Sunday, August 15, 2010

Subuh Ramadhan ke-5

Entah mengapa pagi ini saya rasakan begitu sayu. Hati terasa kosong dan tidak tenteram. Tangan menggapai Al-Quran, terasa rindu padanya. Usai solat subuh saya membuka lembar Al-Quran. Satu demi satu ayat saya ucapkan, lepas 1, 2, 3 dan akhirnya 4 muka, saya sudahi dengan surah Al-Asr. Baru hati terasa sedikit tenteram.

Tiba-tiba teringat akan rayyan ariff, kanak-kanak yang sangat istimewa dimata saya dan dekat dihati saya selalu. Moga dia terus kuat dan kuat dan kuat. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, lindungi la ian dan pelihara la dia sebaik dan selayaknya. Amin ya Rabbal alamin.
~~~
Sesungguhnya Ramadhan membawa seribu satu keberkatan kepada seluruh umat islam. Hargailah bulan ini sebaiknya. Kerna Ramadhan akan datang belum pasti. Persiapkan lah diri kita sepenuhnya, janji Allah itu pasti. Segala yang didunia ini hanya pinjaman. Kepada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita pulang.

"Dunia ini umpama penjara bagi mukmin, manakala syurga bagi musyrikin. Dunia singgahan cuma untuk kita meraih sebanyak mungkin bekalan untuk bekalan kita di akhirat yang kekal abadi kelak" Solusi.

Ya-Allah, aku bermohon agar diri ini dan KAMU yang membaca ditetapkan iman didada dan moga sekembalinya kami kesana nanti kekal dengan agama anutan kami (ISLAM) sebagaimana datangnya kami kedunia ini. Amin......

Friday, August 13, 2010

Turns 1

Budak yang tak tau duk diam so kakak icha yang tolong tiup lilin

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Harraz Anaqi
Happy birthday to you.

This is pecan butterscotch cake. Haha ibu was addicted
He turns 1 today. Wish for him good luck, health, prosperity and wealth and InsyAllah become Anak yang Soleh and always prays for his IBU and AYAH in the future. As the priceless present for you, Ibu and Ayah will always comfort you with our indefinite LOVE and prays. (Actually i am planning to have 'buka puasa' at secret recipe, buying slice cake (maybe pecan butterscotch again haha i am addicted okey), and buying "something" for you (haha thought of nice baju in mind, special ke?)).

So finally Ibu hopes all of our Doa and dreams will be granted some fine day, InsyAllah.

Ibu LOVEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE you so much naqee.

Wednesday, August 11, 2010

Anaqi


Pagi tadi, saya bawa harraz anaqi ke klinik untuk suntikan MMR (1) (untuk mencegah campak, mumps dan rubella) dan juga untuk melihat kondisi matanya*. Risau kalau ada sebarang komplikasi.

*malam tadi anak saya jatuh katil ketika sedang bergurau dengan ayahnya. Yang membuatkan siayah panik bila kepala sianak terhantuk menyebabkan kening sianak bengkak.

Mujur Dr kata segalanya tiada masalah. Memandangkan harraz anaqi cukup setahun 13hb ini, terus kami minta diberi suntikan.

Dr : Nanti dia akan demam tau lepas suntik, sebab biasa budak akan demam. Nanti saya akan bagi ubat demam sekali dengan pain killer. Bagi makan 3 kali ok.

Ibu dan Ayah : olrite.

Harraz anaqi : No problem, saya memang suka makan ubat tau Dr, siap saya sedut-sedut lagi kalau ibu saya lambat inject syringe tu.

Tangan mula sibuk mengemas meja Dr. Tolong kemas torchlight, tolong susun blood pressure pump. Dah siap kemas, sibuk nak merangkak kat bawah meja (maklumlah saya tak pandai jalan lagi, ibu saya kata saya pemalas, dah boleh diri sendiri tapi masih mau merangkak).

Dr : Oh kalau macam ni, tak payah bagi makan ubat pun tak pe.

Ibu : (Haha mesti Dr kagum dengan kelasakkan anak bujang saya ni kan.)

Waktu untuk suntikkan...

Dr : Ok, pegang kaki dia. Harraz tak payah tengok. Sambil menyuntik.

Harraz anaqi : ..............................ek....

Dr : Aik, dia tak nangis pulak. Anak awak ni memang tak nangis ke kene inject.

Ibu dan ayah : Tak, cuma bunyi sikit je. (Dalam hati ibu, hehe Dr tak tau ke anak saya 'lelaki tulen' opah dia kata).

Dan tadi sebelum saya tinggalkan dia di rumah pengasuh. Dia menangis didokongan pengasuhnya. Champion bila kene inject ke, kene pukul ke, kena rampas mainan ke tapi automatic akan cengeng bila nampak ibu pakai cantik-cantik tapi tak bawa dia.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan datang lagi


Al-hamdullilah syukur pada nikmat-Nya masih berkesempatan merasai nikmat ramadhan tahun ini.
Salam Ramadhan buat semua, moga kita dapat memanfaatkan bulan ini semaksima yang mungkin.
Yeay, puasa saya kali ini sangat meriah saya kira, dengan kehadiran harraz anaqi pelengkap saya dan suami. (Tahun lepas saya berpuasa di Johor sebab waktu itu saya sedang berpantang)

Thursday, August 5, 2010

Teknologi yang disalah pakai

Saya hairan dengan manusia sekarang. Sangat kreatif tetapi ke arah yang menuju kehancuran. Teknologi yang sepatutnya dimanfaatkan untuk kebaikkan telah disalah guna. Akal yang sepatutnya menerajui tingkah laku telah diambil alih oleh emosi yang cuma memuaskan nafsu. Waktu itu rasional telah ditolak jauh demi memenuhi tuntutan nafsu yang menggila. Saya gelar manusia itu DUNGU!!!!.

Kenapa saya terlalu beremosi ni?
Semalam sewaktu saya ingin menghantar SMS kepada adik saya, saya telah menerima satu panggilan video. Agak hairan kerana sebelum ini, saya hanya menerima panggilan video daripada adik saya yang menetap dikuantan sahaja, namun saya angkat sahaja kerana beranggapan adik saya telah memakai nombor lain (adik saya yang seorang ni memang suka menukar nombor telefon).

Namun, hanya muka saya saja yang muncul di telefon bimbit manakala gambar si pemanggil tidak kelihatan. Saya matikan panggilan tersebut. Selang beberapa saat, nombor yang sama menelefon kembali. Masih dalam mode panggilan video, tapi kali ini yang kelihatan satu objek yang pelik, saya cuba meneliti dan akhirnya saya pasti yang itu adalah ................................
"B....H" lantas saya matikan panggilan tersebut dalam keadaan yang tergesa-gesa membuatkan telefon bimbit saya hang. Bila saya hidupkan semula telefon bimbit saya, anda tau apa yang menambahkan bara dihati ini. Si pemanggil itu memberi SMS seperti berikut, " Awk, saya cuma nak bagi awk tengok b....g saya ja". Betapa beraninya kan dia.

Sebelum ini, saya hanya mendengar kawan-kawan yang duduk diasrama bercerita tentang "Flasher"(kalau tak silap saya, ini panggilan yang digunakan untuk manusia yang suka berbuat demikian). Tak sangka pula, saya juga menerima nasib yang sama tapi kali ini dengan cara yang berbeza, menggunakan teknologi 3G pula.

Huh zaman semakin canggih, macam mana lah saya nak mengekang gejala seperti ini daripada meracun anak-anak saya. Terasa tanggungjawab ibubapa dizaman ini sangat-sangat mencabar. Waullahualam, semoga keluarga saya dilindungi-Nya selalu. Amin

Oh ya tolong berhati-hati dengan nombor ini ya. Sekiranya anda menerima panggilan video daripada 014-7212450 tolong jangan angkat ya.

Wednesday, August 4, 2010

golf

Di satu hari yang indah....
"Naqee nanti ayah ajar main golf okeh" , Incik hubby memulakan kata-kata kosong. Respon saya pula tersengeh ala kumbang busuk bertujuan memerli incik hubby, "sindri tak pernah main lagi mau ajar anak apa daa !!!" (abes la den punya pahala, mau negative nih).

Semalam sewaktu di Giant, kami ternampak ini
Set kayu golf untuk naqee. Satu bola sudah missing, biasa la profesional kan anak saya huahuahua
Dan setibanya dirumah....
Gaya sicilik dengan set golf nya
Mula menunjukkan kehebatan. (aduh nak, pegang pun dah salah macam mana ni nak)
Dan sudahnya, beginila gaya macho dan hebat anak bujang saya dan set golf barunya :)


Dan sebagai menunjukkan sokongan, pabila sang ayah sedang sibuk dengan urusannya, si ibu pun menunjukkan cara sebenar bermain golf (eceh, ibu pun seumur idup tak pernah pegang kayu golf).

Ibu: Naqee, this is how you should do.

Sambil memegang kayu golf, setting lubang tak sampai 1 meter. Cuba untuk memukul bola. owh tak masuk. Set lagi dekat, kali ini kurang dari 50 cm. Ish angin ni (sekali si ibu salahkan angin daa)

Naqee: olright ibu, sambil tekun memerhati gaya kelam kabut si ibu. Owh main golf kena duduk rupanya.


Ibu: Hah, kutuk ibu ler tu. Sabar-sabar, angin nih hah. Bagi ibu setting dulu.

Naqee: Ok ibu, naqee faham. Fuh nampak sedap gak bola ni kan.

Dan akhirnya, bola itu berjaya dimasukkan kedalam mulut si kecil instead of masuk dalam lubang. Huhu bertuah betul budak kecik ni, tak FOKUS!!! haha

Tuesday, August 3, 2010

En zakat dan Cik Hutang


Kamu dah bayar?


Saya belum lagi, baru berkira-kira nak bayar. (Siapa yang belum tunaikan zakat dan tak tahu bagaimana jom datang sini ). Memangla En zakat tak kejar kita tak macam Cik Hutang, tapi haruslah beringat. Dunia ni hanya pinjaman, hatta diri kita ni pun pinjaman cuma.


" Tunaikanlah zakat, sucikan harta dan jiwa"


Cik Hutang, terkedek-kedek datang, Kalau tak lunaskan makin meriah la dia dijamu bunga-bungaan. Makin berisi la dia nanti.


Mana yang seangkatan dengan saya, yang meminjam wang ptptn, disini ada saya sertakan link nya. Jom kita bagi Cik Hutang kurus.