Saturday, February 15, 2014

Ikhlas

Dah lama saya tak jumpa orang yang jual produk tapi tak suruh kita beli produk dia (maksud saya, kalau produk mereka tak sesuai dengan condition pelanggan jadi dia akan suggest produk lain. Sesetengah orang akan cuba tailor suit claiming their product is the best)

Tapi saya ada jumpa seorang baru baru ni.

Nak dijadikan cerita. Kami masih mencari cari ubat penawar untuk muka affan yang dikatakan eczema tu. Untuk pengetahuan, fucidine juga tak berjaya merawat sepenuhnya muka affan. Jadinya bila mak mertua saya cakap, anak jiran yang kesnya sama macam affan nampak ok (ok means on off lagi kondisi kulit baby dia) try guna gamat healin punya produk so kami pun cuba la ikhtiar cari. Suami saya ajak pegi head quarters dia kat Gleanmarie, sebab dah sah sah ada. Walau tak sure secara logiknya mungkin ada dia jual retail kan (haha sebab saya takut hanya reseller/ stokis yang ambil secara pukal saja yang dibenarkan). 

Masuk masuk kami dilayan oleh front desk staff yang sangat baik hati (psst bau  office dia ni pun wangi, dia pakai air freshner apa ntah, malu plak nak tanya). Haha straight to the point, kami cakap kami nak cari cream nak ubat kulit anak kami ni hah. Biasa orang pakai cream apa kami tanya. Staf tu cakap biasa untuk kes macam ni customer akan pakai DermaX ikut kondisi. Biasanya, depa akan buat konsultasi dengan Prof Datuk Dr Hassan Yaacob (founder of this product) dahulu sebelum beli.

Gambar adalah digoogle


Waktu kami datang tu dah la lunch hour plus hari khamis ( consultation setiap hari rabu sahaja). Staf tu kata kalau nak jumpa Datuk nanti boleh dia interrupt sekejap sebab tdi Datuk kebetulan ada dekat situ. Tanya Datuk dulu lagi bagus. We were freezed kat kepala dok fikir eh takpe ke kami tak buat appointment main redah je, takut tak proper plak. Dia kata takpe Datuk ok je.

After for about 10-15 mins, Datuk pun masuk building dan staf tadi panggil datuk bagitau kami nak jumpa sekejap. Lepas tengok condition kulit anak kami, tanya itu dan ini, dia prescribed 2 jenis creams and suruh beli kat mana mana pharmacy (Daktacort dan Daktarin). To our surprise, dia tak suruh pun kami beli produk dia. Dia kata kalau tak ok juga nanti datang sini lagi. After thanking him, husband salam dan dia terus pergi. Kami plak eh alamak, segannya. Dahla dia tak suruh beli produk dia, dia consult pun free tak payah bayar. Sungguh kami terharu. Susahnya nak jumpa orang macam ni. Mungkin kami yang jarang jumpa, sebab dah selalu sangat jumpa orang yang amat berkira dengan protokol (there is a big No No when meeting without appointment), no money no consultation ya abang adik and please name it Kiah), tapi this Datuk is one of his kind.  Sangat baik hati dan ikhlas, tak berkira dan apa lagi. He is putting sincerity over all apatah lagi profit which I found rare in business trend nowadays (sorry to say, may be I am too much, conservative and what not but meaning of 'giving back to society and community' atau sedekah amal jariah bila dah terlalu dicanangkan apakah maknanya itu. Press conference sana sini. Replica check and what not. But my angel side say it is ok to have publicity, it will encourage more people to do same, eventually more helpless people will be helped. Dan satu lagi, siapalah kita nak menilai sedekah tu diterima Allah atau tak. Please STOP being judgemental, tak baik tau. As long as ramai orang yang tak berkemampuan ditolong, cukuplah bagi saya. But i like this phrase most (forgot where i heard it from), more or less macam ni:

"Sedekah yang baik umpama Tangan Kanan memberi tapi Tangan Kiri tak tau"

Apapun Kami doa, Datuk akan terus success dalam bidang yang diceburi dan akan terus memberi pertolongan pada yang memerlukan. Moga akan wujud lebih ramai orang sebegini di masa akan datang. (Oh ya sebab dah malu/ husbang saya memang nak cari supplement, I don't know which one, he bought Gamogen and force us (anaqi and I) to consume it every morning, Haha which is good, saya je yang memang tak istiqamah kalau buat something tu)

To cut the story short. Affan skin showed improvement. Masih lagi on Daktarin tapi dah stop Daktacort (contain steroid, consume only 2 weeks). 

Ni gambar affan latest. ok la kot ek.

oh gigi jarang poojaan hatiku. 


Ok bye semua. Assalamualaikum

1 comment:

HidayaH said...

Jie...eczema sbb allergy ke? aku mmg eczema teruk, cuma baru2 ni ok skit. just sapu vco utk lembapkan kulit, mmg kena make sure kulit sentiasa lembap. Pastu aku stop sabun mandi yg ada SLS, ALS (& yg sewaktu dgnnya). Sabun johnson, pureen, yg kat supermarket mmg x berkesan ngan aku. dettol plak terlalu kuat utk eczema. sebamed pn sama, cuma x sure yg baby punya mcm mana. pencuci muka pun mmg xde SLS tu. baju2 pn kena extra rinse, x nak ada trace sabun basuh & pewangi. klu eczema yg x berulang, xpe. klu jenis berulang, precaution lebih skit. aku mmg eczema sbb allergy, mmg akan berulang, cuma bole kurangkan je.

dah pjg pulak membebel....hehe...