Friday, March 23, 2012

pening.... okey cliche (sebenarnya tak tau nak letak tajuk apa)

Extraction of marine microalgae with supercritical carbon dioxide (ScCO2) for biodiesel production. Opps ok-ok sila jangan tukar siaran sebab terlalu ilmiah. Tadi sejam juga la membaca pasal benda ni. End up dengan give up sebab tak confident boleh buat dengan basic bio yang rapuh. Tergamak kau nak buat jie, kang ada pitam setiap kali nak prepare strain nak grow the algae (perlu ke? macam salah je). Fuhhhh memang berpeluh. Baik ko cancel je la hehehe (tu kata-kata Syaiton nir-rajim untuk menghentikan niat gila-gila saya). Tapi angel dalam diri pulak cakap, 'bagus juga kalau kau buat sebab kau akan belajar sangat banyak benda yang kau tak tau. Bagus juga sekali sekala mencabar diri, walau dah tau jalan anda akan penuh dengan onak dan duri'. Tapi no-no-no (sambil jari telunjuk digerakkan ke kiri dan kanan) aku memang fail tang-tang bio, baik jangan bunuh diri, bahaya-bahaya terlalu berisiko.

bila google 'marine microalgae' gambar ni yang keluar. so yes this is marine microalgae
Kuasa Allah kan? tak terfikir, tumbuhan yang hijau macam ni pun boleh keluar minyak. Minyak kereta pulak tu. Korang ada pernah terfikir tak? Tapi dalam surah yassin ada sebut sebenarnya, ayat 80 yang bermaksud:

"Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".

Luas kan ilmu Allah. Cuma kita je, nak cari atau tidak, nak tahu atau tidak, fardu ain atau fardu kifayah. Kita yang tentukan apa yang kita nak dari diri kita. Kalau dulu ya lah, mak ayah yang corak peribadi kita, tapi sekarang terpulang pada kita nak jadi manusia yang hanya mengikut dan menunggu atau menyumbang sesuatu untuk keperluan sejagat.  Allah ciptakan manusia ni serupa ;)

Ok so dah cancel niat murni tu, blogging la jap. Ok semalam ada niat nak menulis tapi tak ada idea so tangguh ke hari ni lah ya. Semalam masa hantar naqee gi rumah pengasuh dia, saya terkantoi jajan ROTA (sebenarnya buat bekal gi opis sebab suka sangat mengunyah time buat kerja). Bila nampak, dah nama budak, senyuman sampai ke telinga sebab suka sampai peluk-peluk lagi. Saya dah risau, budak kecik mana boleh makan jajan, tak elok untuk kesihatan nih, dah la plastik besau pulak tu. Ok la dipendekkan cerita, saya bagi juga sikit. Tapi perasaan ingin menguasai tu ado, jadinya dia tak bagi saya pegang plastik tu langsung.

Camner ni jang? tak kan nak bagi budak kecik tu makan seplastik besau ROTA, mana boleh... so mak dia pun ambil la bekas biskut yang memang tiap-tiap hari bawak, masukkan sikit rota dalam tu, ok done (dengan harapan anak akan beralih arah la kononnya). Tapi jangan harap kot, terus berebut ngan mak dia, dalam plastik nak, yang kat dalam tipuware pun nak. Mak konon nak perdaya anak la, letak ROTA plastik besau dalam beg, nanti dalam rumah baru buka, bagi dia pegang tipuware. Tapi anak bijak bestari, takut mak dia tipu, beg pun dia nak pegang sendiri (hahaha tapi mak lagi bijak, kenyit mata sikit kat ayah, ayah dapat signal, terus keluarkan jajan dalam bag, anak sikit pun tak perasan).

Lalu anak ni pun dengan harapan yang menggunung, carry bag masuk umah pengasuh, parking port biasa then start to explore his bag, ada jajan plastik besau yall, susah nak dapat ni. Huhu yang mak pulak terus angkat kaki jalan laju-laju dengan perasaan bersalah sebab bagi anak harapan pelsu. Sedih gak tapi pujuk diri sendiri cakap yang makan junkfood tu tak bagus, tak pe la bukan tak bagi semua pun, bagi la juga dia merasa walaupun tak banyak. Huhu zalim mak..... Sekian cerita ceritu saya.

Budak yang ditipu

No comments: