kawan, hehe gila meriah nak membeli kononnya).

Antara pemandangan biasa di sana. Anak-anak kecil sudah dilatih untuk mencari rezeki. Insyallah saya akan buat entry lain tentang pandangan saya terhadap bandung (haha kalau rajin, tak janji ok).


Dah penat shopping, kami makan malam disini. ok saya tau tak malam lagi, saja makan awal sebab, pagi kan dah makan awal sangat. so kami berhenti makan kat sini. Oh ya my MIL suka 'Batagor' (sejenis makanan ringan, tauhu dan fish cake di salut tepung dan digoreng, dan juga ada dim sum goreng dalam pakej batagor ni, dicicah dengan pencicah macam sambal kacang).

Set nasi timbel bakar untuk saya
Set nasi hijau pandan untuk incik suami
Lepas makan-makan kami terus balik ke apartment (saya sewa Braga City Walk Apartment) berehat sebab masing-masing kepenatan. ok sekian saja liputan untuk hari pertama. Rasa macam panjang sangat kot. 

TO BE CONTINUED....... (haha tak janji bila)

No comments: