Tuesday, February 25, 2014

Terengganu

Bismillahirrahmannirrahim

Lama dah nak ke terengganu, tapi baru sekarang hajat terlaksana. Ini pun last minute plan, main terjah je booking hotel. De stress kononnya hehe sebelum bermula fasa baru. 

Sebelum keterengganu saya singgah ke rumah adik saya di kuantan. Tidur semalaman baru gerak ke kuala terengganu. Oh saya try booking TH hotel di gong badak, dekat dengan airport kuala terengganu. Mencabar juga nak cari hotel ni, sebab takde dalam sistem gps pun satu, signboard tunjuk arah ke sini pun takde. Nasib baik ada waze yang lebih up to date dan selamatkan kami yang memang langsung tak tau jalan ni plus dah terlambat nak check in. Terima kasih waze =) we heart u the most. Mungkin pihak pengurusan boleh tambah baik dengan menyediakan signboard untuk memudahkan pelanggan yang tak pernah sampai kesini. Kami difahamkan yang hotel ni baru saja dibuka. So suggestion tadi for improvement.

Sampai hotel lepas check in, solat and all, kami keluar cari makan. Ni pun satu cabaran. Hasil pencarian google kami decide nak cuba makan di restoren De Tunggal. Hehe maka pengembaraan pun bermula. Dari gps ke waze semua pun tak jumpa. Dari gong badak ke pasar payang patah balik ke gong badak, akhirnya jumpa berkat tunjuk ajar facebook get direction dari FB De Tunggal. Nasib baik restoren ni ada facebook page. Rupa rupanya dekat je dengan hotel kami. Dari hotel ambil arah ke kanan, cari giant gong badak on your right tak jauh dari situ kedai dia, pun on your right. Nasib baik sedap, kami order tom yam udang kelapa muda, udang celup tepung, kailan ikan masin, siakap stim, nasi 3 pinggan dan air tembikai dan oren (fresh juice). Jumlah semua RM 72. Murah je kan. Tom yam udang dia sedap sangat (must try others said), siakap stim dia pun sedap.

Tom yam udang kelapa muda. Haha lupa nak snap, dah mkn baru nak snap. Ni pun nasib baik suami suh snap, kalah tak memang tak lah kan. 

Udang celup tepung tiada dalam gambar hehe, sebab bos kecik yang punya, maka pinggan pun kena depan dia.

Balik tu singgah pasar payang jap survey survey kawasan sana. Beli lebih kurang pastu terus balik sebab anak dah berzikir nak tidur, masing masing kepenatan.

Day 2, 
Breakfast lebih kurang anak minta nak lepaskan gian swim. 


Adik hanya mampu memerhati je awalnya. Pastu mana boleh tahan walaupun mengantuk tahap gaban dah tu.



Nak swim aka main air gak bu. haha nasib la nak, bagi chance jap. Kang nanti kita naik, adik tidur, misi kita petang ni nak ke pasar payang nak cari batik plak.

Dah puas mandi, petang tu kami ke pasar payang pula. Beli lebih kurang balik hotel. Comel kan. Beli ayah satu, abang satu. Adik takde sebab takde saiz.

Oh sebelum ke pasar payang gi makan seafood celup tepung dekat dengan airport dan makan ni. Nyummm "jagung parut" nama diberi. Konsep dia sama macam ABC cuma ni letak jagung je accessory dia. Saya suka =) berebut makan dengan anaqi.



Malam tu konon nak makan dekat satu kedai ni tapi tak jumpa. Dalam GPS ada tapi tak jumpa. Lepas makan terus balik sebab anak anak dah pakat tidur.

Day 3
Rutin biasa, sarapan lepas tu teman bebudak main kolam lepas tu check out dan gerak balik. Balik misi mencari keropok lekor dan keropok kering. Dan juga satar. Ohh saya beli di beberapa tempat juga , Gerai 2209 di BTB (Bukit Tok Beng) gerai ni ada servis packing vacuum, so that tak takut keropok berbau untuk yang jalan jauh, tapi kami beli yang biasa punya. Alhamdullilah elok je sebab kami tak ikat rapat plastik, Keropok losong 007 di teluk ibai (dekat sini memang dia dah pack siap2 dalam plastik dan surat khabar untuk RM5, convenient juga) dan juga satar kami makan kat kemaman. Lupa nak cakap singgah beli keropok kering dan ikan bilis di pasar besar dungun juga. Haha banyak sangat pit stop sebab tu lambat sampai.

Sampai KL dah jam 7 lebih. Fuh memang jenuh duduk dalam kereta. Tabah juga kan siapa yang memang duduk Kuala Terengganu nak ulang alik ke KL. Lagi lagi waktu musim perayaan. Kesimpulan dari perjalanan singkat kami. Kami enjoy makan dan spend time together. Memang tak ke mana sangat. Sebab motif memang nak berjalan dan makan dan jalan dan makan. GPS quite reliable bagi yang tak tau jalan. Jangan lupa install WAZE juga sebagai back up.

Lepas ni boleh plan trip lain tapi ntah tak tau bila. Target adalah nak makan makan kat penang lagi. Yeay makan saja.

Thursday, February 20, 2014

Sedekah

Al Quran mengandungi 114 Surah. Didalam Al-quran banyak ayat yang menyebut tentang sedekah. Dibawah merupakan ayat berkenaan dengan perintah bersedekah. Sesungguhnnya Al Quran adalah kitab lengkap yang menyebutkan segala tatacara bersedekah, adab bersedekah, ganjaran bersedekah dan siapa yang digalakkan bersedekah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Surah Al Baqarah (lembu betina) 2: Ayat 195
Dan dermakanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan dirimu kedalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang beramal soleh.

Surah Al Baqarah (lembu betina)2: Ayat 254
Wahai orang orang yang beriman! Sedekahkanlah sebahagian daripada rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datangnya hari ketika tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan, dan tiada lagi syafaat. Orang orang kafir itulah orang orang yang zalim.

Surah Al Baqarah (lembu betina)2: Ayat 261
Perumpamaan bagi orang yang mendermakan hartanya kejalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.

Surah Al Baqarah (lembu betina)2: Ayat 267
Wahai orang orang yang beriman! sedekahkanlah sebahagian daripada hasil usahamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang telah Kami keluarkan daripada bumi untukkmu. Jangan lah kamu memilih yang buruk untuk kamu keluarkan padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejam mata (enggan) terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Surah Al Nisa (Wanita) 4: Ayat 39
Dan apakah (keberatan) bagi mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepadanya? Dan Allah Maha Mengetahui keadaan mereka.

Surah Al Anfal (Harta Rampasan Perang) 8: Ayat 3
(iaitu) orang orang yang mendirikan solat dan yang mendermakan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Surah Al Taubah 9: Ayat 104
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah menerima taubat hamba hambaNya dan menerima zakatNya, dan bahawa Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang?

Surah Yusuf 12: Ayat 88
Maka ketika mereka masuk ke (tempat) Yusuf, mereka berkata, " Wahai Al 'Aziz! kami dan keluarga kami telah ditimpa kesengsaraan dan kami datang membawa barang barang yang tidak berharga, maka penuhilah bantuan (gandum) untuk kami, dan bersedekahlah kepada kami. Sesungguhnya Allah memberi balasan kepada orang orang bersedekah".

Surah Al-Ra'd (Guruh) 13: Ayat 22
Dan orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikkan orang itulah yang mendapat tempat pengakhiran (yang baik).

Surah Al Nahl 16: Ayat 75
Allah membuat perumpamaan seorang hamba sahaya di bawah kekuasaan orang lain, yang tidak berdaya melakukan sesuatu, dan seorang yang Kami beri rezeki itu secara tersembunyi dan secara terang terangan. Adakah mereka sama? Segala puji hanya bagi Allah, tetapi kebanyakkan mereka tidak mengetahui.


Surah Al Nahl (lebah) 16: Ayat 90
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebaikkan, memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran, dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu mengambil pengajaran.

Surah Fatir (Pencipta) 35: Ayat 29
Sesungguhnya orang orang yang selalu membaca Kitab Allah (Al Quran) dan melaksanakan solat dan menafkahkan senahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam diam dan terang terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi.

Surah Al Hadid (besi) 57: Ayat 7
Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan infakkanlah (Di jalan Allah) sebahagian daripada harta yang Dia menjadikan kamu sebagai penguasanya (amanah). Maka orang orang yang beriman antara kamu dan menginfakkan (hartanya kejalan Allah) dia mendapat pahala yang besar.

Surah Al Hadid (besi) 57: Ayat 10
Dan mengapa kamu tidak menginfakkan hartamu dijalan Allah, padahal milik Allah semua pusaka langit dan bumi? Tidak sama bagi orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, diantara kamu dan berperang sebelum penaklukan (makkah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang orang yang menginfakkan (hartanya) dan berperang setelah itu. Allah menjanjikan kepada mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.

Surah Al Munafiqun 63: Ayat 10
Dan belanjakan (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat menjadi orang orang yang soleh".

Surah  Al Dhuha, 93: Ayat 10
Dan terhadap orang yang meminta minta, janganlah engkau mengherdiknya.


Saturday, February 15, 2014

Ikhlas

Dah lama saya tak jumpa orang yang jual produk tapi tak suruh kita beli produk dia (maksud saya, kalau produk mereka tak sesuai dengan condition pelanggan jadi dia akan suggest produk lain. Sesetengah orang akan cuba tailor suit claiming their product is the best)

Tapi saya ada jumpa seorang baru baru ni.

Nak dijadikan cerita. Kami masih mencari cari ubat penawar untuk muka affan yang dikatakan eczema tu. Untuk pengetahuan, fucidine juga tak berjaya merawat sepenuhnya muka affan. Jadinya bila mak mertua saya cakap, anak jiran yang kesnya sama macam affan nampak ok (ok means on off lagi kondisi kulit baby dia) try guna gamat healin punya produk so kami pun cuba la ikhtiar cari. Suami saya ajak pegi head quarters dia kat Gleanmarie, sebab dah sah sah ada. Walau tak sure secara logiknya mungkin ada dia jual retail kan (haha sebab saya takut hanya reseller/ stokis yang ambil secara pukal saja yang dibenarkan). 

Masuk masuk kami dilayan oleh front desk staff yang sangat baik hati (psst bau  office dia ni pun wangi, dia pakai air freshner apa ntah, malu plak nak tanya). Haha straight to the point, kami cakap kami nak cari cream nak ubat kulit anak kami ni hah. Biasa orang pakai cream apa kami tanya. Staf tu cakap biasa untuk kes macam ni customer akan pakai DermaX ikut kondisi. Biasanya, depa akan buat konsultasi dengan Prof Datuk Dr Hassan Yaacob (founder of this product) dahulu sebelum beli.

Gambar adalah digoogle


Waktu kami datang tu dah la lunch hour plus hari khamis ( consultation setiap hari rabu sahaja). Staf tu kata kalau nak jumpa Datuk nanti boleh dia interrupt sekejap sebab tdi Datuk kebetulan ada dekat situ. Tanya Datuk dulu lagi bagus. We were freezed kat kepala dok fikir eh takpe ke kami tak buat appointment main redah je, takut tak proper plak. Dia kata takpe Datuk ok je.

After for about 10-15 mins, Datuk pun masuk building dan staf tadi panggil datuk bagitau kami nak jumpa sekejap. Lepas tengok condition kulit anak kami, tanya itu dan ini, dia prescribed 2 jenis creams and suruh beli kat mana mana pharmacy (Daktacort dan Daktarin). To our surprise, dia tak suruh pun kami beli produk dia. Dia kata kalau tak ok juga nanti datang sini lagi. After thanking him, husband salam dan dia terus pergi. Kami plak eh alamak, segannya. Dahla dia tak suruh beli produk dia, dia consult pun free tak payah bayar. Sungguh kami terharu. Susahnya nak jumpa orang macam ni. Mungkin kami yang jarang jumpa, sebab dah selalu sangat jumpa orang yang amat berkira dengan protokol (there is a big No No when meeting without appointment), no money no consultation ya abang adik and please name it Kiah), tapi this Datuk is one of his kind.  Sangat baik hati dan ikhlas, tak berkira dan apa lagi. He is putting sincerity over all apatah lagi profit which I found rare in business trend nowadays (sorry to say, may be I am too much, conservative and what not but meaning of 'giving back to society and community' atau sedekah amal jariah bila dah terlalu dicanangkan apakah maknanya itu. Press conference sana sini. Replica check and what not. But my angel side say it is ok to have publicity, it will encourage more people to do same, eventually more helpless people will be helped. Dan satu lagi, siapalah kita nak menilai sedekah tu diterima Allah atau tak. Please STOP being judgemental, tak baik tau. As long as ramai orang yang tak berkemampuan ditolong, cukuplah bagi saya. But i like this phrase most (forgot where i heard it from), more or less macam ni:

"Sedekah yang baik umpama Tangan Kanan memberi tapi Tangan Kiri tak tau"

Apapun Kami doa, Datuk akan terus success dalam bidang yang diceburi dan akan terus memberi pertolongan pada yang memerlukan. Moga akan wujud lebih ramai orang sebegini di masa akan datang. (Oh ya sebab dah malu/ husbang saya memang nak cari supplement, I don't know which one, he bought Gamogen and force us (anaqi and I) to consume it every morning, Haha which is good, saya je yang memang tak istiqamah kalau buat something tu)

To cut the story short. Affan skin showed improvement. Masih lagi on Daktarin tapi dah stop Daktacort (contain steroid, consume only 2 weeks). 

Ni gambar affan latest. ok la kot ek.

oh gigi jarang poojaan hatiku. 


Ok bye semua. Assalamualaikum

Friday, February 14, 2014

dan bila esok.....

Dan bila ayat ni disebut oleh anak sulung saya, hati saya retak seribu.

Sambil mata berkaca-kaca " Aci (Naqee) sayang ibu, aci nak ikut ibu". Waktu tu hanya Allah saja yang tau perasaan saya, hati macam nak meletup, tapi terpaksa tahan tangis moga anak tak perasan apa yang saya rasa.

Malam tu, saya cuba pujuk anak saya untuk tinggal dengan ayahnya disini, sementara menunggu penggal kedua habis Disember nanti. Sayang saya rasa, dia dah tunjuk banyak progress kebelakangan ni. Tahun lepas saya tak berapa ambil pusing sangat hal pelajaran si abang sebab bagi saya masih dalam induction period, tak perlu serius sangat belajar. Tujuan saya hantar pun adalah untuk dia belajar berkawan, main dan meneroka. Tahun ni silibus sudah agak serius memandangkan tahun depan dia sudah masuk 6 tahun. Persiapan untuk ke darjah satu. Maklumla keperluan pelajar darjah satu disini memerlukan sekurang kurangnya pelajar sudah pandai membaca sekiranya sekolah tertentu jadi pilihan ibu bapa.

Tak, saya tak berhasrat nak masukkan sekolah high impact, kluster dan sebagainya, cukuplah sekolah yang persekitarannya positif dan membina keperibadian yang elok untuk anak saya. Tapi sekolah yang kami target memerlukan anak anak tahu membaca bahasa inggeris and bahasa melayu, iqra buku 2, tahu basic sains,  dan math. Proses pemilihan adalah berdasarkan keputusan ujian yang akan dijalankan, sebab bilangan permohonan melebihi kapasiti sekolah tersebut. Tapi sekali lagi, ini adalah harapan kami. semuanya terletak pada Allah, sekiranya berrezeki, in sya allah naqee akan bersekolah disini, tapi jika tidak, tak mengapa. kita usaha sekolah lain.  

Dah habis hal persekolahan anak. Untuk wanie, entry ni menjawab soalan anda.

Saya akan bertukar tempat bertugas di Johor berkuatkuasa 1 Mei ni nanti (sob sob sob). Anak anak akan ikut saya, manakala suami saya akan kekal bertugas disini. Jadi akan bermula la perjalanan hidup kami bertiga nanti disana nanti. Banyak liku, mungkin? tapi kita akan hadapi bersama. Doakan dipermudahkan segalanya untuk kami.

Perpisahan sementara ini mungkin berat bagi kami. Anak anak sudah terbiasa dengan kehadiran kedua ibu dan ayahnya. Tapi bila mana hanya ibu sahaja disisi...sukar sebenarnya saya nak gambarkan. Mungkin akan ada ruang kosong, tapi saya akan cuba isikan ruang itu sebaik mungkin. Sebab itu saya amat perlukan doa kalian.Doa moga dikurniakan kesihatan yang elok buat kami, hati dan fikiran yang tenang dan kekuatan hati untuk menempuh 365 hari yang penuh tanda tanya.
Kami sudah agak lama di zon selesa. Mungkin perpisahan ini akan mengajar kami lebih banyak pengajaran. Moga kami terus kuat dan berjaya mengharungi masa ini dengan jayanya. Apalah sangat 365 hari berbanding selamanya kan. Allah masih sayang saya. Ini pengajaran dan ingatan baru buat saya, agar saya lebih istiqamah untuk menjadi hamba-Nya.

Oh by the way, plan nak pisah adik beradik ni tidak mungkin sesekali saya fikirkan. Their bond are strongest than anything. In sya Allah.

Assalamualaikum





Monday, February 10, 2014

lega dan tenang

Assalamualaikum


Kuasa Allah kan.
Yang ditunggu tunggu akhirnya dah tiba.
kalau sebelum ni jiwa saya memberontak, hati saya berkecamuk, fikiran runsing, tapi saya terima surat ini dengan hati tenang.

"Ya Allah, aku tak suka dengan keputusan mereka ini, tapi jika itu yang terbaik untukku permudahkan lah segalanya untukku, berila aku KETENANGAN HATI sewaktu menerimanya"

Tu doa setiap usai solat saya sejak beberapa bulan lepas.
Alhamdullilah, waktu saya terima surat tersebut hati saya tenang, setenang tenangnya.

Sesungguhnya hati yang tenang sememangnya rezeki Allah yang intangible, yang selalu kita tak sedar, lupa nak mengucap syukur walhal, hati dan fikiran yang tenang adalah kunci kepada kebahagiaan insan.

THANK YOU Allah..